12 January, 2011

Lirik Lagu Drama King

AJL 25 : Tempat ke-2

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini

Aku terpaut
Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Korus

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati murahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat

Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu
Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu

Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Ulang Korus

Kau bertakhta
Bagai maharaja di angkat sumpah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat

Hidup penuh muslihat
Sampai bila raja drama...

------------------------------------------------------


Lirik penuh dengah maksud tersirat. Teruja hati nak mentafsir di sebalik bait-bait lagu Drama King, hasilan Taja dan Tun Teja (actualy orang yang sama)

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...