Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Maka di bulan Ramadhan ini, banyakkanlah membantu orang walau sekecil zarah sekalipun. Pasti ada balasan yang baik menanti anda. Ingat, Allah itu Maha Melihat.
Bantuan yang saya maksudnya bukan sekadar pemberian fizikal, tetapi juga dari segi mental. Bantulah sesiapa saja yang berada dalam kesusahan, tak kiralah anda kenal ataupun tidak. Kalau tak ada wang ataupun material yang dapat diberikan, bantulah dari segi nasihat dan pengharapan. Bantuan yang paling murah dan ringkas adalah DOA.
Betul tak? Murahkan….tadah tangan ke Hadrat Ilahi, dan mohonlah apa sahaja. Di mana2 pun boleh.
Saya nak berkongsi cerita mengenai kisah perangkap tikus.
Ada seekor tikus yang sudah sekian lama tinggal di sebuah rumah pasangan petani. Di situlah dia membesar, sumber makanannya adalah dari segala sisa yang dibuang oleh pasangan petani tersebut. Suatu hari seperti biasa, pasangan petani tersebut telah pergi berbelanja. Ketika mereka membuka barang-barang yang dibelanjakan tadi, tikus tersebut memperhatikan sahaja gelagat pasangan itu dari celah lubang rumahnya sambil menggumam “hmmm…makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??”
Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Habislah dia kali ini, pasti akan mati terjerat jika tersalah langkah. Lalu dia bergegas lari ke sarang dan bertempik, ” Ada perangkap tikus di rumah….di rumah sekarang ada perangkap tikus….”
Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkap tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.
Sang Kambing pun jawab selamba, “Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. “
Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawapan yang sama. ” Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. ”
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata ” Eleh engkau ni…Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku.”
Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.
Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar bunyi detakan perangkap tikusnya menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang tersepit diperangkap itu membuatkan ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke hospital.
Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang tetapi masih demam akibat bisa dari ular itu. Lalu si isteri meminta suaminya membuatkan sup cakar ayam oleh kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dibuat sup.
Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Lalu si suami menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk diberi makan orang-orang yang berziarah.
Dari kejauhan…Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
p/s : MORAL DI SEBALIK KISAH INI :
SUATU HARI….KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA DAN LANGSUNG TAK MAHU MEMBANTU APA YANG MAMPU… FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.
Cerita ini saya kongsikan juga dgn seorang sahabat yg bernama Mieza. Bersabarlah dan ingatlah Allah itu sangat adil. Akan akan doakan yg terbaik untuk awak. Amin…..
2 comments:
INSYALLAH.. rajin2 lah bersedekah bukan hari di bulan puasa.
InsyaAllah Kak Yan.
Kita tkkn tahu bila masa susah kita
Post a Comment