Melayu mudah lupa.....
Ungkapan itu disebut lagi akhir-akhir ini. Kalau dulu selalu didengari dari mulut arwah baktok dan arwah maktok, kalau dulu selalu didengari dari mulut atuk dan nenek, tapi kini diungkapkan oleh Ayahnda dan Bonda saya, acapkali tak pernah jemu untuk mengingatkan agar tidak lupa.
Melayu mudah lupa.....
Kerana 5 May 2013 itu, ungkapan ini juga disebut-sebut berulang kali tidak pernah jemu. Semua melayu mengungkapkannya, hanya segelintir sahaja yang buat-buat lupa sebab melayu mudah lupa.
Melayu mudah lupa.....
Bukan bias ataupun rasis, tapi sekadar mengingatkan agar tidak berulang lagi, kejadian lampau yang mengguris hati, tak siapa berani ungkapkannya lagi, tarikh keramat tersemat bersemadi, bila melayu bersatu hati, sesuatu yang hebat pasti terjadi.
Melayu mudah lupa.....
Kerana ungkapan itulah saya berjaga-jaga, agar tidak alpa dan terus terlupa, menyemak sejarah mengkaji kebenarannya, disebalik nista yang dipropaganda, agar tidak terlalu mengikut peredaran semasa, kerana saya tak mahu cepat terlupa, dengan ingtan-ingatan yang diberi sejak zaman nenek moyang lagi, yang sudah bertungkus lumus mempertahankan pertiwi, memanjatkan doa agar tidak dijajah lagi.
Melayu mudah lupa.....
10 comments:
betul tu kak.. perlu buka mata dan minda.sendiri nilai kan ;)
usah ikut telunjuk orang..
selamat malam :)
melayu mudah lupa..
satu baris ayat yg kita takut dan sentiasa beringatkan...
dan menjadi tanggungjawab kerajaan dalam 5 tahun ni untuk kembalikan kepercayaan rakyat semula agar melayu tidak terus lupa :)
Sokong dengan Boni Kacak ...
moga kita tidak tergolong di kalangan melayu yg mudah lupa itu..salam selasa kak cim... =)
Memang Melayu mudah lupa. Tak pernah bersyukur dengan keamanan yang dikecapi.. Semoga semua dapat bersatu hati agar negara kita tak kembali dijajah..
yg psti kita kna bersatu..huhu
moga MELAYU cepat sedar dan bersatu~
mungkin sebab ramai yang dah rasa terlalu bangga dengan pencapaian melayu sekarang..so ramai yang mudah lupa tentang kisah silam kita...
jgn sbb sedikit buruk, kite lupe baik yg byk. :)
Post a Comment