Alhamdulillah...selesai sudah puasa hari ini. Lebih menarik, kami berpuasa seisi rumah termasuklah anak kecil kami Muhammad Aqil Hail, 4 tahun 6 bulan. Macam tak percaya jer Aqil boleh berlapar selama sehari.
Bila hampir sahaja waktu Zohor, Aqil bertanya bila boleh makan? Tapi saya cuma meminta dia bertahan sebentar sehingga 1.30ptg. Dia tanya macam mana nak tengok jam 1.30 ptg tue, jadi saya pusingkanlah jam loceng kami untuk dijadikan petunjuk dan dibandingkan dengan jam didinding. Hurmmm nampaknya dia dah menghafal kedudukan jarum jam tersebut.
Tapi akhirnya Aqil tertidur sehinggalah pukul 4.30ptg. Bila dia sedar, dia terus bertanya dah pukul 1.30 ke belum? Saya tanya dia balik, Adik lapar ker? Nak makan? Tapi dia menggelengkan kepala. Kemudian kami mengalihkan persoalannya dengan mengajak dia ke bazar ramadhan di Taman U. Sebelum pergi tue, kami call Nenek dan Mak Tok di kampung. Bukan main gembira lagi mereka dengan cucu kenitnya ni dah mula berpuasa.
Pukul 6ptg baru kami keluar ke bazar Ramadhan. Wahh.. berkira2lah dia nak beli apa di sana, kitorg pown layankan ajer. Balik dari membeli belah, sengaja Papa pusing2 untuk melengah2kan waktu, sampai rumah lebih kurang pukul 6.45 ptg. Bila dah letak makanan di atas meja makan, dia tanya lagi, Mama bila nak pukul 1.30??? Hahhhh... 1.30 dah lepaslah Adik, sekarang ni kita tunggu 7.30 pulak. Nasib baik dia menurut pulak tue.
Sampai sahaja waktu berbuka, Aqil terus dapatkan air jagung yang dibelinya. Alhamdulillah, walaupun ini hanya cuba2, tapi Aqil berjaya menamatkan puasa dgn jayanya. Nampaknya esok aqil nak berpuasa lagi.
Kurma tangkai ini dari PERKIP JPPH-JB
Tengok tue budak baru belajar puasa.
Inilah juadah berbuka puasa kami hari ini. Simple aja..
Yang ni air jagung. Seperti semua sedia maklum, Aqil memang suka kuning.
Yang ni air keladi Abang.
* Tersenyum sendiri
4 comments:
esok2nye...
mak kul bape?
kul 1.30
mak tipu aqil ye...
tv kata tak baik tu bulan puasa..
hehehe
esok2nye...
mak kul bape?
kul 130
mak tipu aqil ye...
tv kata tak baik tipu bulan pose
hehehe
Hahaha..tu lar, tegezut den bila dia tanya bila nak 1.30. Walhal time tu dh nk kul 7
bagus anak soleh ni..
:)
Post a Comment