03 January, 2011

Melayu, Cina, India Semua Bersatu : Selamat Tahun Baharu

2 malam berturut-turut saya ke Pasar Karat, Johor Bahru yang terletak di tengah Bandaraya Johor Bahru, berhampiran dengan Sungai Segget yang dulunya berbau hampes, sekarang tidak lagi. Malam pertama iaitu ketika menyambut Tahun Baharu 2011 (ehhh... betul ke 'BAHARU' seperti iklan2 di TV1 & TV2. Tak pasti typo error ke meka2 nie or mmg DBP dah ada perkataan baru). Malam kedua, semalam lah...saja jalan2 bawa mak dan ayah (pstt....sebab masa malam Tahun Baharu tue saya tak ngajak mereka, so nie lah ngajak *itupun cz ayah yg beriya nak pegi*, ntah2 masa malam Tahun Baharu tue dia cakap dlm atie kot "napa Nina tak ngajak dia")

Meriah sangat Pasar Karat, MBJB ada buat beberapa pentas persembahan, kalau tak silap kira macam ada 5. Persembahanpun macam2, band MBJB, ada kompang, tarian inang, tarian arabian, tarian naga, gendang cina, joget punjabi, joget lambak, pertandingan karaoke, badut, pentomin, and last but not least bunga api. Yang berniaga terus mendapat keuntungan sebab malam tu memang ramai orang termasuklah pelancong2 dari Singapura. Hehehehe....jauh tue :P

Hurmmm...saya ada beberapa keping gambar untuk tatapan.

















Sorry, hasil gambar tak berapa cun coz guna camera hp jer

Siapa kata Melayu, Cina , India tidak bersatu? Walaupun mejorti yang menjual di Pasar Karat adalah orang Melayu, tapi ada juga segelintir Cina dan Idia dan gerai mereka sebelah menyebelah. Adik saya juga ada berniaga air buah (Fresh Juice yang RM2 sebotol tue). Menurut kata adik saya, peniaga2 kat sana semuanya tolong menolong. Bertambah ketara waktu mula2 nak buka gerai, waktu tak ada duit kecil, offer pelanggan pada peniaga lain kalau diorang takda stock barang, jagakan gerai jiran sebelah siap boleh tolong jualkan barang org sebelah lagi.

Masa malam menyambut Tahun Baharu tue, suka saya lihat bila budak2 Cina mainkan gendang Cina, ada beberapa penonton india berjoget2 ikut rentak gendang. Habis jer persembahan, Melayu, Cina, India yang menonton tepuk tangan. Begitu juga sewaktu sekumpulan budak2 India memainkan alat muzik mereka, bukan sahaja India saja yang menari tapi ada juga beberapa budak Melayu yang seronok melihat mereka menari ikut rentak joint skali. Ada satu pentas yang mempersembahkan joget lambak dengan iringan muzik tradisional, bukan sahaja Melayu yang menari, saya boleh nampak ada aunty2 Cina dan beberapa pakcik India menari bersama menunjukkan bakat mereka menari tarian joget, inang dan joget lambak.

Siapa kata Melayu, Cina, India sedang tak bersatu hati? Malam tu tiada pulak rusuhan, kami semua bergembira. Pada pendapat saya, kami yang berada di kasta bawah ini semuanya bersatu hati tiada simpan apa2 perasaan. Tapi yang menjadi masalahnya adalah yang berada di kasta atas. Sebok mempromosikan 1Malaysia kononnya kita semua sudah ada haluan masing2, tapi sebenarnya sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi kami dah 1Malaysia iaitu sejak tertubuhnya negara Malaysia menggantikan Tanah Melayu.

Harapan saya agar kita semua kekal dengan keadaan ini, tiada permusuhan, tiada persengketaan, duduk dalam satu komuniti yang 1, berbincang mengikut kebijaksanaan yang jitu, bersepakatan dalam menuju wawasan yang 1.

YB: Kami semua bersatu,
tapi bagaimana pula kamu?

* Malu tengok YB-YB bergaduh di Parlimen (bagaikan spt: Umno mewakili Melayu, India mewakili PKR, Cina mewakili DAP, yg PAS pown sama jugak)

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

6 comments:

Anonymous said...

selamat tahun baru jugak2 ^^

azzey said...

Tak pnh lg sampai ke Johor...:(

RIZZNA said...

n!da: Slamat Tahun Baharu
azzey: kalau dtg sini, inform laaa, leh kenal2 nnti leh saya bw gi jenjalan (InsyaAllah)

Anonymous said...

slmt thn baru :)

aku untuk kamu said...

Melayu Cina India semuanya bersatu dalam 1 malaysia nih..Sama2 la kita kekalkan semangat ni dlm diri kita supaya kita sentiasa hidup dalam keadaan aman damai

Mai la jadi Follower aku

drmandangmichael@gmail.com said...

"Lihat, Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala, sebab itu hendaklah kamu cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...