Jadilah hamba Allah yang benar2 menghambakan dirinya utk bersama2 penciptanya di bulan yang sangat mulia ini. Tugas hamba adalah meminta, jadi mintalah apa sahaja di bulan yang penuh keberkatan ini, IsyaAllah pasti akan dimakbulkan oleh Ya-Rabb yang Maha Mendengar.
Bersyukurlah kerana kita masih diberikan kesempatan untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Terfikirkah kita jika ini merupakan Ramadhan terakhir untuk kita jalani, apakah kita sudah siap untuk mengadap Ilahi pada hari2 yang mendatang sedangkan di bulan mulia inilah waktunya kita untuk membersihkah segala noda yang tersisa, menambahkan pahala yang ada, meminta segalanya yang boleh dicapai, memohon semuanya yang dihajatkan.
Maha Suci Allah, sesungguhnya aku masih mahu bertemu dengan Ramadhan-Ramadhan yang akan datang kerana 30 hari tahun ini masih belum cukup bagi aku melakukan semua amalan untuk digandakan. Aku telah sangat terluka ketika menjalani peperangan jahiliah selama 335 hari sebelum ini yang telah Kau berikan, oleh itu 30 hari yang merupakan kem pembersihan jiwa yang merupakan hadiah terbesar dari Mu, pasti akan ku manfaatkan sebaik-baiknya. InsyaAllah...
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, dalam keadaan beriman dan penuh mengharap, maka akan diampunkan untuknya dosa-dosanya yang telah berlalu.” Hadith sohih riwayat Bukhari dan Muslim.
Aku mahu menjadi hamba kepada Mu yang benar2 menghambakan diri kerana hanya pada Mu saja aku berhak meminta pertolongan & mengharap segala bantuan. Sesungguhnya aku tersangat hina di sisi Mu Ya-Allah kerana meminta hidup dari mati, tetapi itulah hakikatnya sebagai insan yang tak pernah cukup dengan segala pemberian.
pic ehsan dari adi_eyes007 photo studio
0 comments:
Post a Comment