Catatan ini saya tulis menurut pengalaman cemas yang saya rasa sendiri bersama seluruh ahli keluarga Tok Amin's Famili. Bagi keluarga yang jauh dan sahabat handai yang mengenali Syed Nordin b. Sulaiman, diharapkan agar dapat mendoakan kesihatan beliau beransur baik dari masa ke semasa agar beliau dapat menjalani hidup seperti dahulu. Kami semua rindukan gurau senda Ayah Ngah yang suka mengusik anak2 buahnya sampaikan ada cucu sedara yang menggelarkan beliau sebagai Atok Getek Getek...
Kronologi ini berlaku pada hari Jumaat, 14-Januari-2011.
6.00pm : Terima panggilan dari suami yang sewaktu itu sedang berada di Kuantan kerana menziarah keluarga seorang rakannya yang telah kembali ke Rahmatullah pada 13-Jan-11 kerana kemalangan jalan raya.
Panggilan cemas dari suami mengarahkan aku supaya ke rumah Aunty di Kg.Melayu kerana Ayah Ngah dikabarkan sedang berada dalam keadaan tenat. Actually Ayah Ngah sudah lama sakit menderita barah usus.
Dalam perjalanan balik, jalan jem sana sini melewatkan perjalanan. Tiba2 Kak Bayah pulak call minta tolong menghubungi Kak Ngah Makwa. Hahhhh!!! Semua nombor telah dipotong? Macam mana nie, puas memikir dengan nekad aku trus call Kak Long minta nombor telefon baru Kak Ngah. Sebenarnya Kak Long dan Kak Ngah sedang mengalami konflik dua beradik, biasalah sedangkan lidah lagikan tergigit tapi ar dicincang tak mungkin putus. Along sedia membantu dan secara tidak langsung aku juga khabarkan kepada Along yang sedang diperantauan tentang keadaan Ayah Ngah yang sedang tenat. Harap2 dia boleh balik dan dalam waktu yang sama jernihkan kembali hubungannya dengan satu2nya adik yang dia ada. InsyaAllah…..
7.00pm : Tiba di rumah emak di Tmn.Gembira untuk membawa bersama emak dan ayah serta 2 anak ke rumah Aunty untuk melihat sendiri keadaan Ayah Ngan. Waktu itu, hujan renyai2 dan selepas solat Maghrib, kami bertolak ke Kg.Melayu. Fuhhh jalan pulak jem.
7.30pm : Tiba di rumah Aunty, ketika itu yang kelihatan keluarga Pak Itam serta Kak Rozi yang sedang membuat panggilan ke 999 untuk meminta bantuan paramedic. Dibilik Ayah Ngah, Aunty, Kak Bayah, Abg Asz sedang duduk mengerumuni Ayah Ngah. Juga kelihatan Cik Ana iaitu anak Nek Busu dan juga 2 orang jiran sejati yg dikenali sebagai Ayah Aji dan Abg Al (Azhar).
Melihatkan keadaan Ayah Ngah waktu itu memang sangat menyayat hati. Tapi raut wajah Aunty cukup tenang, dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.
8.30pm : Paramedik dari Hospital Sultanah Aminah sampai dengan Ambulance. Stretcher di bawa masuk. Setelah perbincangan, akhirnya keputusan untuk membawa Ayah Ngah ke hospital dibatalkan. Menurut paramedic, pihak hospital juga tidak dapat berbuat apa2 jika Ayah Ngah di bawa ke hospital. Menurut pandangan paramedic, jika apa2 berlaku, ianya berlaku di rumah dan biarlah Ayah Ngah di rumah sahaja bersama ahli keluarganya. Tapi, bantuan tetap diberikan, air garam disuntik memasuki tubuh badan Ayah Ngah. Paramedik balik…
9.30pm : Keluarga semakin ramai yang datang. Pak Uda dan Mak Uda, Mak Long dan Mak Ngah (kakak kandung Ayah Ngah) anak beranak, Nani dan Kak Noi sekeluarga. Keluarga yang jauh seperti Ucu Acan di KL, Kakak aku sendiri di Klang, Uteh di Melaka di khabarkan dengan berita2 terkini agar mereka tidak ketinggalan. Terpulang pada mereka sama ada mahu bergerak balik ke JB ataupun tidak.
Kami mula membaca Yassin beramai2 di ruang tamu, jauh dari bilik Ayah Ngah. Yassin diketuai oleh Pak Uda. Berserahhhhhhhhhhhh…………………..
11.00pm : Air garam yang disuntik ke badan Ayah Ngah mula habis. Kak Rozi menjalankan tugasnya menukar air garam supaya Ayah Ngah tidak keputusan bekalan. Fitrah seorang jururawat yang komited dengan tugasnya, mengejutkan Ayah Ngah sebagai rutin biasa ketika hendak menukar bekalan air garam. Walaupun harapan untuk Ayah Ngah sedar tipis, Kak Rozi tetap berlagak seperti biasa mengejutkan Ayah Ngah “Ngah!!!Ngah!!!!Ngah!!!!” sambil menepuk2 tangan Ayah Ngah.
Dengan izin Allah………..Ayah Ngah sedar membulatkan matanya. Semua orang yang ada dibilik terkejut dan bersorak keriangan. Masing2 mengukir senyum bila lihat Ayah Ngah kembali seperti sedia kala. Terima Kasih Tuhan…. Terima Kasih Kak Rozi, kamu dah jalankan tugas dengan baik…. Terima Kasih semua yang hadir menyuntik semangat.
Ayah Ngah terpinga2 kenapa ramai sangat orang mengurumuninya. Maka bermulalah proses pengecaman. Seorang demi seorang yang rapat dengan Ayah Ngah dihulurkan ke depan meminta Ayah Ngah mengenal satu demi satu. Alhamdulillah, semuanya dapat dikenalpasti. Sekali sekala Ayah Ngah berlawak meriuhkan suasana bilik itu.
Telefon kembali menjalankan tugas memberitahu perkembangan terbaru Ayah Ngah pada saudara2 yang jauh agar mereka tidak tergesa2 hendak balik. Almaklumlah, jauh lagi pula kami sedang merancang untuk membuat kenduri sekaligus hari keluarga pada Februari nanti. Kos pergi balik juga perlu diambil kira. Harapan agar mereka berdoa saja dari kejauhan. Tapi, Uteh dari Melaka tetap balik anak beranak. Terima Kaish Mak Uteh, Pak Uteh, Fendi, Shida, Atie dan Farid serta sikecil Aniq dan Fadli.
12.00am : Orang beransur balik.
Beberapa orang yang masih berada dibilik Ayah Ngah sedang bergurau senda mengusik Ayah Ngah yang baru saja sedar dari penjelajahannya yang entah ke mana hanya dia dan Tuhan saja yang tahu. Ayah Ngah sempat berseloroh antaranya….
1. Nak makan sate perut
2. Mak Uteh balik JB naik motor bujang sepah bawa Pak Uteh
1.00am : Kerana sedikit kepenatan, akupun meminta diri untuk balik. Perutpun sduah terasa lapar. Dalam perjalanan balik, kami singgah di Pasar Kg.Melayu meninjau2 kalau2 masih ada kedai yang masih mahu masak untuk kami. Sebab dah malam sangat…ehhh pagi, kami tapau saja dan makan kat rumah sebab embun jantan pun dah turun.
2.30am : Aku memandu balik keseorangan ke Mutiara Rini kerana suamiku akan tiba dalam pukul 3.00am….. Bak kata P.Ramli: Pukul 3 Pagi
Inilah saja sedikit kronologi perasaan cemas yang menular ke jiwa kami The Tok Amin’s Famili.
3 comments:
Alhamdulillah.... sebagai orang yang sihat kita perlu berusaha untuk memberi kesenangan dan kemudahan kepada orang yang sakit. Semua adalah takdir dan Qada & Qadar yang telah ditentukan oleh ALLAH.
Semuanya adalah berkat doa dari semua saudara-mara dan sahabat handai yang datang melawat.
Alhamdulillah...
Good Job Sis :)
Doa buat Aunty, Abg Asz dan Kak Bayah supaya mereka kuat dan sehat utk menjaga Ayah Ngah
Alhamdulillah...terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan ayah ngah. terima kasih juga kepada kak rozi yang telah menjalankan tugasnya dengan baik. Dengan Izin Allah kita semua dapat bersama lagi dengan ayah ngah yang kami semua cintai. sebenarnya kami sekeluarga juga telah bersiap2 untuk pulang. aleeya ngan ardini sudah siap dengan stokinnya, akak pon dah bersiap dengan baju kurung. bag semua sudah berada di depan pintu. hanya hendak tutup tv je terdengar mesej dari nina mengatakan ayah ngah sudah sedar. terus kami menelefon nina dan bertanyakan keadaan yang selanjutnya. setelah lega dengan khabar itu, kami pon decide untuk tidak pulang kerana lagi 2 minggu kita akan berkampong di sana. kami mendoakan beliau dari jauh semoga semuanya selamat dan ayahngah sihat kembali. aleeya dengan perasaan hampanya kerana dia dah excited nak balik kampong. kami pon keluar juga malam tu just tuk menghiburkan aleeya. keluar pergi makan jek di kawasan dekat2 sini. insyaallah kami akan pulang dan menjenguk ayah ngah pada hari keluarga CNY nie. kirim salam semua dan terutama keluarga ayahngah. semoga mereka semua tabah dan terus berada disisi ayahngah walau apa jua keadaan. Pada Aunty yang kami sayang, kuatkan semangatmu, kami sentiasa akan membantu pada bila2 masa perlu. Luv U alls..
Post a Comment