14 February, 2013

Alhamdulillah....



Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Majlis perkahwinan adinda saya dengan pasangannya sudah selamat dan berjalan dengan lancar. Semuanya bagaikan mimpi kerana kami menguruskan semuanya sendiri tanpa dibantu oleh banyak pihak. Sejak dari awal mula merisik, sekali dengan meminang, persiapan perkahwinan, mnjemput saudara mara, gubahan hantaran, perhiasan bilik, dekorasi meja makan berdamai, shooting gambar, video, susun atur majlis, pendek kata 80% persiapan dan perjalanan majlis kami uruskan sendiri adik beradik dengan arahan dari ayahnda dan bonda.

Walaubagaimanapun, kami sekeluarga dengan berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada beberapa individu ybg membantu kami sekeluarga dalam menjayakan majlis gilang gemilang persandingan antara Mohd Najib dan pasangannya Junnainah.

Terima kasih kepada; 

Kepada Mak Tok, Mak Jah & Abang Hussin yang sudi membenarkan kami menggunakan rumah mereka untuk mmbungkus goodies, tapak karaoke, membungkus bontrot, penyiapan hidangan, persiapan air dan tempat mencuci pinggan. 

Kepada Abg Adi & Kak Midah juga terima kasih kerana sudi menyediakan lauk pengantin siap dengan ayam panggang lagi. Jemputan daripihak sebelah memuji masakan semua. Kepada Kak Bedah & Pak Cik Asyraf juga ucapan terima kasih ini ditujukan kerana menyediakan jamuan nasi beriani. Rata-rata jemputan yang datang mengatakan nasi dan lauk-pauk yang disediakn semuanya enak dan sedap semuanya. Tak lupa juga kepada rakan-rakan bonda yang telah menghantarkan juadah seperti kuih-muih sebagai kudapan disepanjang majlis. Tetamu yang hadir tidak putus-putus mengunyah. Pendek kata tak putus jamuan.

Untuk Bobo yang sudi tolong pasangkan langsir belakang tabir sampai fenin, kami memang tabik kat dia. Sabar sangat.... ayahnda kata tak payah tutup belah atas, bonda pula suruh tutup, kejap paysh, kejap tak payah, tapi akhirnya tutup juga walaupun akhirnya hadilnya senget sedikit. OK laaaaa kan, daripada tak ada. Sampaikan pengantin sampai masa siang hari tu terkejut dan terpegun tengok, tak disangka-sangka hasilnyasweeeeetttttt sangat. Nanti saya upload gambar yeppp.... Haaaa, untuk kawan-kawan pengantin juga yang sudi tolong pasang dan buka khemah, sebab kami tak menyewa mana-mana khemah, hanya pakai apa yang ada di balai raya kawasan perumahan kami sahaja.

Untuk deejay terbaik yang kami pernah jumpa, En. Rashid Sahim, beliau memang the best deejay intown. Call last minute jer, nasib baik beliau tak ada job hari Isnin tue, siap bgi diskaun lagi.

Akhir sekali kepada semua jemputan yang sudi datang memeriahkan majlis kami yang tak seberapa ini. Kad hanya diedarkan lebih kurang 350 keping sahaja, tapi kelihatan  seperti jemputn mencecah 1000 orang. Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah beri pada kami.

InsyaAllah, kalau saa aa kelapangan, malam ini akan di upload bberapa gmbar untuk tatapan semua. Video juga sedang edit dan akan di upload di youtube juga.

Alhamdulillah......semuanya selaat dengan limpah kurnia dari Yang Maha Esa.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 comments:

mama aini said...

salam..lega majlis dah selesai kan?..alhamdulillah..bertambah lagi ahli keluarga..

intanfirdaus247 said...

Salam cim.. ALhamdulillah semuanya selesai dengan baik dan selamat kan

Miss N™ said...

Alhamdulillah....
Selesai segala2nya ye...
bila ramai yg berkejrsama, kerja jadi mudah..

psst..jgn lupa upload pic.. :)

ReramaBiru said...

alhamdulillah..tak sabar nak tunggu pic dan video :)

Chic Na said...

Alhamdulillah.. mesti rasa lega kan. semuanya berjalan lancar.

macam lain je blog akak. ;)

Nastyna said...

puas hati kan buat sendiri, dan boleh bangga dengan hasil nya. bravo u guys, cepat2 upload gambar nak tengok.

Kekzamanis said...

Alhamdulillah, selesai juga majlis adinda CIM.. Cepat2 upload gambar.. Nak nengok! Hikhik ^_~..

jeBateja said...

kalau bab2 kenduri ni...mmg jiran2 dan sanak sedara main peranan penting...kalau tidak..pincang kita.....

Unknown said...

alhamdulillah...smuanya berjalan dgn lancar...inilah pentingnya ikatan kekeluargaan.. mmg sgt2 mmberikan kejesama masa kenduri.. mcm kenduri deqla dulu jugak la..depa yg kalut mcm2..hihi..

Nyue said...

alhamdulilah..semuanya dh selesai dgn selamatnye....

xsabar nk tgk video..hehehehee

Solehah Shamsuddin said...

Alhamdulillah, semuanya selesai :)

Mrs Velentine said...

alhamdulillah selesai sudah...yeah nak tengok gambar..hehe

are_lin@yu said...

kak mna pic pengantin nk tgk.hihi

lelamaisara said...

alhamdulillah selesai semua...kalu dah selesai lega kan...
kak mana pic ngantinye...

SURINAH ABD SAMAD said...

Alhamdulillah n tahniah..chantik gambar2 akk
anyway sorry kami xhadirkan diri..bz menguruskan wedding abg saya..

Ppsssssttt kak..baju u MELETOP..!!;)

Unknown said...

lega bila semua dh selesaikan...mana gambar??

Arina Shamsul said...

alhamdulillah..mmg puas hati kalau kita yang menguruskannya sendiri.hehehe.dear baju gsf tu dah sy poskan :)

Cik Ai said...

alhamdulillah..
berjaya seperti yg di rancang..moga pengantin bahagia hingga ke akhir hayat.aminnn

Liyana Anuar said...

Alhamdulillah~ :)

Unknown said...

Alhamdulillah,ramai betul yang membantu dlm majlis ni. Ni mesti berkat kebaikan dan kerjasama tuan rumah membantu kenduri org lain juga.

Liza Ismail said...

ALHAMDULILLAH.... SATU KENANGAN MANIS DI AWAL TAHUN 2013..

Nurul Says said...

alhamdulillah dah selesai :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Alhamdulillah semuanya dh selesai dan berjalan lancar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...