04 January, 2011

RON97 naik lagi : Harga Baru RON97

Naik Lagi!!!!!!!!!
Huh, tahun lepas ntah berapa kali naik, ni belum seminggu jejak 2011 dah naik lagi. Naik sepuluh sen pulak tue, means dari harga sekarang RM2.30, esok akan jadi RM2.40 seliter. Kalau tangki kereta aku tue sebelum ni penuh RM78, maknanya esok-esok kena standby RM82 untuk penuhkan tangki. Hurmmmmm....walaupun bezanya RM4 jer, tapi kalau tangki penuh guna 3 hari, means sebulan RM40.

Kenapa tak guna RON95? Banyak orang tanya soalan tu kat saya, tapi saya cuma geleng kepala jer. Kalau nak jawapan jugak, saya akan jawab ak mahu ambil risiko. Bila saya jawab macam tue, orang akan ketawakan saya dan kenakan saya balik...."Kerajaan dah bagi yang murah tak mahu" sambil ketawakan saya.... saya akan jawab balik "Tak apa, nanti kalau kamu tahu kenapa, pasti kamu berhenti ketawakan saya"

Malas nak cakap banyak...tapi nak cakap jugak.

Bila minyak naik, harga barang akan naik. Sekarang ni pun dah ada ura-ura minyak masak nak naik harga. Sampai tergamak peniaga sembunyikan minyak. Kesian peniaga-peniaga restoran dan gerai-gerai. Macam mana nak berniaga? Makan ulam ajerlahhhhhh....

Bila minyak naik, harga barang akan naik. Alasannya kos pengangkutan meningkat. Tengoklah nanti, roti canai kosong yang harga 70sen tu pun akan jadi 80sen. Macam mana tue? Minyak naik 10 seliter, tapi roti sekeping makan tak kenyang pun naik seposen. Makan lempeng ajerlahhhhhh....

Bila minyak naik, harga barang akan naik. Ehhhh....salah-salah. Harga tiket mesti naik. Harga tambang teksi mesti naik jugak. Nasib baik banyak pemandu teksi dah guna gas. Tapi, mereka tetap naikkan harga coz ambil kesempatan. Macam mana tue? Naik basikal OK jugak, macam kat Vietnam tue. Kayuh ajerlahhhhhhhhhhhh........

Minyak asyik naik jer, tapi pendapatan perkapita tak naik-naik. Jumlah penduduk yang menjawat taraf Miskin Bandar pasti akan meningkat. Macam mana nak teruskan hidup nie?????? Berserah saja? Biar saja apa 'mereka' buat pada kita? Sedangkan yang kaya akan menjadi lebih kaya, tapi yang miskin akan menjadi semakin melarat.

Malas nak cakap dahhh....
Jom baca entry saya mengenai RON95 : http://cintaitumisteri.blogspot.com/2009/09/ok-ker-ron95.html

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

3 comments:

kak_ijah said...

yer ker? baru tahu ni
sabar kak nina..huhu

Yan said...

bukan takat rege minyak naik.. sume nya naik.. Now badan akak ni yang tak berhenti naik..hee

Lovin Born said...

klu nak turun pkai air atau minyak sawit.kah..kah..kah...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget