Alhamdulillah....selesai sudah 10 hari berpuasa.
Hari ni saya sekeluarga berbuka puasa di rumah mak & ayah di Taman Gembira. Sebabnya, kerana mengidam Bubur Lambuk Ramadhan Mak. Request awal2 lagi sejak minggu lepas, then semalam terus confirm akan berpuasa bersama mereka berdua.
Cheee-wah...balik kerja jer terus gi dapor. Buat2 gi toilet dulu, segan nak tanya mak buat ker bubur tue. Takut mak tak buat, bukan saya yg hampa tapi mesti mak yang akan hampa bila dia menghampakan permintaan anak dia yg sorang ni. Hurmmm...maybe sebab lupa ker, takda bahan ker, busy ker atau tak sempat.
Hehehehe.....ada pown. So inilah hidangan berbuka puasa kami. Sungguh menyelerakan, walaupun nampak biasa, tapi...... bila dah rasa pasti nak tambah dan tambah lagi.
Ramuan Bubur Lambuk Ramadhan Mak senang saja, boleh di petik di tepi2 jalan & celah2 lorong berdekatan rumah kami. Nak tahu apa resepinya?
Santan secukup rasa, kerisik, sedikit lada hitam dan ikan bilis. Nak sedap lagi tambah lah daging. Isi Bubur Ramadhan Mak adalah sayur-sayuran seperti antaranya daun bebuas, daun kadok, pucuk ubi, kangkung daun kunyit dan daun puding teh.
Kalau biasanya kita ambil bubur lambuk percuma di masjid2 mesti isinya kekacang, tapi bubur mak ni lain sikit. Sebenarnya ada cerita lama disebalik bubur lambuk mak ni. Masa dulu sekitar 80an, kami bukannya orang yang senang. Nak makan bubur lambuk dulu kena ambil dekat masjid yang jauh. Walaupun balik sekolah boleh ambil, tapi bila tiba giliran saja, dah habis. lastly mak kata mak boleh buat dekat rumah. Tapi taklah macam bubur lambuk yang dekat masjid. Nak beli kekacang tu pun taklah berduit sangat. lagipun, kedai runcit yang berniaga di deretan rumah kami pown tak ada menjual jenisan kekacang. Jadi, mak gantikan kekacang tu dengan sayur-sayuran. So, jadilah Bubur Lambuk Ramadhan Mak.
Hari ni juga kami berbuka dengan pelbagai jenis air yang banyak. Tengok tue... ada air kelapa, air cikong panas, air jagung (wajib ni favorite Aqil), air bandung dan air kelapa laut Afrika Selatan. Air ni kitorang beli dengan En. Hairudin (kawan hubby saya), beli 2 percuma banyak. Semoga Allah memberi rahmat kepadanya.... Amin.... berkat air berbuka.
Pastu adalah sikit karipap pusar ngan karipap Singapura yg dibeli di bazar Ramadhan Kg. melayu. Ayah saya panggil karipap 'tepung bawang', jangan tak caya.... ada sesiapa yg pernah dengar tak nama ni?
2 comments:
wuiittt..sedapppp....masakkan tok eyza bole??hehe
Eyza, Boleh2...meh la mai JB.
Post a Comment