Sekitar Pilihan Raya Umum 13 di Dun Puteri Wangsa, Parlimen Tebrau di kawasan perumahan saya. Pilihanraya berjalan lancar sejak awal pagi semua pengundi sudah mula membanjiri perkarangan padang Balai Raya Taman Gembira. Keterujaan pengundi-pengundi boleh dilihat dari setiap raut wajah, ada yang baru pertama kali mengundi dan ada yang sudah berkali-kali membuang undi. Tapi yang pastinya PRU13 ini menyaksikan semua pengundi merasa pengalaman pertama menggunakan calitan dakwat kekal di jari telunjuk kiri.
Chiko pown mengundi sekali.... tak pasti Chiko memangkah lambang apa sebab undi adalah rahsia.
Di hari pengundian ini saya dapat bertemu dengan kawan-kawan zaman kanak-kanak saya, Linda, Yanti, Bedah, Mendan. Mereka semua sezaman dengan saya dan kami bersekolah tadika bersama. Tapi, malangnya saya hanya sempat bergambar dengan Yanti sahaja.
Hari ini juga sejurus kami sekeluarga membuang undi, saya bergegas ke Hospital Sultanah Aminah kerana ayahnda saya telah membuat temujanji dengan doktor pakar untuk proses pembedahan di bahagian perutnya yang dipanggil Hernia Repair pada esok hari. Harap-harapnya ia hanyalah pembedahan kecil.
Malam ini saya, ayahnda dan bonda akan menonton keputusan PRU13 di HSA melalui Malaysia TV online dari Samsung Tab 2 10.1.
*pastinya semua sedang berdebar-debar menunggu keputusan*
10 comments:
berdebar2 ni nak tau apa keputusannya.. wahaha kucen pun ada tanda itam dijari?
done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
semoga apa pun keputusan harap yang terbaik untuk kita semua..
a'ahlah...chiko pun ada calit dakwat..kehkehkeh... :)
undi chiko betul2 rahsia... :)
belum ada keputusan rasmi lagikan...
onie p semalam kul 3,sampai2,semak nama pastu p dewan dia pastu keluar,sat je,tayah nunggu ...lega,hik
Kat mana2 pun semua dok tayang jari berinai biru kan kak Niena..
mari laa mari.. pergi mengundi... semoga ayah akak selamat dan kembali sehat...
amboii semangat update PRU.. hihi.. huh deqla tggu punye tggu smpai ke pukul 2 pagi..skali bgn lmbt x keja.. lagipun ingtkan cuti..tu yg syok tdo..hahaha..
apapun kena redha & terima keputusan dgn hati terbuka kan
hehehehe.. chomel~ tucen pon kena calit jugak yer~
masing masing sibuk tunjuk jari. hehe. penuh kat fb aritu. :)
Post a Comment