04 January, 2011

Cancer : Penyakit Datang Tanpa Diundang

Hari ini aku di kejutkan lagi dengan khabar seorang sahabat yang sedang terlantar sakit di hospital. Yang lebih mengejutkan lagi, sahabat yang masih belum berkahwin ini telah menjalani pembedahan membuang kedua-dua belah ovari. Bermakna salah satu sistem dan fungsi kewanitaannya sudah tiada lagi, harapan untuk mendapatkan anak setelah berkahwin hanya tinggal harapan. Sedih mendengarnya....


Kadangkala aku terfikir, bagaimana penyakit-penyakit ini datang. Apakah puncanya, adakah kerana pemakanan, persekitaran ataupun kitaran hidup aktif seseorang.


Apakah makanan yang boleh menyebabkan menjangkitnya penyakit-penyakit kronik ini?


Petang ni aku nak pergi melawat dia di Hospitan Pakar Abdul Samad Johor Bahru... Tapi rasanya tak dapat, jadi aku bercadang nak pergi esok saja selepas bekerja dengan kawan2 yang lain.

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi dia. Dia yg selalu aku kutuk, dia yg selalu aku marah, dia juga yang selalu aku tarik muka masam. Harap dia tak apa-apa dan boleh sembuh seperti sediakala dan kembali bekerja, kembali menjadi kawan gaduh aku....

WAHAI KAWAN-KAWAN KU...

JAGALAH KESIHATAN KAMU


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

2 comments:

eiyra'z said...

pemakanan zmn skang dah xsama cam dulu..skang rata2 kat kedai bubuh ajinomoto..takut sgt..mintak simpang la kak..

Mariajrqx said...

pemakanan zmn skang dah xsama cam dulu..skang rata2 kat kedai bubuh ajinomoto..takut sgt..mintak simpang la kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...