31 August, 2011
MERDEKA AIDILFITRI !!!!!!!!!!!!!!!!!
sELaMaT hARi rAYa...
17 August, 2011
15 August, 2011
Al-Quran Mukjizat Ramadhan
BAGAIMANA dikatakan al-Quran berjaya 'membekas' di dalam jiwa seseorang? Pastinya, mereka yang benar-benar menghayati al-Quran akan merasai ia begitu hampir dengan mereka.
Apabila diperdengarkan ayat mengenai azab serta seksaan di neraka, hati mereka begitu takut untuk melakukan kemungkaran. Begitu juga al-Quran menceritakan ganjaran syurga jika beramal soleh, mereka sedaya upaya memperbaiki diri dengan harapan dapat menikmati ganjaran syurga Allah di akhirat kelak.
Itulah antara penghayatan yang perlu dimiliki setiap Muslim dalam memahami serta menghayati kalam suci al-Quran. Keajaiban al-Quran yang menjadi mukjizat terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w sebagai pedoman hidup buat manusia dalam mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Mukjizat al-Quran berbeza dengan mukjizat Rasulullah s.a.w lain kerana al-Quran tetap kekal dan boleh dilihat ke hari ini. Di dalamnya terkandung pelbagai hikmah kebenaran.
Terdapat ramai tokoh hebat pada awalnya menolak Islam, tetapi akhirnya mereka beriman kepada Allah s.w.t selepas mendengar, membaca dan mengkaji al-Quran.
Tidak hairanlah, generasi sahabat menjadi ahli Quran apabila al-Quran merubah kehidupan umat Arab ketika itu daripada masyarakat jahiliah kepada umat bertamadun.
Keajaiban al-Quran dapat dilihat dalam sejarah Umar bin Khattab sehingga beliau memeluk Islam. Sebelum Islam, Umar seorang lelaki bengis dan kejam dan pernah berniat untuk membunuh Nabi Muhammad.
Detik perubahan Umar berlaku selepas beliau menghayati beberapa ayat dari Surah Taha ketika pergi ke rumah adiknya, Fatimah yang ketika itu sedang mempelajari al-Quran.
Beliau berkeyakinan apa yang didengarnya itu bukan syair Arab. Kata-katanya sangat indah yang tiada tolak bandingnya dan pada hari itu juga, Umar memeluk Islam.
Begitulah besarnya pengaruh mendengar bacaan al-Quran sehingga dapat mengubah peribadi Umar sehingga menjadi insan yang beriman kepada Allah s.w.t Allah berhak memelihara kesucian kitab al-Quran daripada dicemari daripada diubah suai oleh manusia. Hal ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya". (Surah al-Hijr, ayat 9).
Tiada seorang manusia yang mampu mencipta walaupun satu ayat setanding dengan al-Quran. Bagi mereka yang mengamalkan al-Quran dalam kehidupan seharian pastinya akan rasa bahagia. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya al-Quran ini menunjukkan (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang yang beriman yang mengerjakan (amalan) yang soleh; sesungguhnya untuk mereka itu pahala yang besar." (Surah al-Israk ayat 9).
Pada Ramadan yang penuh keberkatan ini kita dituntut untuk bertadarus al-Quran. Rasulullah bersabda yang bermaksud: Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia (al-Quran) akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya. (Hadis Riwayat Muslim).
Umat Islam perlu berusaha mendalami al-Quran dan jangan sampai mereka menjadi 'buta' al-Quran. Sedangkan bahan bacaan santai lain boleh dihabiskan dalam tempoh tertentu tetapi kenapakah al-Quran dipinggirkan dan hanya menjadi perhiasan di rumah.
Manusia yang sering dibelenggu keresahan, gundah-gulana dan kesempitan perlu sentiasa mendampingi Al-Quran supaya mereka kembali mendapat kekuatan, semangat, kesenangan serta ketenangan di jiwa.
Itulah rahmat yang Allah diberikan kesan daripada beramal dengan mukjizat agung itu. Ibaratnya, semakin banyak membaca dan mendengar al-Quran seluruh jiwa raganya semakin terpikat dan seronok kepada al-Quran.
Malah kesannya lebih terasa jika seseorang itu mampu menguasai al-Quran dengan alunan suara yang merdu serta fasih bacaannya. Orang lain juga pasti terpikat jika seseorang dapat mempersembahkan bacaannya begitu baik sekali.
Dalam riwayat, banyak sekali diceritakan, pengaruh bacaan al-Quran pada zaman Rasulullah terhadap hati orang kafir selepas mendengar ayat Al-Quran sangat berkesan.
Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, berkata perkataan mukjizat dalam bahasa Arab bermaksud perkara yang bercanggah dengan adat kebiasaan.
Ia sesuatu perkara luar biasa yang ditentukan Allah s.w.t dan dikurniakan kepada seseorang yang bergelar rasul sebagai tanda kebenarannya di mana dakwahnya diiringi dengan cabaran dan tiada tandingan sama sekali.
Allah mengurniakan Nabi Muhammad mukjizat kandungan al-Quran yang tidak mampu ditandingi manusia terutamanya di dalam bidang ilmu pengetahuan.
Antara mukjizat al-Quran ialah keindahan bahasanya yang tinggi dan halus, susunan bahasa yang baik, ilmu pengetahuan yang membimbing manusia ke arah kebenaran serta panduan lengkap ke arah kemaslahatan dan kemakmuran alam semesta, katanya.
Beliau berkata al-Quran adalah mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril a.s secara berperingkat-peringkat selama lebih kurang 23 tahun.
Di dalamnya mengandungi peristiwa umat terdahulu yang menyentuh aspek kehidupan manusia seperti cara hidup berkeluarga, bermasyarakat, beribadah, urusan pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan pembangunan.
Mukjizat al-Quran dipenuhi dengan keagungan yang tiada tolok bandingnya dengan kitab lain. Ringkasnya, al-Quran adalah bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad sekali gus ia menjadi bukti bahawa al-Quran adalah firman Allah dan bukannya ucapan atau ciptaan Nabi Muhammad sendiri, katanya.
Engku Ahmad Zaki berkata kandungan al-Quran penuh dengan ajaran bagi memandu manusia menjadi ummah bertamadun.
Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 1 yang bermaksud: "Alif, Laam, Raa. Ini ialah Kitab (al-Quran) Kami turunkannya kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman (dengan izin tuhan mereka) ke jalan Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji."
"Rasulullah menjadikan al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang kafir Quraisy sehingga mereka tidak mampu menghadapinya padahal mereka memiliki kemahiran tinggi dari segi fasahah dan balaghahnya," katanya.
Beliau berkata al-Quran diturunkan bukan untuk dijadikan simbol pengiktirafan Allah kepada Nabi Muhammad dan umatnya semata-mata. Bahkan ia mempunyai maksud yang lebih penting iaitu setiap kandungannya membawa rahmat kepada seluruh umat.
"Justeru, Rasulullah menggesa umatnya membaca, memahami serta mengamalkan isi kandungan al-Quran secara keseluruhannya," katanya.
Engku Ahmad Zaki berkata golongan yang menjadikan al-Quran sebagai bacaan utama pada setiap masa akan diberi ganjaran pahala oleh Allah.
Setiap huruf yang dibaca dikira sebagai 10 pahala sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kewajipan seumpamanya, tidak aku katakan (alif, lam, mim) itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf." (Hadis riwayat Tirmizi).
Sejarah membuktikan sahabat seperti Uthman, Zaid bin Tsabit, Ibnu Masud dan Ubay bin kaab sentiasa membaca al-Quran dan khatam pada setiap Jumaat.
"Begitu juga amalan tradisi yang dilakukan orang dahulu yang sangat menitikberatkan pendidikan al-Quran kepada anak mereka.
Anak tidak dibenarkan keluar rumah selagi tidak membaca al-Quran dan mereka mengamalkan bacaan al-Quran pada setiap malam selepas Maghrib secara beramai-ramai," katanya.
Beliau berkata walaupun perkara itu tiada dalam syariat, ia membuktikan mereka sangat mengambil berat pendidikan al-Quran.
Namun pada hari ini berapa ramaikah umat Islam yang membaca al-Quran serta mengambil al-Quran sebagai asas panduan hidup, asas pemikiran atau berfikir secara Qurani? Inilah persoalan yang perlu direnungi dan difikir bersama sebagai umat Islam.
Berfikir Qurani bermaksud bagaimana sumber al-Quran dijadikan pedoman berfikir sesuatu kejadian dalam kehidupan. Berfikir menerusi jendela al-Quran menjadikan seseorang itu memiliki jiwa tadabbur (jiwa mengkaji dan menyelidik).
AyatAllah bersifat semasa dan sesuai dalam semua kehidupan. Kisah yang dirakamkan al-Quran ribuan tahun lalu bukan hanya merakamkan apa yang pernah berlaku pada masa yang lalu, tetapi berulang kembali pada masa kini dan masa depan, katanya.
Engku Ahmad Zaki berkata Rasulullah pernah melahirkan kebimbangan bahawa umat Islam ramai, tetapi berkeadaan seperti buih di lautan kerana lemah dan tidak berdaya saing.
Umat Islam mesti yakin al-Quran mampu menjadi ubat dan penawar kepada segala jenis penyakit sama ada rohani atau jasmani yang melanda masyarakat masa kini.
14 August, 2011
Tragedi Ramadhan : Asyraf Haziq Rosli
- Membantu Asyaf Haziq membayar kos pembedahan rahangnya
- Membawa keluarga Asyaf Haziq ke London bertemunya
- Menyanyi di hadapan Wad Asyaf Haziq
- Membelikan bungan sebanyak yang mungkin untuk Asyaf Haziq
Tajaan Blog Ramadhan : Jom join blog list yuyue
Azam Ramadhan : Khas Buat En.Suami Tercinta
- Boleh jadi sang isteri terlalu kerap ditinggal-tinggalkan kerana sang suami sering out station. [NB: Out station boleh jadi kerana kerja, mungkin saja out station ke rumah madu dua atau tiga...] Walau apapun alasan suami keluar out station, ini memberi peluang isterinya bergaul dengan rakan-rakan bermasalah, maka berjangkitlah penyakit ‘bawaan kawan’ ini.
- Adakalanya sang isteri sibuk dengan kegilaan barunya iaitu membeli belah dan berhutang dengan bai-bai motor demi mengikut trend. Jika dinasihati dia melenting kerana sang suami tidak berjaya mengikut kehendak & kemahuan isteri, maka apalagi berhutang lah.
- Kadangkala sang isteri pulak yang over mencari duit sehingga anak-anak ditinggalkan hingga larut malam kerana mahu mencuba perniagaan baru.
- Baru-baru ini pula fenomena facebook menular sehinggakan sang isteri leka menghadap sampai terlupa melakukan tugasan rumah. Ini membuatkan sang suami menjadi berang. nak2 bila kekasih lama mengacau rumahtangga.
Wajib menasihati
Sentuhan jiwa
Isteri adalah amanah Allah, bukan barang hak mutlak milik anda seorang. Lupakah anda pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”
Anda disuruh menjaganya, bukan mempergunakannya sesuka hati. Sudah habis diguna, dibuang ke dalam tong sampah. Bila rosak dituduh tidak sempurna, tidak bermanafaat dan tidak membawa untung. Dia adalah amanah Allah SWT yang AKAN disoal ke atas setiap suami bagaimanakah mereka menjaga isteri, adakah ia sesuai menurut suruhan Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda kepada para suami yang bermaksud, “Pulanglah kepada keluarga kalian, berdiamlah, ajari dan bimbing mereka. Lakukan solat begini dan begini.” (Hadis Muttafaqun ‘alaih)
Alhamdulillah.....saya mempunyai seorang suami yang sangat faham tentang isu rumahtangga. Semua masalah di atas belum pernah lagi terjadi dalam rumahtangga kami, minta dijauhkan Ya-Allah. InsyaAllah, kami akan bajai kasih sayang kami sehingga keakhir hayat kami.
Khasiat 7 Surah - Bacalah di Bulan Ramadhan
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"
SURAH AS-SAJDAH
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:
"Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk"
SURAH YAASIN
Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata:
"Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khusunya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".
SURAH AD-DUKHAN
Daripada abi Hurairah .a. berkata :nabi saw telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya".
SURAH AL-WAQIAH
Rasulullah saw bersabda:
" Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya"
SURAH AL-MULK
Daripada Ibnu Abbas .a berkata:
"Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga keoada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!"
Dan Nabi saw bersabda:
"saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku".
SURAH AL-HASYAR
Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyar maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid"
"Ya Allah..Berikanlah daku kekuatan untuk mengharungi mehnah dan cubaan dari Mu dengan penuh kesabaran..."
p/s : Sama-sama lah kita mengamalkannyer....
13 August, 2011
Berikanlah Sebanyak Bantuan di Bulan Ramadhan Ini
Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Maka di bulan Ramadhan ini, banyakkanlah membantu orang walau sekecil zarah sekalipun. Pasti ada balasan yang baik menanti anda. Ingat, Allah itu Maha Melihat.
Bantuan yang saya maksudnya bukan sekadar pemberian fizikal, tetapi juga dari segi mental. Bantulah sesiapa saja yang berada dalam kesusahan, tak kiralah anda kenal ataupun tidak. Kalau tak ada wang ataupun material yang dapat diberikan, bantulah dari segi nasihat dan pengharapan. Bantuan yang paling murah dan ringkas adalah DOA.
Betul tak? Murahkan….tadah tangan ke Hadrat Ilahi, dan mohonlah apa sahaja. Di mana2 pun boleh.
Saya nak berkongsi cerita mengenai kisah perangkap tikus.
Ada seekor tikus yang sudah sekian lama tinggal di sebuah rumah pasangan petani. Di situlah dia membesar, sumber makanannya adalah dari segala sisa yang dibuang oleh pasangan petani tersebut. Suatu hari seperti biasa, pasangan petani tersebut telah pergi berbelanja. Ketika mereka membuka barang-barang yang dibelanjakan tadi, tikus tersebut memperhatikan sahaja gelagat pasangan itu dari celah lubang rumahnya sambil menggumam “hmmm…makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??”
Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Habislah dia kali ini, pasti akan mati terjerat jika tersalah langkah. Lalu dia bergegas lari ke sarang dan bertempik, ” Ada perangkap tikus di rumah….di rumah sekarang ada perangkap tikus….”
Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkap tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.
Sang Kambing pun jawab selamba, “Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. “
Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawapan yang sama. ” Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. ”
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata ” Eleh engkau ni…Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku.”
Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.
Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar bunyi detakan perangkap tikusnya menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang tersepit diperangkap itu membuatkan ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke hospital.
Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang tetapi masih demam akibat bisa dari ular itu. Lalu si isteri meminta suaminya membuatkan sup cakar ayam oleh kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dibuat sup.
Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Lalu si suami menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk diberi makan orang-orang yang berziarah.
Dari kejauhan…Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
p/s : MORAL DI SEBALIK KISAH INI :
SUATU HARI….KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA DAN LANGSUNG TAK MAHU MEMBANTU APA YANG MAMPU… FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.
Cerita ini saya kongsikan juga dgn seorang sahabat yg bernama Mieza. Bersabarlah dan ingatlah Allah itu sangat adil. Akan akan doakan yg terbaik untuk awak. Amin…..
12 August, 2011
Ramadhan Bulan Pembersihan Hati
- Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
- Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
- Letakkan ke dalam bekas keredhaan,
- Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
- Masukkan dalam kuali taqwa,
- Lalu tuangkanlah padanya air malu,
- Didihkanlah dengan api mahabbah,
- Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
- Kemudian kipaslahsejukkannya dengan kipas harapan,
- Lalu minum menggunakan sudu pujian.
11 August, 2011
Kuih-Muih Ramadhan...
- Kuih paling gangster = Lompat Tikam
- Kuih paling sexy = Puteri Mandi
- Kuih paling keji = Taik Itik
- Kuih bajet cute = Cek Mek Molek
- Kuih awet muda = Seri Muka
- Kuih munafik = Kuih Talam
- Kuih bercahaya = Tepong Pelita
- Kuih putih melepak = Tepong Gomak
- Kuih kaki merempit = Kuih Sepang
- Kuih berhantu = Kuih Perigi Buta
- Kuih belok-belok = Kuih Bengkang
- Kuih paling selekeh = Serabai
- Kuih paling miskin = Cakar Ayam
- Kuih suka melompat = Cucur Kodok
- Kuih paling alim = Kuih Ketayap
- Kuih penyakit kronik = Batang Buruk
- Kuih suka pukul = Kuih Lompang
- Kuih dalam zoo = Badak Berendam
- Kuih saman trafik = Samprettttttt
- Kuih bangun sendiri = Kuih Bangkit
- Kuih orang tak mandi = Bahulu
- Kuih aman tenteram = Kuih Makmur
- Kuih paling lembab = Kuih Siput
- Kuih pemusnah = Kuih Bom