Apa ada pada budak ini?
Kerana satu tragedi yang ditentukan Allah, dia menjadi famous tak semena2. Syukran...syukran... bersujud syukurlah kamu wahai Asyraf Haziq. Allah sedang berbicara dengan mu. Ingatlah, tidak ada satu musibah pun yang diturunkan Allah itu membawa malang, ada hikmah disebaliknya yang kita tidak ketahui. Dan... inilah hikmah yang Allah nak tunjukkan kepada kamu dan kita semua umat seluruh dunia.
Sudah berhari2 saya nak menulis tentang perihal budak ini, tapi jari ini masih tertanya2 adakah patut saya luahkan apa yang terbuku dihati beberapa hari ini. Maafkan saya terlebih dahulu sekiranya catatan ini akan menyinggung mana2 pihak terutama Asyraf Haziq serta keluarganya.
Saya tak perlulah nak menyatakan lagi apa yang telah terjadi dan apa yang sedang terjadi ketika ini tentang Asyraf Haziq. Satu dunia telah mengenalinya, dan terbaru ketika ini keluarganya sedang dalam perjalanan ke London untuk melihat sendiri anak kesayangan mereka dengan mata dan hati mereka.
Sehinggakan ada laman web yang dibuka khas untuk mengutip dana untuk Asyraf Haziq, antara lain isi kandungan web tersebut adalah untuk ;
- Membantu Asyaf Haziq membayar kos pembedahan rahangnya
- Membawa keluarga Asyaf Haziq ke London bertemunya
- Menyanyi di hadapan Wad Asyaf Haziq
- Membelikan bungan sebanyak yang mungkin untuk Asyaf Haziq
Tidak pasti laman web ini dibina oleh orang Islam ataupun Yahudi. Tetapi itu semua tidak penting, yang paling penting kita dapat lihat betapa mulianya individu/badan yang berusaha untuk melakukan sesuatu yang baik untuk Asyaf Haziq lebih2 lagi di bulan Allah yang sangat mulia ini. Walaubagaimanapun, laman web ini telah ditutup kerana dikhabarkan mereka telah berjaya mengutip sejumlah melebihi US22K.
Saya mengucapkan tahniah kepada pasangan En. Rossli Harun & Pn. Maznah Abu Mansoor kerana mempunyai seorang anak yang bepekerti mulia. Asyraf Haziq tidak marah apalagi berdendam dengan orang yang telah melakukan kejahatan kepadanya, dan kita boleh lihat selepas kejadian dia dibelasah dengan teruk, sekumpulan orang lagi datang menghampirinya, bukan untuk membantu tetapi untuk meraguk kesemua barangan yang berada di dalam begnya. Tapi, Asyaf Haziq hanya berdiam dan mungkin saja sedang berdoa agar dia akan diselamat oleh Allah s.w.t.
Teringat saya tentang kisah Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda berada di Thaif. Rasulullah s.a.w. pernah dibaling dengan batu sehingga berdarah seluruh badannya, tetapi baginda tetap sabar dan hanya meminta pertolongan dari Allah. Dan begitu juga yang terjadi pada Asyraf Haziq, hanya Allah sahaja yang dapat menolongnya. Sesungguhnya Allah jualah yang menggerakkan hati2 mereka untuk melakukan yang terbaik untuk Asyraf Haziq yang ditimpa malang.
Semoga apa yang terjadi keatas Asyraf Haziq menjadi ikhtibar kepada kita semua.
Syukur.... Asyraf Haziq masih tersenyum walaupun rahangnya cedera teruk dipukul.
Hanya Allah sahaja yang Maha Menegtahui.
Wallahua'lam
4 comments:
semoga dia cpt sembuh
InsyaAllah... 1 dunia sdg mendoakannya
sy pn sgt respek dgn dia.. tp mujurlah ade org yg merakamkan kak.. kalo x mesti dia xamik kesah pn kn.. =p
Btul tue Farah, kalau dia melawan pown dia pasti akan cedera lebih teruk. So, dia menga,bil langkah yg paling baik, hanya berserah pada Allah... Alhamdulillah, semuanya menjadi baik kerana Allah itu sangat adil.....
Post a Comment