01 August, 2011

Ramadhan Datang Lagi....Teringat Puasa Zaman Kanak-Kanak

Hari ini sudah mula berpuasa. Hurmmmm.... danish, anak sulung saya sudah masuk tahun ke-3 berpuasa. Alhamdulillah, untuk tahun yang lepas, dia tak ada masalah untuk berpuasa penuh. Kami dah mula mengajarnya berpuasa sejak berumur 5 tahun. Cuma Aqil sahaja yang belum mengerti lagi apa itu berpuasa. Dia boleh tanya lagi, "Kat mana puasa tue"....

Teringat masa kecil-kecil dahulu zaman aku mula2 belajar berpuasa. Mak ayah memang sangat garang dan straight. Bohong lah kalau aku kata aku takda curi2 air, lebih-lebih lagi pada hari sekolah. Penat tue...letih kena beratur tengah panas lah, bilik darjah kipas tak pusing lah, ditambah lagi dengan kawan2 yang tak puasa. Tapi setelah masuk darjah 3 dan bergaul dengan akak2 & abang2 darjah 4, 5 & 6, aku dah tak mengelat lagi. Hehehehe....nakal erk, tak padan perempuan. Tapi taklah setiap hari curi tulang, cuma kadang2 jer, adalah 4 atau 5 hari dlm sebulan tue. Kalau Sabtu atau Ahad, duk diam kat rumah saja, masa ni confirm tak curi tulang. Baring atau tidur atau tengok tv atau main game kat rumah. Rugi kalau ponteng puasa. Hehehehe....

Aku masih ingat berbagai gelagat dan idea2 bernas muncul di bulan puasa ni. Yea lah, tak boleh makan, tak boleh minum, cuaca kat negara kita ni pulak panas tak hengat. Belengaslah seluruh badan, masa kecik2 dulu, mak ayah manalah ada nak pasang air-cond nie. Kalau sekarang OK lah sikit, kat pejabat pown dah fully air-cond, bila kat rumah pown dah ada air-cond, so keletihan puasa dah tak terasa sangat.

Masa dulu kalau dah tak tahan sangat panas, haaa mulalah duduk dalam bilik air lama2, sampai mak kat dapor terjerit2 suruh keluar. Hurmmmm, nyaman bila mandi air kolah, sejuk. Masa saya berumur 6 tahun, kami masih lagi menggunakan air perigi atau air tadahan hujan. Wahhh memang sejuk lah air tue, nak2 bila dah pendap lama2 dalam kolah. Rasa macam nak terjun jer kat dalam kolah tue, tapi takut plak mak marah bila air dah berkocak.

Bila di sekolah rendah, hidup kami dah berubah sikit sebab kami dah berpindah ke rumah teres, ada bekalan air dan elektrik. Ayah ada beli esbok (peti sejuk), hurmmm....malam tue kitorg masukkan sebotol air putih kat dalam freezer. Bila dah tengah hari skit, nnti air dalam botol tue akan membeku, so balik saja dari sekolah kitorang pown ambillah botol tue. Mula2 bila mak tengok, menjerit jugak. Ingatkan kitorg nak minum air, tapi akhirnya mak tersenyum tengok gelagat kita 3 beradik menggolek2kan botol air beku tue ke seluruh badan, di tengkok, tangan, kaki, tapak kai, kepala......hurmmmmm syokkk owh!!!

Bila dah petang sikit, agak2 pukul 6 barulah kitorg akan keluar bermain untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah. Waktu macam tue cuaca dah redup, so bila puas bermain kami akan balik dekat2 dengan waktu berbuka. Mak pun dah siapkan berbagai hidangan. Lepas mandi kitorg duk lah mengadap makan sampai azan Maghrib. yang pertama sekali di capai sudah semestinya air. Hurmmmmmmm.....legaaaaaa!!!!!!!!

Indahnya puasa masa zaman kanak2. Sekarang tiba masa anak2 saya pulak. Tapi nampaknya si abang ni tak ada pulak tunjukkan pengelat dia. Patuh sikit, bangun bersahur pagi pown taklah liat sangat. Gelagat dia pown tak berapa nak nampak sebab saya bekerja dan dia tinggal dengan mak saya. Tapi, mak tak pulak mengadu apa2. alhamdulillah laaa....harap abang baik macam Papa, Mama ni nakal sikit. tapi tengoklah aqil macam mana nanti, rasanya tahun depan baru kami nak melatih dia berpuasa.

Hurmmm...dah nak waktu berbuka ni. Nak masak apa yea (Tapi saya di rumah mertua nie, biasanya saya tak masak di sini. abis2 pergi bazaar Ramadhan di Senggarang. kalau masak pown, cuma tolong2 mak saja di dapur) Hampehh punya menantu.... kehkhekhekheh....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

7 comments:

Azian Elias said...

YA ALLAH.. ni anak akak tengah menguji kesabaran akak ni. epal dia letak kat pipi dia..heee.

RIZZNA said...

hehehe...biasalah kak Yan.
itu salah satu cara penyejukan badan yang tidak membawa kepada pembatalan puasa....

Dr K said...

Pengalaman berpuasa semasa kecil memang best...saya dulu mesti tgk rancangan Rumah Kedai setiap petang..hehehe..

Selamat Berpuasa...

By the way, Alhamdullilah adik awak selamat dalam kemalangan ngeri itu.

Anonymous said...

Hi

What do you thing about below diet supplement? I'm going to buy something good for muscle growth. Please give me a piece of advice.

[url=http://www.universal-nutrition.pl/universal-animal-cuts.html]Universal Animal Cuts[/url]

RIZZNA said...

Salam DZ, pengalaman kita berpuasa mmg tak sama dgn sekarangkan...

Rumah kedai...hurmmm tahun berapa tu yerk? ingat2 lupa laa, mcm ada harum salim bachik mudo-mudo dulu...hehehe

Oh yaa, alhamdulillah adik kami selamat. Itulah, dugaan Allah dtg dlm byk bentuk utk menyedarkan seseorang

Cendol said...

hahaaha keciannyee dia..golek2 botol air..haha panas sgt le tu..kalo Cendol tido ats lantai sebab lantai sejuk

RIZZNA said...

hehehe..Cendol, budak skang ni best kan. takyah golek2 botol air batu lagi. balik sekolah jer dah terperap dlm umah ada aircond sejuk, ngadap komputer (sebab leka) smpi waktu berbuka baru nak tergeliat...di dapur stdby nak makan. hurmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...