06 August, 2011

Peperiksaan di Bulan Ramadhan

Hurmmm...exam exam exam


Bulan ramadhan ni saya akan banyak melalui waktu untuk pembacaan. Sebabnya, ada beberapa siri peperiksaan yang akan saya lalui. Opss...lupa pulak, En.Hubby jugak sama2 membaca & menduduki pepriksaan. Paper pertama kami semester ni adalah esok, awal pagi lagi. Jadi selepas sahur terus dah kena bersiap2 ke medan peperangan. Keputusan assignment pun dah keluar semalam, Alhamdulillah, ada peluang untuk lulus dengan cemerlang esok kalau jawabnya bagus.

Paper ke-2 pada 18 Ogos (Khamis), maka bercutilah saya nasib baik approved leave sebab boss saya tak tahu saya sedang belajar ketika ini. Syyyyytttttt........ jangan cakap dengan dia tau!

Paper ke-3 pada 21 Ogos (Ahad).

Alhamdulillah, bila peperiksaan berlangsung di bulan Ramadhan maka pembacaan dan penghayatan menjadi mudah. Almaklumlah, bila kita membaca di waktu pagi iaitu sebelum dan sesudah bersahur, inputnya banyak. Kadar peratusan ingatan juga tinggi. Bagi En.Hubby mudah banyak, sebab tahap IQ dia tinggi sikit dari saya, jadi tak kesahlah kalau dia tak membaca sangat.

Jadi, cukupah setakat ini entry saya, kerana saya akan meneruskan pembacaan dan baca & baca & baca sehingga ke muka surat terakhir.

* Revision saja nie, untuk refresh kembali apa yg dah belajar sebelum ini.

DOAKAN SAYA DAN EN.SUAMI

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

5 comments:

Shorim Kasih said...

rahmat bulan mulia, semoga dapat melakukan yang terbaik. all the best

RIZZNA said...

Terima kasih Shorim Kasih.
InsyaAllah...

Eyza Dyana said...

huhu..okeh akk...gud luck..wt leklok naa..:)

RIZZNA said...

TQ Eyza...sure I will luv u

Eyza Dyana said...

huhu..comel..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...