29 December, 2011

Buku Teks Sekolah

Alahaiii....Cikgu Besor.

Sedang semak-semak buku-buku sekolah anak saya untuk tahun akan datang ni, saya terkesima bila tengok Buku Teks yang anak saya dapat sebelum cuti bermula tempoh hari....

Buku Teks Sekolah


Ada yang tak ada kulit depan. Ada jugak buku yang lembab, maybe masa sesi pemulangan buku muriod tahun lepas, hari itu hujan, then buku-buku yang dibawa terkena air hujan. ada yang berconteng-conteng di bahagian dalam. Itu belum semak muka surat lagi, ntah-ntah ada yang tak cukup muka surat seperti yang anak saya dapat tahun lepas.

Bukannya nak complaint, tapi biar betul cikgu ni. kalau budak sekolah menengah tu retilah nak complaint minta tukar jam jam tue jugak, tapi budak darjah 3 (tahun depan) manalah diaorang tau nak protes-protes ni. Tapi.....agak-agaklah cikgu oiiii, macam mana nak belajar kalau keadaan macam dekat pendalaman nie.?Baik saya hantar anak saya belajar di asrama kat Sabah sana tue. Puas hati, semua kemudahan dah tentu tak lengkap, kena terima seadanya jer. Tapi ni sekolah bandar cikgu, antara yang terbaik pulak tu di Johor bahru.

Nampaknya Mama kena pergi sekolah jumpa cikgu kalau cikgu tak mahu tukar pada minggu pertama persekolahan.

Potong kegairahan mama nak sampul buku-buku abang bila tengok buku abang koyak rabak sebelum guna.
LOL
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Aktifkan Otak Anda

Mari mengaktifkan otak kita, dengan ini kialiti hidup akan menjadi lebih baik keseluruhannya. Kenapa perlu mengaktifkan otak sedangkan selama ini kita sememangnya menggunakan otak untuk menjalankan kegiatan harian. Pernahkah seseorang mengherdik anda dengan mengatakan "MANA OTAK KAMU?" atau "TAK ADA OTAK KAH?". Jadi tujuan entry saya disini adalah untuk mengatakan otak kita boleh lakukan lebih daripada yang kita ketahui. Kenapa kena aktifkan otak???
  1. Mengaktifkan dan memaksimumkan fungsi otak secara keseluruhan.
  2. Synchronizekan otak kiri dan otak kanan.
  3. Mengasah kemampuan otak kanan dan otak kiri secara seimbang.
  4. Meningkatkan konsentrasi.
  5. Memperkuat daya ingat dan mencegah kekusutan fikiran.
  6. Menjadikan otak berfikir dengan lebih kreatif dalam mencari idea atau menyelesaikan masalah.
  7. Menaikkan semangat, motivasi dan meningkatkan energy. 
  8. Efficientkan energi (Membuat Anda tidak cepat penat).
  9. Meningkatkan daya pemahaman
  10. Mempertajam kemampuan berfikir secara analitik.
  11. Merangsang kecerdasan emosi (EQ).
  12. Meningkatkan kecerdasan spiritual (SQ).
  13. Meningkatkan kemampuan ketenangan fikiran.
  14. Membuat tidur lebih nyenyak dan berkualiti.
  15. Menjaga keseimbangan hormon agar lebih sehat.
  16. Menstabilkan emosi diri
  17. Mengatasi sakit kepala dan migraine.
  18. Menghilangkan stress dan agar tidak mudah tertekan.
  19. Membantu mengatasi kesulitan belajar
  20. Memperlambatkan penuaan otak.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 December, 2011

Suatu Malam Kubur Berasap....Hangus!

Berasap jer hati tengok citer Suatu Malam Kubur Berasap nih! Sapa yg bikin citer ni haaaa? Hangennn btul!!!!! Btul btul berasap ni.

Nak pi check jap saya punya citer nih.
Siapa Ernie Chen ni????
Citer Seram Komedi??? Tak seram langsung! Tak lawak langsung!


Belanja filem 1.81 juta??? Apa diorang buat dengan duit banyak tue? Kesan effect tak berkesan langsung, pelakon taklah mahal sangat sumer, CGI takda, penata muzik ntah apa2....huhhhhhh!

Pelik btul lah, macam mana citer yang takda kualiti macam ni boleh masuk panggung? Standard filem dah macam drama tv, drama tv pun lagi baguslah. Harapkan lawak Alif ba Ta tue jer, yang lain kela0t. Mesej pun ntah apa2, ada ker boleh halau roh sesat dengan baca ayat2 mudah macam tu. Lepas tu main lari-lari langkah2 kubur selamba jer. Tak ada buat kajian ker pengarah citer nie? Pastu leh masukkan budak2 ghost hunter ala-ala Seekers tue la plak.

Kalau setakat buat poster seksi Nurul Ain Nordin tu untuk tarik penonton, tak payah laa lain kali yea. Ni kitorang terjebak tengok citer ni pun sebab budak-budak lah yang merengek-rengek nak tengok citer ni disebabkan oleh pengaruh iklan Alif Ba Ta.... Alif Ba Ta..... tue. 

Ingat nak tengok Alvin the Chipmunk, tapi bebudak ni takut citer tu boring macam Happy Feet. Nak layan Sherlock Holmes, kitorg plak takut budak2 bowring tak paham. Last-last ikut kan ajaaa. And last Mama & Papa yang berasap. 

Menyesal tak buat kajian dulu sebelum tengok citer hampesS ni!

***Filem Prof.Razak memang kitorang dah lama pangkah
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Round d' World di Tropical Village

Wahhhhhhhh......cuti-cuti dunia......

Nak pegi mana erk hari cuti nie? Macam-macam tempat di cadangkan, dari aritu lagi. Mula-mula nak pegi Bila dah takda activity, kitorang plan lah nak berjalan2. Mula-mula nak pergi Desaru, tapi disebabkan sumer orang balik lambat...plan batal. Lepas tue, cadang nak mandi air terjun Sagil. Tapi ayah kata hujan  lebat tak henti-henri nie. Bahaya, hubby pun takut kalau ada kejadian kepala air runtuh....ooooooo dasyat......plan batal. Bila dah tengah hari sikit, cuaca cerah, uihhhh masing-masing buat muka seposen. Apsal lah tak teruskan plan ke Sagil erkkk... Tapi bila tiba-tiba hujan renyai-renyai turun sekejap-sekejap, ilang trus ingatan ke sagil. Plan baru plak, jom mandi kat Wet World. Tapi......dah petang. Kalau pukul 2 dari umah, baper jam dapat mandi erk?

Lastly......Jom ke Tropical Village, Ayer Hitam, Johor.....dekat aja, dari rumah di Bukit Batu, Senggarang cuma lebih kurang setengah jam. Kalau dari Bandar Batu Pahat pun sama gak, lebih kurang 1/2 jam.







:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

25 December, 2011

Ekau celebrate Christmas ke jang???

Alahaiiiii anak omak.

Wahhhhh...tahun ni ada 2 orang budak lelaki akan celebrate Christmas dengan 'husband' dia, sambil makan turkey panggang dalam salji.

Hurmmmmm.....apo nak jadik ekau beduo nie jangggg!!!!!


Lelaki Melayu Malaysia Pertama kawin Lelaki di Greece

Yang sorang ni tak ramai org tau rupanya dialah lelaki melayu yg pertama kawin lelaki, puiiihhhhh!!!. Kawin kat Greece, tapi identiti belum dapat dipastikan lagi. 


Lelaki Melayu Malaysia ke-2 kawin Lelaki di Dublin
Yang sorg ni si Ariff Alfian mmg dah sangat glamourlah baru2 nie dapat liputan meluas.

MasyaAllah...... adakah benar dunia akan berakhir 2012 nie?
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Jingle Bell all the way....

Pagi pagi lagi anak kecil saya dah menyanyi....

Jing gale beng....
Jing gale beng....
Gali galli jingga....
Gali galli jingga....

Uitttt...apa tue erkkk......musykil Mama.

Fikir punya fikir....rupanya....



OK lah Aqil, jgn nyanyi byk sgt sebab tu bukan perayaan agama kita.
Seb baik lirik dia haus.....

hehehehe
Merry Christmas to frens who celebrating this eve.... and

HAPPY NEW YEAR


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 December, 2011

Nilai iPhone 4S Anda...?

Tentu ramai yang sedang tercari-cari gadget baru yang semakin canggih dan semakin nipis, sama ada iPhone 4S, Samsung Galaxy S, Blackberry ataupun HTC. Dianggarkan harga paling rendah smart phone adalah lebih kurang RM2000. Hurmmmm mahalnya, tapi......apakah nilainya jika kita tidak menggunakan segala kemudahan dengan teknologi canggih ke arah yang sewajarnya.





Dengan menggunakan smart phone anda yang mahal tu;
Berapa jamkah anda melayari laman sosial dalam sehari?
Berapa banyak video yang anda muat turun dalam sehari?
Gambar berunsur apakah yang anda ambil setiap hari?

Dengan menggunakan smart phone anda yang mahal tu;
Berapa kalikah anda menelefon ibu atau ayah anda dalam seminggu?
Berapa keping gambar ibu dan ayah anda yang di simpan? 
Bagaimanakah anda memanfaatkan telefon anda ke arah kebaikan?


Saya nak berkongsi satu cerita...cerita kasih ibu dan anak yang dipisahkan beribu batu.

Suatu hari seorang ibu terasa sangat rindu pada anaknya lalu menghubungi si anak yang jauh di negeri orang. Tetapi malangnya, panggilan pertama tidak dijawab. Ibu tidak berputus asa dan menghubungi lagi setiap kali dia teringatkan anaknya. Tetapi malangnya, dia masih tidak dapat bercakap dengan si anak.

Di suatu ketika telefon si anak di angkat oleh seorang rakan. Pada mulanya ibu sangkakan itu adalah anaknya dan terus menanyakan dengan soalan bertubi-tubi ke mana anaknya telah pergi sehingga tidak mengangkat telefon malah tidak pula menghubungi kembali. Tiba-tiba suara di corong telefon mengatakan...

"Dia tidak ada makcik, sedang lakukan pekerjaan diluar. Nanti kalau dia balik, saya suruh dia telefon makcik semula. Assalammualaikum....."

Ibu sangat hampa, kerinduan semakin menebal. Di rumah, ibu asyik membebel bertanya-tanya sendiri ke mana anaknya telah pergi. Kerisauan semakin minghimpit dada. Di luahkan kepada sang bapa, dan kerana sifat bapa yang sangat mempercayai anaknya, sang bapa hanya mendiamkan diri sahaja. Tetapi entahlah apa agaknya yang bersarang dikepalanya. Mungkin ada benarnya apa yang isterinya katakan. Kemana menghilangnya anak mereka, adakah masih dalam keadaan selamat dan dilindungi Ya Rabb????? Wallahualam....

Seminggu lamanya ibu melakukan percubaan untuk menghubungi si anak yang berada di perantauan. Dan akhirnya........suatu hari telefon berbunyi......

    "Assalammualaikum mak, adik ni"

            ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
                ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ 
                    ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
                       ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
                          ΛΛΛΛΛΛΛΛ
                            ΛΛΛΛΛΛΛ
                              ΛΛΛΛΛΛ
                                ΛΛΛΛΛ
                                  ΛΛΛΛ
                                   ΛΛΛ
                                    Λ Λ
             ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
                ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ 
                    ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
                       ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
                          ΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
                            ΛΛΛΛΛΛΛΛ
                              ΛΛΛΛΛΛΛ
                                ΛΛΛΛΛΛ
                                  ΛΛΛΛΛ
                                   ΛΛΛΛ
                                    Λ ΛΛ
            ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
                ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ 
                    ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
                       ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
                          ΛΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
                            ΛΛΛΛΛΛΛΛΛ
                              ΛΛΛΛΛΛΛΛ
                                ΛΛΛΛΛΛ
                                  ΛΛΛΛΛ
                                   ΛΛΛΛ
                                    ΛΛΛ
                                      ΛΛ

Ibu yang sedang menggenggam gagang telefon hanya diam seribu bahasa. Di genggamnya gagang telefon erat-erat tak mahu dilepaskan, kerana akhirnya dapat juga dia mendengar suara si anak yang sudah sekian lama dirindui. Tetapi, tidak berapa pasti kenapakah ibu hanya diam sedangkan suara itulah yang diidam-idamkan, suara itulah yang dimimpikan saban malam, suara itulah ........

Lamunan ibu terhenti setelah tersedar dari awang-awangan. Entah perasaan apakah yang sedang bersarang di benak hati ibu di kala itu. Hanya dia sahaja yang tahu. Mungkin marah kerana si anak tidak menghubunginya, dan mungkin juga sebak kerana anak yang di sayangi kini sudah terbukti dalam keadaan selamat.


Susah sangatkah mendail nombor telefon orang-orang yang anda sayangi?
Susah sangatkah menjawap pangilan orang-orang yang menyayagi anda?


Dengan kecanggihan telefon mudah alih, mustahil anda akan terlepas panggilan orag-orang yang di sayangi kerana telefon anda akan sentiasa bersama dengan anda setiap masa.

Jadi.....anda nilaikanlah smart phone anda sekarang ini. Kalau kini ianya berharga beribu-ribu ringgit, tapi bila anda terlepas satu pangilan yang merupakan panggilan terakhir dari seorang yang bermakna dalam hidup ada, smart phone itu akan menjadi satu barang yang tidak bernilai lagi.....

Fikirkanlah......



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Jom Tioman...

Yeahhhhh!!!!!!!!!!

Kami dapat sponsor bercuti, jumlahnya....ehemm ehemmm


Lokasi.... PULAU TIOMAN ....


Bila............... CNY -2012 .............

Skang sedang cari port2 yg sesuai utk kita landing, yg penting bersesuai dgn budget.
Dengan ini ucapan TERIMA KASIH ditujukan khas kepada....
AYAH....we luv you.

Jom cari Port Lepak...


So, antara Resort yg dah kami skodeng.....

 




Ini kali....plan mesti jadi. Penat mengayat tau!!!!



So, jgn lupa juga peralatan2 yg pelu di bawa bila hendak melacong ke Pulau
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 December, 2011

Jom Durian....

Uitttt....Mama ada bau durian, tapi kenapa Petai???



 Haaaaa....dah habis????

Hehehehe, seb baik durian ni banyak ulas? Budak2 tak pandai buka.
Thank you Papa....

Hurmmmmm....sedapnya..............

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Hariku...dipenuhi dengan buku-buku ku... sayangku

Hahahaha, tajuk n3 macam tak kena. Tapi, suka hati saja sebab memang sedang bersuka hati ni... Sebab;

Berakhir sudah semester ini...
Komen??? Takda komen rasanya, hari-hari depan lagi mendebarkan sebab keputusan peperiksaan akan menentukan hari-hari semalam.

Hari ni hari ke-2 sit exam kat OUMBP. Isnin lepas tak sempat amik gamba coz exam pagi, pastu hujan lebat plak. Jadi, memandangkan hari ni hari yang cerah dan ceria, byk gaklah snap sana sini. Hehehe...sesaja jer begambo kat tempat orang (tapi....perghduhlikhaper)

OUM Batu Pahat

 Tolong SENYAP!!! Peperiksaan sedang dijalankan

Hurmmm... Seraaammmmmm nihhhhh...............


 Wahhh...Baby Blue parking kat dalam kawasan ehhh... Mesti nak elak kena parking 40sen setengah jam


  Bila exam tamat, perut mulalah lapar. So, apa lagi...jom makan. Tempat paling dekat di Tasik Y. tapi, hampeh jer, dah lah lama tunggu samapi setengah jam, pastu nasi goreng nya Mah-Sen. Disebabkan lapar, hurmmm makan ajerlah. Habis naik darah tinggi (kalau ada)

Dah boleh tersenyum, malam ni tido dengan nyenyak. Esok keja plak.......

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 December, 2011

Breakfast di Chop Tong Ah

Pagi-pagi kala nak sarap Sate???
Macam pelik jewr bunyi nyer. Tapi...En.Hubby beria-ia nak ngajak makan  kat Bajrai, BP. Pastu, berhenti depan kedai makan Chinese plak tue dan bagitahu kita akan makan di situ. Uishhhh.....papan tanda tulis CHOP TONG AH. Cari parking, pastu berjalan ke Chop Tong Ah dgn perasaan pelik skit...skit jer, sbb takkanlah En.Hubby nak main-main. So, think positive.

Sesampai depan kedai Chop Tong Ah....

 
Chop Tong Ah
 Ni pemandangan depan kedai. Owhhh...yang masak sumer makcik-makcik melayu. 
HALAL lah nie erkkk...
Chop Tong Ah
 Akak ni jual Sate yang paling laris kat Chop Tong Ah ni. Kebanyakkan yang duduk makan kat sini mesti order Sate kakak nie.

 
Chop Tong Ah
Disebabkan kedai penuh, kenalah tunggu kat luar. yang berdiri tue sumer sama-sama kitoranglah tengah tunggu meja kosong.... Giler Meriahhh!!!! 
Chop Tong Ah
 Sebelum dapat duduk kat dalam & menikmati makanan, cuci mata dulu kat Pasar Besar Batu Pahat yang betul-betul terletak sebelah Chop Tong Ah.

Chop Tong Ah
 Nampak tue, masih ada beca tau kalau sesiapa teringin nak naik pusing-pusing bandar. Caj tak tahulah pulak berapa sekilometer...

 

Chop Tong Ah
Kita dapat tengok pelanggan pelbagai kaum, Cina, Melayu & India duduk sama-sama. Ada juga yang duduk satu meja walaupun tak kenal sebab tak cukup tempat. 

Chop Tong Ah
 Dan akhirnyaaa......kitorang dapat duduk juga...
Ambil ORDER!!!!!
Teh Beng 2
Nes Beng 1
Kopi O Kaw 1
Mee Rebus 3
Lontong 1
SATE 20

Tapi.....lontong tak sampai-sampai... Takpa lah, lain kali jer datang lagi sebab lambat sangat. Maybe kakak tue terlupa atau dah buat tapi letak meja lain. Its Okayyy...
Chop Tong Ah

MEE REBUS Chop Tong Ah

KOPI O KAW Chop Tong Ah

SATE Chop Tong Ah
Nanti nak datang lagi......

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 December, 2011

I Am Proud to be A Muslim

Saya bangga menjadi seorang Islam
Saya bangga kerana dilahirkan dalam keluarga Islam
Saya bangga kerana tinggal dalam Negara Islam
Saya bangga dikelilingi oleh orang-orang Islam

Saya mahu hidup sebagai Islam yang sebenar
Saya mahu mati dalam keadaan Islam yang benar

tapi....
Pernahkah saya mengajak rakan-rakan saya yang bukan Islam memeluk Islam?
Pernahkah saya mengajar orang bukan islam yang saya kenal mengenai Islam?




Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, ia tidak akan diterima daripadanya,dan di akhirat dia akan menjadi salah satu dari orang-orang yang rugi."
(surah Ali Imran : 85)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : 
" Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesunguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" 
(surah al-Nahl : 125)

Firman Allah swt yang bermaksud : 
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." 
(Surah Fussilat : 33)



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

18 December, 2011

Examination Week....

Bermulalah examinantion week for me & hubby...
Actually hari Khamis lepas dah lepas satu paper. Tak taulah erkkk.....soalan kebanyakkannya mengelirukan, tapi bila semak balik, macam mudah jer. Cuma kalau soalan tu straight to the point, confirm leh dapat A+++. hehehehe....belagak plak tue..

Esok (Isnin) ngan Rabu ada 2 paper lagi. tapi kali ni, kitorang tukar tempat peperiksaan. Mana lagi, balik kampung lah. Kan cuti-cuti sekolah... Danish pun dah baik, aritue dia berpantang, so takleh nak pergi mana-mana, Jadi minggu nilah sesuai kitorang amik cuti panjang, balik BP amik exam pun kat OUM Batu Pahat. 

Ada 3 situasi, pertama tak sabar nak masuk OUM tercantik kat Malaysia nie, kedua gementar bila periksa kat gelanggang orang. Ketiga seram sebab.......huwarggggggg saya tak bawa balik IC. kad Matrix pun menghilangkan diri ntah ke mana. Alamakkk.... leh tunjuk lesen memandu tak erk???

Takpalah, takkan diorang tak kasi sit paper tue, kan ada slip peperiksaan. Masa ambil SPM pun taklah minta tunjuk IC. Cuma wajib bawa  slip periksa. jer...Tawakal ajerlah.

So, apa yang penting perlu kita buat? 2 Paper lagi paling tough bagi kami. Arghhhh...kenapa ada subject ni erkkk?

STUDY!!!!!!!!!

study...study...study


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

17 December, 2011

TOMATO ... kisah persahabatan yang mencari ke redha'an Allah

Bangga saya bila ada anak-anak muda boleh berkarya dengan baik.
Baru-baru ni adik saya yang belajar di China ada mempromosikan filem pendek yang di buat oleh rakan-rakan rumahnya. Mula-mula dengar tajuk, macam hurmmmmm....tak da macam nak tengok. Tapi bila hubby saya kata filem pendek tue bagus, saya pun jengah-jengah lah You Tube kejap.

Jom tengok....apa komen anda?


Antara kandungan ayat dalam filem pendek ini adalah;

133. Dan berbaris untuk berperang pada jalan (yang membawa kepada) keampunan dari Tuhan kamu, dan untuk syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk Al-Muttaqun (orang yang alim - lihat V.2: 2).

134. Orang-orang yang membelanjakan [pada jalan Allah - amal kebajikan, sedekah, dan lain-lain] dalam kemakmuran dan dalam kesukaran, yang menindas kemarahan, dan yang lelaki pengampunan; sesungguhnya, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Al-Muhsinun (orang-orang yang baik).

135. Dan orang-orang-orang yang, apabila mereka telah melakukan Fahishah atau menganiaya diri mereka dengan kejahatan, mengingati Allah dan meminta ampun dosa-dosa mereka; dan tiada seorang pun boleh mengampuni dosa-dosa melainkan Allah - Dan tidak berterusan dalam apa (yang salah) yang mereka telah lakukan, sedang mereka mengetahui

136. Untuk itu, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai (Syurga), di mana mereka kekal selama-lamanya. Sebaik-baik pahala bagi orang-orang (yang beramal soleh mengikut Perintah-perintah Allah) ini.
 

MasyaAllah.... semoga kita sentiasa ikhlas dalam menjalinkan persahabatan.  
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 December, 2011

2012 dan Planet NIBIRU


Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru iaitu Tahun 2012. Mesti ada antara kita sudah memiliki kelendar baru ini, jom lihat2 sekejap beberapa tarikh penting.

Perhatikan pada tarikh 20 Julai 2012, ia bersamaan dengan 1 Ramadhan. Maka bila dihitung 15 hari dari tarikh tersebut iaitu akan jatuh pada 3 Ogos 2012. Maka jelas sekali 15 ramadhan akan jatuh pada hari Jumaat.

Tiba-tiba teringat saya dengan Hadis Nabi mengenai kejadian huru-hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadhan di mana bumi ini akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur dengan teriakan satu suara yang amat dasyat akan kita dengar keluar dari langit, Kejadian ini bukannya kiamat, tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 sahaja daripada kita. Tapi pihak NASA, Amerika pula telah mewarwarkan bahawa kejadian tersebut adalah disebabkan oleh Planet NIBIRU yang akan menghentam bumi pada 21 Desember 2012. Wallahualam…..



Persoalannya, jika ini benar-benar akan terjadi, adakah kita dan orang-orang disekeliling kita akan tergolong dalam 1/3 itu? Hanya ALLAH s.w.t. sahaja yang Maha Mengetahui. Cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan mengenai Kalendar Islam 2012, Nu’aim bin Hammad telah meriwayatkan dengan sanadnya, bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…".

Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?"

Beliau menjawab:

"Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 December, 2011

Habis Pantang...Jom Pergi Library...

Semalam genap 2 minggu budak-budak bersunat berpantang. Hurmmm...kalau dah berpantang tue, kena duduk rumah ajalah. Tapi,,,,walapun sakit berpantang, tak bagi main diluar, masih juga ada yang menendang bola. Kalau dah budak lelaki tue, memang lasak tak boleh cakap apa. Tilam tidur diorang tue, dah macam lapangan gusti, api bila ada yang terkena tang situ, haaaa baru nak duduk diam. Tapi bila ngilu dah hilang....hurmmmmm....sambung balik. Gasak koranglah anak...

Siang tadi, Mama & Papa tunaikan janji. Bila sumer dah boleh berjalan normal bila pakai seluar, Mama & Papa akan bawa pergi Library. Maka siang tadi hari pertama mereka keluar semenjak 2 minggu terperap di rumah.



Abang...! mana boleh dengar radio kat Library. Naufal ni tak habis2 dengan buku bola



Papa pun study jugak

Naufal nak pergi melancong... Abang kena mahirkan matematik agar menjadi sehebat Adi Putra

Acara memilih buku


Membaca amalan mulia...

Pirate Pete and The Monster...Aqil suka buku nie sebab ada ulat hijau. Hehehehe

Abang baca buku apa tue??

Aqil nie tengok gambar ajer yeaaa

Calculator Mama...Mama pown kena study jugak coz exam dah dekat




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget