Alhamdulillah, nenek dah beransur sihat sebab jika dengar berita sejak awal nenek dimasukkan ke hospital, sangat-sangat sedih. Kalau tak salah....nenek dah berumur lebih kurang 83 tahun, plasplas laaaa sebab orang dulu-dulukan buat kad pengenalan lewat dari tarikh dilahirkan. Kalau tak ada apa-apa masalah, nenek akan keluar ward hari ini. Walaupun menjalani rawatan di hospital beberapa hari ni, nenek tetap juga kena mendapatkan rawatan dialisis di Bangunan Abu Kasim, Tampoi, berulang alik 3 hari seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu.
Mohon nenek cepat sihat semula sebab tak sanggup tengok tubuh nenek kena cucuk-cucuk jarum. Alhamdulillah juga, sebab nenek masih ada ramai cucu yang prihatin, terutama sekali Epy. Handsome tau sepupu saya sorang ni, hatinya sehandsome wajahnya. Tapi, sudah berpunya dan bakal melangsungkan perkahwinan pada 30 May ini. Mudah-mudahan Epy dikurniakan isteri yang baik dan sayangkan Epy sehingga akhir hayatnya. Epy ni memanglah tersangat baik, hormat orang tua, bercakap pun sopan tutur kata. Serious....tak tipu. Kalau tak silap, dah banyak kali nenek atau atok kami masuk hospital, dan banyak kali juga tengok Epy salah sorang yang selalu menyebok-nyebokkan dirinya di hospital ni. Harap-harap selepas kahwin nanti, Epy tetap kekal begitu walaupun tak boleh seperti sekarang, tapi tetap mengambil berat terutama hal-hal yang melibatkan atok dan nenek.
Sepanjang saya kenal Epy ni, tak pernah pula saya tengok dia ni biadab. Kalau tengok Epy dengan ibunya...wahhhh memang manja dan sweet sangat nak-nak bila diorang ni main peluk-peluk. Epy, kakak doakan Epy bahagia dengan pasangan Epy nanti.
9 comments:
Kak Niena, nenek okay x?..
mak cakap nenek boleh keluar dr hospital esok, betul ke?
Ziela, nampaknya nenek dah beransur baik. insyaAllah ptg ni dh boleh keluar. tengok tue, dia senyum je. tadi mengeluh skit sbb duk hospital asyik makan tido jer, abg Epy laa yg melayan...hikhikhik...
semoga semua sehat-sehat selalu ya..insya Allah
semoga nenek cepat sembuh
cpt smbuh ye nek.. tumpang manja ngan nenek bole? deqla dari kecik xde nenek..huhu
Kak ziela alhamdulilah nenek keluar wad hari ahad...kak ina terima kasih n insya-allah...ammiinn...maaf lambat replay
mcm mana keadaan Nenek akak skarang?
Nur doakna moga Nenek akak cepat sembuh....
mmg tak sangguplah tgk kena cucuk2 ni kan...
moga nenek cepat sembuh ya...
muke epy mcm pelakon indon yg belakon dgn elfira loy tu. :)
Post a Comment