11 August, 2011

Kuih-Muih Ramadhan...

Bila tiba bulan Ramadhan, maka banyaklah org meniaga, terutama skali kat bazar/pasar ramadhan. Pastu banyaklah kuih-muih yg jarang kita dengar boleh kita jumpa pada bulan Ramadhan ni. Kalau tahun lepas saya ada buat photoshoot kat PaRam, tapi this year tak sure lagi sempat ke tidak yea. So, sebelum kita berposing lagi kat Pasar ramadhan, apa kata kita tengok dulu list kuih-muih yang mungkin akan kita jumpa di PaRam tahun ni.

  1. Kuih paling gangster = Lompat Tikam
  2. Kuih paling sexy = Puteri Mandi
  3. Kuih paling keji = Taik Itik
  4. Kuih bajet cute = Cek Mek Molek
  5. Kuih awet muda = Seri Muka
  6. Kuih munafik = Kuih Talam
  7. Kuih bercahaya = Tepong Pelita
  8. Kuih putih melepak = Tepong Gomak
  9. Kuih kaki merempit = Kuih Sepang
  10. Kuih berhantu = Kuih Perigi Buta
  11. Kuih belok-belok = Kuih Bengkang
  12. Kuih paling selekeh = Serabai
  13. Kuih paling miskin = Cakar Ayam
  14. Kuih suka melompat = Cucur Kodok
  15. Kuih paling alim = Kuih Ketayap
  16. Kuih penyakit kronik = Batang Buruk
  17. Kuih suka pukul = Kuih Lompang
  18. Kuih dalam zoo = Badak Berendam
  19. Kuih saman trafik = Samprettttttt
  20. Kuih bangun sendiri = Kuih Bangkit
  21. Kuih orang tak mandi = Bahulu
  22. Kuih aman tenteram = Kuih Makmur
  23. Kuih paling lembab = Kuih Siput
  24. Kuih pemusnah = Kuih Bom

Cuba u alls teka, antara kuih-muih kat bawah ni mana yang sama dengan senarai kuih-muih di atas? Adakah betul suai padan yang saya berikan sebab saya pun tak pandai sangat mengenal kuih-muih tradisional ni.

Kuih Serabai

Kuih Lompat Tikam

Kuih Cek Mek Molek

Kuih Tepong Gomak

Perigi Buta

Kuih Lompang

Kuih ketayap

Badak Berendam

Kuih Bengkang

Puteri Mandi

Selamat menjamu Selera di ketika Beriftah.... Tapi berhati-hati kerana kesemua kuih2 tersebut manis-manis belaka.
Alhamdulillah..... Bangga saya jadi rakyat Malaysia

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

8 comments:

tauhhid said...

amboiiiii.....best sangat2 nama2 kuih itewwww..... siap ngan gambar lagi. kat sarawak jarang ada tjumpa certain2 kuih macam tu. hmmm...nak mintak geng serumah tolong buatkan... kalaupun geng serumah tu tau nak buatkan laaa....hehehehehe

Cinta Misteri said...

hehehe...
seronok tau pergi pasar ramadhan kat Johor. bukan jewr kuih-muih dlm senarai tu yg leh jumpa, ada mcm2 lagi yg pelik2

Yan said...

akak suka kuih serabai..besttt.. kat indon dipanggi surabi..

Cinta Misteri said...

Salam Kak Yan, serabai = surabi. Mcm lbh krg sama bunyinyapun, tk psti yg mana asli, tp walaupapun kita serumpun. Psti byk prsamaan

aisya said...

macam2 je nama kuih2 ni kan.. hehe

Dhenok said...

saya pikir apaan kuih itu cik, ternyata kue.. hahahaha.. sekalian belajar bahasa Malaysia disini.. L:D

Cinta Misteri said...

Aisya, btul la. Pelikkan nama kuih-muih kita. Biasa dengar, nk tengok gambar searh kt google, tp klau nk rasa kena tunggu ramadhan

Cinta Misteri said...

Dhenok, sebutannya psti sama kan. Tp saya rasa kuih/kue M'sia-Indo ada byk prsamaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom kongsikan