Hari ini sudah masuk Ramadhan ke-5. Alhamdulillah, selesai sudah berbuka.
Baru-baru ini saya ada berbahas & membincangkan serba sedikit perihal waktu berpuasa ni. Seperti kita sedia maklum, di malaysia, kiata akan berpuasa seawal dari sebelum Subuh iaitu dipanggil waktu imsak sehingga azan Maghrib berkumandang. Kalau di Johor ni, kita akan mula berpuasa seawal 5.30 pagi sehingga lebih kurang 7.15 ptg. So, kalau dikira-kira tu adalah 13 jam 45 minit.
Pada mulanya rakan saya yang berada di German sekarang ini bertanya khabar dan mengucapkan selamat berbuka untuk rakan-rakan di facebooknya. Kemudian, saya teringat yang dia kini tidak berada di tanah air dan saya terus bertanya pukul berapa dia akan berbuka waktu Malaysia. Menurut rakan saya yang kini sedang berada di German, dia bersahur seawal 2 pagi kerana waktu subuh mereka di sana adalah pada 3pagi. Waktu berpuasa mereka sangat panjang iaitu sehingga pukul 9 lebih malam. Maknanya mereka di sana berpuasa selama lebih 19 jam iaitu lebih 5 jam dari kami di sini.
Kemudian perbicaraan kami berpanjangan sehingga menjadikan sebuah perbahasan yang sangat menarik apabila perbualan kami di interrupt oleh seorang rakan Farrah (entah erkkk, maybe rakan sekolah saya juga dulu kerana dia juga berada di Johor). Menurut rakan Farah itu, ada maslahah yang mengatakan kita tidak boleh mengambil sepenuhnya waktu tenggelam dan timbul matahari untuk dijadikan aras dalammenetapkan waktu berbuka dan berimsak. Sebab yang diberikan juga sangat kukuh (dari pandangan saya) iaitu; jika kita berada di Kutub Utara dan Kutub Selatan, yang mana waktu siang dan malamnya berganti bersilih bulan, jadi bagai mana hendak tentukan waktu berbuka sekiranya tiada matahari. Misalnya, waktu siang di Kutub Utara adalah selama 30 hari, maka pada waktu itu juga Kutub Selatan akan berada di waktu malam selama 30 hari juga. jadi macama mana nak puasa tu yerk?
Jadi bermulalah pencarian saya mengenai sesuatu yang baru difikiran ini dan saya terjumpa laman ini, Menentukan Waktu Puasa di Kutub
"Adapun untuk daerah yang samasekali tidak diketahui waktu fajar dan maghribnya, seperti daerah kutub (utara dan selatan), karena pergantian malam dan siang terjadi enam bulan sekali, maka waktu sahur dan berbuka juga menyesuaikan dengan daerah lain seperti diatas. Jika di Mekkah terbit fajar pada jam 04.30 dan maghrib pada jam 18.00, maka mereka juga harus memperhatikan waktu itu dalam memulai puasa atau ibadah wajib lainnya.
Fatwa ini didasarkan pada Hadis Nabi SAW menanggapi pertanyaan Sahabat tentang kewajiban shalat di daerah yang satu harinya menyamai seminggu atau sebulan atau bahkan setahun. "Wahai Rasul, bagaimana dengan daerah yang satu harinya (sehari-semalam) sama dengan satu tahun, apakah cukup dengan sekali shalat saja". Rasul menjawab "tidak... tapi perkirakanlah sebagaimana kadarnya (pada hari-hari biasa)". [HR. Muslim] Dan demikianlah halnya kewajban -kewajiaban yang lain seperti puasa, zakat dan haji."
Dan saya juga laman ini; Musafir Penerbangan dan Beberapa Permasalahannya
Awal-awal lagi di laman ini mengatakan dengan jelas; " Tetap berpuasa mengikut kiraan waktu asal di lokasinya "
MasyaAllah...kalau tak kerana persoalan pertama saya, tidaklah saya membaca atau mengambil tahu hal ini. Maha Suci Allah, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Tak mungkin dia akan membebani makhluknya. Jadi, Farrah nampaknya kamu boleh berpuasa mengikut waktu Malaysia. Wallahualam juga yea, kalau kamu tu bermastautin tetap di sana, maka berpuasalah kamu mengikut masa di sana. Takut kalau-kalau tertangkap pula kamu macam di Malaysia bila makan di khalayak ramai sebelum waktu berbuka jika mahu mengikut waktu di Malaysia iaitu berbuka pada pukul 7.30 malam.
Allah itu Maha Besar dan sangat adil, Dia telah tetapkan semuanya mengikut kemampuan umatnya. Dia telah mengatur waktu berpuasa bagi kami di Malaysia ini yang beriklim panas dan lembab seadanya. Belum lagi saya dengar orang di Malaysia ni mati kerana berpuasa. Tapi bagi orang-orang di tempat beriklim sejuk, Dia akan panjangkan sedikit waktu berpuasa. Jadi adil bukan??? Sang Pencipta memang banyak rahsia, tak terjangkau akal kita untuk mengupas semuanya.
Sahabat Farah menambah lagi untuk menutup perbincangan kami;
Subhanallah. Maha Suci Allah. Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat ummatnya. Kadang-kadang kita lupa untuk melihat luar dari lingkungan kita. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Contohnya kenapa bulan islam berbeza dengan bulan masihi. Cuba bayangkan kalau bulan islam mengikut bulan masihi maka kita akan berpuasa hanya pada satu musim. Contohnya sekiranya Bulan Ramadan jatuh sama dengan bulan April iaitu musim panas di Malaysia. Maka Ummat Islam di Malaysia akan berpuasa setiap tahun pada musim panas sahaja. Tapi kita ummat Islam sedunia dapat merasa berpuasa pada berbagai musim. Ummat Islam di China contohnya dapat berpuasa pada musim panas, musim bunga, musim luruh dan musim sejuk. Itu salah satu dari nikmat Allah berikan pada kita yang tidak terkira jumlahnya. Kita juga dapat merasa berpuas pada musim panas dan musim hujan. Seperti sekarang ini di Johor tiap-tiap hari hujan. Tak terasa berpuasa di siang hari. Cuba kalau panas.
Alhamdulillah kerana di mana saja saya berada, apa sahaja pekerjaan yang saya lakukan, tak kira cuaca panas atau sejuk, kadangkala ada ketikanya tak sempat bersahur, tapi saya masih boleh menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Walau di mana sahaja kita berada, jangan mengelat dalam berpuasa. Tambahlah pahala sebanyaknya di bulan mulia ini. Ingat, CCTV Allah berada di mana2 sahaja dan kita tak boleh lari dari Nya.
9 comments:
salam
info menarik, ilmu baru saya perolehi
laa...niena...hehe terima kasih ya..maknanya sy kena puasa ikut tmp sy le
haa yerlah tue, takut kalau awk berbuka awal ikut waktu malaysia kena plak angkut masuk van pejabat agama german
malu plk bicara kita di perbualkn ya..
He he he. Tak sangka apa yang kita dibincangkan menjadi satu tajuk yang sangat menarik untuk dikongsi bersama ya Farrah. Thanks to NR sebab qoute ayat saya dalam blog awak. Saya pun mendapat jawapan yang sama apabila saya bertanya kepada ustaz di tempat saya ni.
Farrah, apa salahnya kita berkongsi. Kita pun bualkan perkara yg baik di bulan baik ini. Kalau tak kerana Cikgu Zizi, saya pun tak terfikir nak meneroboh rahsia Allah ni.
Salam Imanshah,
Terima kasih. Saya hanya berkongsi cerita, perkara yang baik elok kita perbincangkan.
Salam.
Perbahasan yg menarik, ya sebab itu dalam keadaan yg terlalu ekstrim.
Terima kasih Affan.
saya pun masih belajar
Post a Comment