20 April, 2013

Aktiviti Hari Minggu

Dah lama saya tak bersiaran. Rindu pada kamu semua....

Pagi ni saya berada di Stadium Hoki Taman Daya, menemani Adam Danish menjalani latihan hoki untuk mewakili sekolahnya Sekolah Rendah Mohd Khir Johari. Sebelum ini memang tak pernah pergi melihat Danish membuat latihan mahupun menyertai pertandingan, tapi pagi ni kami ada kelapangan maka dapatlah memberi sokongan kepada anak sendiri dalam aktiviti-aktiviti sekolah yang disertainya. Petang ni ada perlawanan persahabatan antara Sek.Ren. Mohd Khir Johari dengan Sek. Ren. Sri Tebrau.

Cantik betul turf hoki di sini. Teringat pula zaman persekolahan saya dulu, saya pun pernah mewakili sekolah sejak dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Tapi, zaman saya dulu, main atas padang rumput berbonggol-bonggol, pukul bola, melantun-lantun. Bengkak kaki, tangan, benjol kepala tu dah biasa. Hurmmmm....jangan tak percaya, saya juga pernah dijemput menjadi coach pembantu untuk team sebuah sekolah di Johor Bahru suatu ketika dulu.

Antara bekas pemain ternama Pasukan Hoki Kebangsaan Malaysia adalah;

> Wallace Tan
> Zam Ariffin
> R. Yogeswaran
> Stephen van Huizen
> Sarjit Singh
> Minarwan Nawawi
> S. Kuhan
> Selvaraju Sandrakasi
> M. Jiwa Mohan (Kembali untuk Hoki Piala Asia 2009)
> Nor Saiful Zaini Nasiruddin
> K. Keevan Raj
> Gary Vernon Fidelis
> Kevin Nunis
> Poon Fook Loke
> Mohamad Abdul Hadi
> Harnahal Singh
> Kevinder Singh
> Baljit Singh Charun Singh

Majulah sukan hoki untuk negara....

** Semalam JDT benam hitam-putih 1-0. Nampaknya ada can JDT menang di  separuh akhir Piala FA pada bulan Mei nanti. WooooOO.....


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

8 comments:

azievee said...

X minat sukan masa kat sekolah...hahaha...Tapi anak2 x tau ler kalu ikut ayah depa mmg olahraga ler...

NinaAz said...

Hebat jugak awak ek.dr sek. Rend smp men main. Hehe. Nina pasif je kt sek dulu. ;)

Miss N™ said...

Nur minat hoki, dulu minat gila dgn mirnawan tu...

tapi nur sekolah dulu nur sesekali je join hoki, lepas kena hentam dekat kaki, nur tak berani join dah..huhu

Chic Na said...

suka tengok je. main tak suka sbb gerun dgn kayu hoki tu. hihi..

9n0L4 said...

skrg ni mmg tgh hot lawan hoki kan. kat skolah sini pun dh peringkat daerah. :)

Unknown said...

deqla jenis kureng bersukan...haha...suka badminton je la pun...hihi

Anonymous said...

wah hebat tu.. done clik2 nuffng yer

Si Matatajam said...

Cantik padang tu. M tak pandai main hoki sb tak minat...dulu join olahraga ja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...