Supprise bila pagi tadi Aqil bangun dan duduk di meja makan bersama kami. Tengok sikit muka orang yang baru nak belajar berpuasa...
Aqil pun bukan kecil lagi, lagi 5 hari Aqil akan mencecah umur 4 tahun 6 bulan. Tengoklah sampai pukul berapa dia boleh bertahan. Nampaknya berselera juga dia makan pagi nie berlaukkan ayam kari curah kicap. Minum pula segelas milo suam.
Juadah bersahur kami variety hari nie, ada ayam percik yang dibeli di bazar semalam, ayam masak kari dan sayur pisang masak lemak. Ada gak sambal udang semalam sikit untuk tambah2 kepedasan.
Abang Danish ni macam biasalah, lesu saja bila kena bangun awal pagi. Tapi Alhamdulillah taklah liat sangat bila dikejutkan untuk bangun bersahur. Danish dah masuk tahun ke-4 berpuasa sebab dia dah mula berpuasa pada umur 5 tahun walaupun pada tahun pertama tue taklah cukup mana pun. Almaklumlah pergi sekolah makan, bila cikgu hidangkan makanan untuk rakan-rakan yang tidak berpuasa, dia pun tumpang sekaki. Bila balik rumah, buat2 lah letih tapi masih kekalkan berpuasa hingga ke petang.
p/s: Alhamdulillah... semoga anak2 Mama & Papa menjadi anak solehah yang di redai Allah.
7 comments:
Diana, sekarang baru melewati 3 jam, tengoklah nnti sampai pukul berapa dia boleh bertahan. harap2 sampai waktu berbuka, tapi kalau dia nak berbuka pd azan zohor nanti, saya bagi juga :)
rindu ngan Aqil ... dh lama x nmpk dia ... :)
Yea lah kak uji, sypun dh lama tk jumpa akk. Slalu sy nmpk cik kenari je
Wah,, cayok cayok aqil...Aleeya masih malas nak bangun pagi. tapi terbalik pulak ardini yang bangun. hmmm aleeya tu hari2 die kata die puasa. tapi sebenarnya tak kuasa nak puasa. cume dia tak makan depan orang. hmmm aqil leh puasa leh dapat duit raya lebihlah tahun nie ek....
Setakat lepas zohor tadi, masih bertahan
Sekarang dah 2.20 ptg pown...akhirnya Aqil tertidur.
You have good points there, that's why I always check your site, it looks like you are an expert in this field. keep up the fantastic work, My friend recommends your blog.
My blog:
rachat credit en ligne www.rachatdecredit.net
Post a Comment