13 January, 2011

Maksud dan Terjemahan di sebalik Lirik Ana Raffali (Tolong Ingatkan Aku)

Sudah beberapa hari AJL melabuhkan tirai dengan mengangkat lagu TOLONG INGATKAN AKU dari Ana Raffali. Lirik, melodi dan nyanyian merdu Ana Raffali sudah selayaknya mengungguli AJL25 pada malam Ahad lepas.

Tapi.......masih ada lagi suara-suara sumbang yang mempertikaikan kenapa lagu ini boleh menang. Seperi biasa, seperti kata pepataha rumah siap pahat berbunyi. Hurmmmm... tak payahlah nak beban-bebankan kepala hotaque dengan hal-hal seperti ini sebab sebelum AJL25, 6 orang juri, telah berminggu-minggu duduk semeja membincangkan lagi manakah yang sepatutnya di angkat sebagai juara.

Menurut kata M.Nasir selaku ketua juri, lagu Tolong Ingatkan Aku itu merupakan sebuah naskah yang sngat jujur, peribadi dan bersifat sensitif. Pemilihan lagu tersebut bukan kerana populariti tetapi kerana naskah tersebut adalah yang terbaik antara yang terbaik.

Saya cuba nak mentafsirkan maksud lagu Tolong Ingatkan Aku menurut hemat dan pemahaman saya sendiri. Harap tidak ada sesiapa akan mengosipkan N3 saya ini kerana ini adalah pendapat profesional saya sebagai orang yang menerima kemenangan Ana Raffali pada AJL25.

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Pintaku, jangan kau ucap kata putus. Jangan kau sebut kata-kata yang akan membuatkan jiwa ku merana. Berdiam diri lebih baik, tapi harapanku jangan kau simpan segala kemarahan. Baik kita lupakan saja agar perhubungan dapat diteruskan dengan baik.

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Tolong ingatkan aku ketika kita sama-sama sedar dengan kesilapan masing-masing. Masa berlalu begitu pantas, simpankan sahaja kenangan untuk dijadikan pengajaran.

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari


Lupakan saja segala apa yang telah berlaku. Jangan diingatkan kembali sejarah silam, biarkan semuanya terkubur dan jangan diungkit lagi. Kalau kita selalu mengungkit sejarah silam, pasti akan menimbulkan pelbagai pelbalahan.

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa


Sekiranya aku terlupa, tolonglah ingatkan kembali saat kita mula sedar dengan kesilapan masing-masing. Dengan itu, kita dapat mengingat kembali saat-saat manis kita berbaik-baik semula setelah lama berbalah. Lebih baik mengingat waktu manis bermaafan daripada mengimbau kembali waktu kita berbalaha. Masa berlalu begitu pantas, dan jangan biarkan ianya berlalu tanpa ada kenangan manis diantaranya.

Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa

Aku lupa

Setiap kali kita bersama, jantungku berdegup laju, berdebar-debar menahan panahan asmara. Bila degupan jantung semakin kencang, rasanya bagaikan berlagu dan terasa sungguh indah. Lebih baik rasakan keadaan ini daripada menahan marah yang tak tentu arah. Lebih baik merasakan saat-saat manis dan indah daripada mengingat saat pahit dan sakit. Lupakan segala kesakitan, kemarah, kekecewaan. Bayangkan saja semuanya indah kerana Cinta itu misteri (cheeewahhh...nak juga menyelit tue)

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Ingatkan aku lagi saat manis kita waktu bermesra. Waktu kita sedar yang antara kita saling mencintai. Antara kita saling berkasih dan menyimpan perasaan.

Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita


Lirik diulang maka terjemahan lebih kurang di atas.

Jadi, kesimpulannya dalam bercinta kita jangan mengungkit semua kisah silam. Bersangka baik sahaja dalam perhubungan agar cinta, kasing dan sayang bersemi tanpa persengketaan. Sekiranya ada perbalahan silam yang masih belum terungkai, lebih baik dibiarkan sahaja dan anggaplah semua itu asam garam dalam kehidupan. Tidak ada percintaan yang tidak pernah di langgar badai.....
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

1 comments:

Anonymous said...

best2.
diungkapkan dgn lebih mendalam daripada ana rafali terangkan sendiri. hohoho.

at least saye da ade dua pendapat tentang maksud lagu ni.

tengs ye. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...