31 August, 2011

MERDEKA AIDILFITRI !!!!!!!!!!!!!!!!!

Tadi dah minta maaf... skang nak ucapkan Selamat Hari Merdeka pula utk seluruh warganegara Malaysia.

Tersentuh hati bila tengok iklan raya petronas yang bertajuk TANGAN....


Tangan yang memberi, tangan juga yang menerima,
Tangan yang memeluk, tangan juga yang menolak,
Tangan yang membelai, tangan juga yang mengasari,
Tangan yang merangkul, tangan juga yang terkulai,

Tangan yang momohon maaf di Aidilfitri
Tangan jua yang melaungkan Kemerdekaan

Tanganlah segala-galanya
Tanpa tangan, kita berbicara dengan hati
Tanpa hati, kita mati...........

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

sELaMaT hARi rAYa...

Hari ni dah masuk hari ke-2 kita berhari raya... FoooohhHHhh...lama tak menukil di sini. Byk sgt tugasan yg perlu disiapkan, tapi Alhamdulillah, semuanya selamat dihabiskan dengan jayanya.

Peperiksaan, persiapan raya, perjalanan balik kampung, semuanya dirancang dengan sempurna. Cuma penukilan di sini saja terpaksa ditangguhkan kerana bidang ini hanya part time semata.

Dikesempatan ini, sepatah dua kata kukirimkan untuk pembaca semua....

LISAN..... Kadang-kala terkasar bahasa
JANJI..... Kadang-kala terabai tingkah
HATI...... Kadang-kala berprasangka rasa
SIKAP.... Kadang-kala menyakitkan jiwa

Namun hidup ini tersangat indah, disusun rapi oleh Allah, masih ada hari dicipta untuk memohon kemaafan, Syawal menjelma untuk membersihkan segala noda dan dosa. Dari itu, jari kususun memohon ampun dan maaf dari semua, semoga tiada dendam dan penyesalan....

Oleh itu, saya rasa masih beluJustify Fullm terlambat untuk mengucapkan....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DARI KAMI SEKELUARGA


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

17 August, 2011

Wordless Wednesday : Ramadhan #06



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Wordless Wednesday : Ramadhan #05



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Wordless Wednesday : Ramadhan #04



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

15 August, 2011

Al-Quran Mukjizat Ramadhan

BAGAIMANA dikatakan al-Quran berjaya 'membekas' di dalam jiwa seseorang? Pastinya, mereka yang benar-benar menghayati al-Quran akan merasai ia begitu hampir dengan mereka.

Apabila diperdengarkan ayat mengenai azab serta seksaan di neraka, hati mereka begitu takut untuk melakukan kemungkaran. Begitu juga al-Quran menceritakan ganjaran syurga jika beramal soleh, mereka sedaya upaya memperbaiki diri dengan harapan dapat menikmati ganjaran syurga Allah di akhirat kelak.

Itulah antara penghayatan yang perlu dimiliki setiap Muslim dalam memahami serta menghayati kalam suci al-Quran. Keajaiban al-Quran yang menjadi mukjizat terbesar yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w sebagai pedoman hidup buat manusia dalam mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Mukjizat al-Quran berbeza dengan mukjizat Rasulullah s.a.w lain kerana al-Quran tetap kekal dan boleh dilihat ke hari ini. Di dalamnya terkandung pelbagai hikmah kebenaran.

Terdapat ramai tokoh hebat pada awalnya menolak Islam, tetapi akhirnya mereka beriman kepada Allah s.w.t selepas mendengar, membaca dan mengkaji al-Quran.

Tidak hairanlah, generasi sahabat menjadi ahli Quran apabila al-Quran merubah kehidupan umat Arab ketika itu daripada masyarakat jahiliah kepada umat bertamadun.

Keajaiban al-Quran dapat dilihat dalam sejarah Umar bin Khattab sehingga beliau memeluk Islam. Sebelum Islam, Umar seorang lelaki bengis dan kejam dan pernah berniat untuk membunuh Nabi Muhammad.

Detik perubahan Umar berlaku selepas beliau menghayati beberapa ayat dari Surah Taha ketika pergi ke rumah adiknya, Fatimah yang ketika itu sedang mempelajari al-Quran.

Beliau berkeyakinan apa yang didengarnya itu bukan syair Arab. Kata-katanya sangat indah yang tiada tolak bandingnya dan pada hari itu juga, Umar memeluk Islam.

Begitulah besarnya pengaruh mendengar bacaan al-Quran sehingga dapat mengubah peribadi Umar sehingga menjadi insan yang beriman kepada Allah s.w.t Allah berhak memelihara kesucian kitab al-Quran daripada dicemari daripada diubah suai oleh manusia. Hal ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya". (Surah al-Hijr, ayat 9).

Tiada seorang manusia yang mampu mencipta walaupun satu ayat setanding dengan al-Quran. Bagi mereka yang mengamalkan al-Quran dalam kehidupan seharian pastinya akan rasa bahagia. Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya al-Quran ini menunjukkan (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang yang beriman yang mengerjakan (amalan) yang soleh; sesungguhnya untuk mereka itu pahala yang besar." (Surah al-Israk ayat 9).

Pada Ramadan yang penuh keberkatan ini kita dituntut untuk bertadarus al-Quran. Rasulullah bersabda yang bermaksud: Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia (al-Quran) akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya. (Hadis Riwayat Muslim).

Umat Islam perlu berusaha mendalami al-Quran dan jangan sampai mereka menjadi 'buta' al-Quran. Sedangkan bahan bacaan santai lain boleh dihabiskan dalam tempoh tertentu tetapi kenapakah al-Quran dipinggirkan dan hanya menjadi perhiasan di rumah.

Manusia yang sering dibelenggu keresahan, gundah-gulana dan kesempitan perlu sentiasa mendampingi Al-Quran supaya mereka kembali mendapat kekuatan, semangat, kesenangan serta ketenangan di jiwa.

Itulah rahmat yang Allah diberikan kesan daripada beramal dengan mukjizat agung itu. Ibaratnya, semakin banyak membaca dan mendengar al-Quran seluruh jiwa raganya semakin terpikat dan seronok kepada al-Quran.

Malah kesannya lebih terasa jika seseorang itu mampu menguasai al-Quran dengan alunan suara yang merdu serta fasih bacaannya. Orang lain juga pasti terpikat jika seseorang dapat mempersembahkan bacaannya begitu baik sekali.

Dalam riwayat, banyak sekali diceritakan, pengaruh bacaan al-Quran pada zaman Rasulullah terhadap hati orang kafir selepas mendengar ayat Al-Quran sangat berkesan.

Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, berkata perkataan mukjizat dalam bahasa Arab bermaksud perkara yang bercanggah dengan adat kebiasaan.

Ia sesuatu perkara luar biasa yang ditentukan Allah s.w.t dan dikurniakan kepada seseorang yang bergelar rasul sebagai tanda kebenarannya di mana dakwahnya diiringi dengan cabaran dan tiada tandingan sama sekali.

Allah mengurniakan Nabi Muhammad mukjizat kandungan al-Quran yang tidak mampu ditandingi manusia terutamanya di dalam bidang ilmu pengetahuan.

Antara mukjizat al-Quran ialah keindahan bahasanya yang tinggi dan halus, susunan bahasa yang baik, ilmu pengetahuan yang membimbing manusia ke arah kebenaran serta panduan lengkap ke arah kemaslahatan dan kemakmuran alam semesta, katanya.

Beliau berkata al-Quran adalah mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan malaikat Jibril a.s secara berperingkat-peringkat selama lebih kurang 23 tahun.

Di dalamnya mengandungi peristiwa umat terdahulu yang menyentuh aspek kehidupan manusia seperti cara hidup berkeluarga, bermasyarakat, beribadah, urusan pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan pembangunan.

Mukjizat al-Quran dipenuhi dengan keagungan yang tiada tolok bandingnya dengan kitab lain. Ringkasnya, al-Quran adalah bukti kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad sekali gus ia menjadi bukti bahawa al-Quran adalah firman Allah dan bukannya ucapan atau ciptaan Nabi Muhammad sendiri, katanya.

Engku Ahmad Zaki berkata kandungan al-Quran penuh dengan ajaran bagi memandu manusia menjadi ummah bertamadun.

Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayat 1 yang bermaksud: "Alif, Laam, Raa
. Ini ialah Kitab (al-Quran) Kami turunkannya kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman (dengan izin tuhan mereka) ke jalan Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji."

"Rasulullah menjadikan al-Quran sebagai senjata bagi menentang orang kafir Quraisy sehingga mereka tidak mampu menghadapinya padahal mereka memiliki kemahiran tinggi dari segi fasahah dan balaghahnya," katanya.

Beliau berkata al-Quran diturunkan bukan untuk dijadikan simbol pengiktirafan Allah kepada Nabi Muhammad dan umatnya semata-mata. Bahkan ia mempunyai maksud yang lebih penting iaitu setiap kandungannya membawa rahmat kepada seluruh umat.

"Justeru, Rasulullah menggesa umatnya membaca, memahami serta mengamalkan isi kandungan al-Quran secara keseluruhannya," katanya.

Engku Ahmad Zaki berkata golongan yang menjadikan al-Quran sebagai bacaan utama pada setiap masa akan diberi ganjaran pahala oleh Allah.

Setiap huruf yang dibaca dikira sebagai 10 pahala sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kewajipan seumpamanya, tidak aku katakan (alif, lam, mim) itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf." (Hadis riwayat Tirmizi).

Sejarah membuktikan sahabat seperti Uthman, Zaid bin Tsabit, Ibnu Masud dan Ubay bin kaab sentiasa membaca al-Quran dan khatam pada setiap Jumaat.

"Begitu juga amalan tradisi yang dilakukan orang dahulu yang sangat menitikberatkan pendidikan al-Quran kepada anak mereka.

Anak tidak dibenarkan keluar rumah selagi tidak membaca al-Quran dan mereka mengamalkan bacaan al-Quran pada setiap malam selepas Maghrib secara beramai-ramai," katanya.

Beliau berkata walaupun perkara itu tiada dalam syariat, ia membuktikan mereka sangat mengambil berat pendidikan al-Quran.

Namun pada hari ini berapa ramaikah umat Islam yang membaca al-Quran serta mengambil al-Quran sebagai asas panduan hidup, asas pemikiran atau berfikir secara Qurani? Inilah persoalan yang perlu direnungi dan difikir bersama sebagai umat Islam.

Berfikir Qurani bermaksud bagaimana sumber al-Quran dijadikan pedoman berfikir sesuatu kejadian dalam kehidupan. Berfikir menerusi jendela al-Quran menjadikan seseorang itu memiliki jiwa tadabbur (jiwa mengkaji dan menyelidik).

AyatAllah bersifat semasa dan sesuai dalam semua kehidupan. Kisah yang dirakamkan al-Quran ribuan tahun lalu bukan hanya merakamkan apa yang pernah berlaku pada masa yang lalu, tetapi berulang kembali pada masa kini dan masa depan, katanya.

Engku Ahmad Zaki berkata Rasulullah pernah melahirkan kebimbangan bahawa umat Islam ramai, tetapi berkeadaan seperti buih di lautan kerana lemah dan tidak berdaya saing.

Umat Islam mesti yakin al-Quran mampu menjadi ubat dan penawar kepada segala jenis penyakit sama ada rohani atau jasmani yang melanda masyarakat masa kini.

Jangan hanya merujuk al-Quran pada masa-masa tertentu seperti dalam kesusahan, ketika sakit atau saat menghadapi kematian saja. Ibu bapa perlu berperanan memprogramkan penghayatan al-Quran dalam keluarga mereka. Pastikan selepas setiap waktu solat mereka bersama anak-anak berpeluang membaca, mempelajari serta mentadabbur al-Quran.

Sumber dari : Portal Mukmin

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

14 August, 2011

Tragedi Ramadhan : Asyraf Haziq Rosli

Muhammad Asyraf Haziq Rosli...
Apa ada pada budak ini?

Kerana satu tragedi yang ditentukan Allah, dia menjadi famous tak semena2. Syukran...syukran... bersujud syukurlah kamu wahai Asyraf Haziq. Allah sedang berbicara dengan mu. Ingatlah, tidak ada satu musibah pun yang diturunkan Allah itu membawa malang, ada hikmah disebaliknya yang kita tidak ketahui. Dan... inilah hikmah yang Allah nak tunjukkan kepada kamu dan kita semua umat seluruh dunia.

Sudah berhari2 saya nak menulis tentang perihal budak ini, tapi jari ini masih tertanya2 adakah patut saya luahkan apa yang terbuku dihati beberapa hari ini. Maafkan saya terlebih dahulu sekiranya catatan ini akan menyinggung mana2 pihak terutama Asyraf Haziq serta keluarganya.

Saya tak perlulah nak menyatakan lagi apa yang telah terjadi dan apa yang sedang terjadi ketika ini tentang Asyraf Haziq. Satu dunia telah mengenalinya, dan terbaru ketika ini keluarganya sedang dalam perjalanan ke London untuk melihat sendiri anak kesayangan mereka dengan mata dan hati mereka.

Sehinggakan ada laman web yang dibuka khas untuk mengutip dana untuk Asyraf Haziq, antara lain isi kandungan web tersebut adalah untuk ;
  1. Membantu Asyaf Haziq membayar kos pembedahan rahangnya
  2. Membawa keluarga Asyaf Haziq ke London bertemunya
  3. Menyanyi di hadapan Wad Asyaf Haziq
  4. Membelikan bungan sebanyak yang mungkin untuk Asyaf Haziq
Tidak pasti laman web ini dibina oleh orang Islam ataupun Yahudi. Tetapi itu semua tidak penting, yang paling penting kita dapat lihat betapa mulianya individu/badan yang berusaha untuk melakukan sesuatu yang baik untuk Asyaf Haziq lebih2 lagi di bulan Allah yang sangat mulia ini. Walaubagaimanapun, laman web ini telah ditutup kerana dikhabarkan mereka telah berjaya mengutip sejumlah melebihi US22K.

Saya mengucapkan tahniah kepada pasangan En. Rossli Harun & Pn. Maznah Abu Mansoor kerana mempunyai seorang anak yang bepekerti mulia. Asyraf Haziq tidak marah apalagi berdendam dengan orang yang telah melakukan kejahatan kepadanya, dan kita boleh lihat selepas kejadian dia dibelasah dengan teruk, sekumpulan orang lagi datang menghampirinya, bukan untuk membantu tetapi untuk meraguk kesemua barangan yang berada di dalam begnya. Tapi, Asyaf Haziq hanya berdiam dan mungkin saja sedang berdoa agar dia akan diselamat oleh Allah s.w.t.

Teringat saya tentang kisah Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda berada di Thaif. Rasulullah s.a.w. pernah dibaling dengan batu sehingga berdarah seluruh badannya, tetapi baginda tetap sabar dan hanya meminta pertolongan dari Allah. Dan begitu juga yang terjadi pada Asyraf Haziq, hanya Allah sahaja yang dapat menolongnya. Sesungguhnya Allah jualah yang menggerakkan hati2 mereka untuk melakukan yang terbaik untuk Asyraf Haziq yang ditimpa malang.

Semoga apa yang terjadi keatas Asyraf Haziq menjadi ikhtibar kepada kita semua.

Syukur.... Asyraf Haziq masih tersenyum walaupun rahangnya cedera teruk dipukul.
Hanya Allah sahaja yang Maha Menegtahui.
Wallahua'lam

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Tajaan Blog Ramadhan : Jom join blog list yuyue



N3 ni blogpost tajaan utk mempromote blog si gadis genit Yuye.
Kalau sudi... floow lah si comel nie dgn click kat doodle dia tue.

Pastu syarat dia suruh tagkan beberapa rakan blogger.
OK, I'll do it

Bersama2 ini, saya dgn berbesar hati nak promot beberapa rakan yg baik hati dgn saya:

weeeeeee..........


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Azam Ramadhan : Khas Buat En.Suami Tercinta

Assalamualaikum warahmatullah,

Catatan hari ini ditujukan khas buat En.Suami saya yang tercinta. Sempena Ramadhan 1432 ini saya berazam akan menjadi isteri yang solehah & sentiasa taat dgn perintah mu dan Ya-Rabb. Dengan berbesar hati, sayang berjanji tidak akan berburuk sangka dengan en.sayang lagi kerana ini pasti akan merosakkan hati kita. Terima kasih kerana sentiasa menjadi penemanku dikala apapun saat dan ketika.

Catatan ini dicoretkan kerana saya membaca kisah masyarakat di mana, sang suami pening dengan sikap isteri yang sering berubah-ubah. Kebiasaannya, sang isteri mula berubah bila hidup di alam rumahtangga itu semakin mencecah usia lima tahun, kadang-kala mereka mulai berubah kurang daripada usia itu. Semakin hari si isteri menjadi semakin degil, membangkang, sikapnya mula melawan dan kadang-kala tidak segan silu mulai meninggikan suara kepada suami. Boleh dikatakan agak normal jika tingkah lakunya begitu cuma sekali sekala, itu pun kerana mengalami dilanda perubahan hormon setiap bulan, tetapi jika si isteri sudah mula dilanda tsunami perubahan hormon secara drastik atau sebab penyakit yang mempengaruhinya emosinya, hemm… sudah tentulah ada yang tidak berapa kena!

tapi, setakat ini sayang rasa sayang tidaklah membebankan fikiran en.sayang kan? Sudah pun lebih 5 tahun kita lalui alam rumahtangga ini, semuanya baik-baik belaka. Harap2 sampai ke akhir hayat lah kita begini selamanya.

Saya tertanya2 juga kenapa ada rumahtangga yang dibina atas dasar cinta terjadi perkara2 yg memusykilkan benak fikiran, seawal usia perkahwinan kurang 5 tahun pulak tue. Mari kita semak apa yang sedang berlaku.

  1. Boleh jadi sang isteri terlalu kerap ditinggal-tinggalkan kerana sang suami sering out station. [NB: Out station boleh jadi kerana kerja, mungkin saja out station ke rumah madu dua atau tiga...] Walau apapun alasan suami keluar out station, ini memberi peluang isterinya bergaul dengan rakan-rakan bermasalah, maka berjangkitlah penyakit ‘bawaan kawan’ ini.
  2. Adakalanya sang isteri sibuk dengan kegilaan barunya iaitu membeli belah dan berhutang dengan bai-bai motor demi mengikut trend. Jika dinasihati dia melenting kerana sang suami tidak berjaya mengikut kehendak & kemahuan isteri, maka apalagi berhutang lah.
  3. Kadangkala sang isteri pulak yang over mencari duit sehingga anak-anak ditinggalkan hingga larut malam kerana mahu mencuba perniagaan baru.
  4. Baru-baru ini pula fenomena facebook menular sehinggakan sang isteri leka menghadap sampai terlupa melakukan tugasan rumah. Ini membuatkan sang suami menjadi berang. nak2 bila kekasih lama mengacau rumahtangga.
Kemudian.....

Suami yang tidak tahan mula mengadu kepada ibunya, mak mertua dan kawan-kawan yang perihatin. MALANG sungguh, dia lupa kesilapan isteri itu sebenarnya amat berkait rapat dengan kelemahan dirinya sendiri. Sebenarnya, perkahwinan itu mula retak jika suami dan isteri tiada rasa bertanggungjawap ke atas pasangan masing-masing. Rasa bertanggungjawap ke atas pasangan ini amat penting untuk mempastikan kedua-duanya berjalan menuju ke arah yang satu.

Tanggungjawap bermakna suami mesti mendidik pasangan untuk bersatu hati, komited atas kerja membina keluarga bersama-sama, berbincang dan bermesyuarat dalam merancang masa depan, membahagi tugas dan peranan masing-masing tanpa diskriminasi dan manipulasi antara satu sama lain.

Tetapi bagaimana isteri mahu dibawa berbincang jika suami asyik membawa diri sendiri? Sibuk dengan kerja hingga lupa bagaimana untuk berkomunikasi mesra dengan isteri. Bila berjumpa hanya arahan saja yang kedengaran ataupun kata-kata menyalahkan isteri, cerewet melihat ketidak-sempurnaan layanan walaupun sebenarnya isteri telah bertungkus lumus untuk memberi ruang keselesaan. Lama-kelamaan isteri tidak puas hati, suami asyik mencari salah dirinya dan suami benar saja selama-lamanya.

Wajib menasihati


Di manakah sentuhan jiwa suami yang dulu pernah menjinakkan isteri? Jika dahulu semasa bercinta, pijak semut pun tak mati... bicaranya merintih seperti seekor pungguk yang memuja bulan purnama. Bergayut di talipon hingga habis kredit... Naik lenguh jari menggengam talipon dan naik panas telinga dek terkena serpihan haba bateri... Orang putih sebut, zaman 'butterfly tummy' .... Hemmm.... Setelah berumahtangga, jangankan bercakap lembut, mata suami pun tidak sempat lagi memandang isteri. Kalau ADA hajat, barulah terhegeh-hegeh menyentuh-nyentuh isteri, dipujuk-pujuk padahal ketika itu isteri masih menyimpan marah dan langsung tiada mood untuk bermesra. Akhirnya aktiviti seksual yang sepatutnya menjadi ibadah yang boleh mengeratkan keintiman suami-isteri, dilakukan asal jalan saja tanpa keseronokan dan kepuasan.

Jika isteri memberontak, suami pun mudah saja mengata isteri degil dan suka melawan. Tetapi berapa ramai suami yang mengambil tindakan postif dengan mencari punca-punca kepada tindakan negatif si isteri? Tiada masa untuk berbincang sebagaimana dulu semasa baru berkenalan. Mangapa masa amat mencemburi mereka? Sibuk ke sana ke sini hingga tidak tersentuh insan yang paling ebrharga dalam hidup? Sebenarnya masalah isteri degil ini telah dinyatakan dalam al-Quran dan suami-suami yang beriman wajib menasihati isteri sebelum meulaukan atau emmukul tanpa mencederakannya.

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisaa’ ayat 34 yang bermaksud, “Perempuan-perempuan yang kamu khuatir akan nusyuz hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggaljanlah mereka di tempat tidurnya atau pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaati kamu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan utnuk menyusahkan mereka.”

Sentuhan jiwa


Tidak perlu pukulan, memaki dan memulau isteri, yang paling MUSTAHAK adalah kasih sayang dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar. Tapi jika masa berbual pun terhad, bagaimana pula hendak menunaikan tanggungjawap menasihati isteri?

Sebenarnya tidak susah mencairkan hati isteri, berbincang dan berbual panjanglah dengannya. Dengar rintihannya dan ajaklah dia memahami anda. Isteri pun manusia biasa yang boleh tenggelam oleh persekitaran negatif, bahkan diri anda pun tiada bezanya. Jadi bersabarlah jika mahu meluruskan tulang yang bengkok. Jika terkasar boleh patah tetapi jangan biarkan ia rosak.

Isteri adalah amanah Allah, bukan barang hak mutlak milik anda seorang. Lupakah anda pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud, “Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”

Anda disuruh menjaganya, bukan mempergunakannya sesuka hati. Sudah habis diguna, dibuang ke dalam tong sampah. Bila rosak dituduh tidak sempurna, tidak bermanafaat dan tidak membawa untung. Dia adalah amanah Allah SWT yang AKAN disoal ke atas setiap suami bagaimanakah mereka menjaga isteri, adakah ia sesuai menurut suruhan Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah SAW bersabda kepada para suami yang bermaksud, “Pulanglah kepada keluarga kalian, berdiamlah, ajari dan bimbing mereka. Lakukan solat begini dan begini.” (Hadis Muttafaqun ‘alaih)

Begitulah sentuhan jiwa yang diperlukan isteri, kepimpinan suami menjejaki jalan yang sukar dilalui biarlah anda menggenggam tangannya menapaki kehidupa ini dengan sentuhan iman, kasih sayang, kelembutan dan nasihat yang tidak mencederakan hati isteri.

Bukan hanya solat, bahkan ajari dia mengenal Allah, berbuat baiklah seolah-olah tiada seorang pun yang pernah melayannya dengan lembut kecuali anda. Wanita fitrahnya inginkan kelembutan, jika ditengking bertambah degillah dia.

Alhamdulillah.....saya mempunyai seorang suami yang sangat faham tentang isu rumahtangga. Semua masalah di atas belum pernah lagi terjadi dalam rumahtangga kami, minta dijauhkan Ya-Allah. InsyaAllah, kami akan bajai kasih sayang kami sehingga keakhir hayat kami.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Khasiat 7 Surah - Bacalah di Bulan Ramadhan


SURAH AL-KAHFI

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"

SURAH AS-SAJDAH

Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:
"Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk"

SURAH YAASIN

Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata:
"Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khusunya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".

SURAH AD-DUKHAN

Daripada abi Hurairah .a. berkata :nabi saw telah bersabda:
"Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya".

SURAH AL-WAQIAH

Rasulullah saw bersabda:
" Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya"

SURAH AL-MULK

Daripada Ibnu Abbas .a berkata:
"Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga keoada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!"

Dan Nabi saw bersabda:
"saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku".

SURAH AL-HASYAR

Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyar maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid"
"Ya Allah..Berikanlah daku kekuatan untuk mengharungi mehnah dan cubaan dari Mu dengan penuh kesabaran..."


p/s : Sama-sama lah kita mengamalkannyer....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

13 August, 2011

Berikanlah Sebanyak Bantuan di Bulan Ramadhan Ini

Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Maka di bulan Ramadhan ini, banyakkanlah membantu orang walau sekecil zarah sekalipun. Pasti ada balasan yang baik menanti anda. Ingat, Allah itu Maha Melihat.

Bantuan yang saya maksudnya bukan sekadar pemberian fizikal, tetapi juga dari segi mental. Bantulah sesiapa saja yang berada dalam kesusahan, tak kiralah anda kenal ataupun tidak. Kalau tak ada wang ataupun material yang dapat diberikan, bantulah dari segi nasihat dan pengharapan. Bantuan yang paling murah dan ringkas adalah DOA.

Betul tak? Murahkan….tadah tangan ke Hadrat Ilahi, dan mohonlah apa sahaja. Di mana2 pun boleh.

Saya nak berkongsi cerita mengenai kisah perangkap tikus.

Ada seekor tikus yang sudah sekian lama tinggal di sebuah rumah pasangan petani. Di situlah dia membesar, sumber makanannya adalah dari segala sisa yang dibuang oleh pasangan petani tersebut. Suatu hari seperti biasa, pasangan petani tersebut telah pergi berbelanja. Ketika mereka membuka barang-barang yang dibelanjakan tadi, tikus tersebut memperhatikan sahaja gelagat pasangan itu dari celah lubang rumahnya sambil menggumam “hmmm…makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??”

Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Habislah dia kali ini, pasti akan mati terjerat jika tersalah langkah. Lalu dia bergegas lari ke sarang dan bertempik, ” Ada perangkap tikus di rumah….di rumah sekarang ada perangkap tikus….”

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkap tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus ! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi.

Sang Kambing pun jawab selamba, “Aku pun turut bersimpati.. .tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. “

Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawapan yang sama. ” Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Tak kanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. ”

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata ” Eleh engkau ni…Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar bunyi detakan perangkap tikusnya menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang tersepit diperangkap itu membuatkan ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke hospital.

Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang tetapi masih demam akibat bisa dari ular itu. Lalu si isteri meminta suaminya membuatkan sup cakar ayam oleh kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dibuat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Lalu si suami menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk diberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan…Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

p/s : MORAL DI SEBALIK KISAH INI :

SUATU HARI….KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA DAN LANGSUNG TAK MAHU MEMBANTU APA YANG MAMPU… FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.

Cerita ini saya kongsikan juga dgn seorang sahabat yg bernama Mieza. Bersabarlah dan ingatlah Allah itu sangat adil. Akan akan doakan yg terbaik untuk awak. Amin…..


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 August, 2011

Ramadhan Bulan Pembersihan Hati

Bulan ramadhan bulan seribu rahmat. Allah menjanjikan syurga kepada semua umat manusia yang menghambakan diri dan beribadah sepenuhnya dalam bulan mulia ini. Maksud beribadah sepenuhnya bukanlah hanya mengerjakan solat sehari suntuk atau mengaji tanpa henti, tatapi ia termasuk juga melakukan perkara2 baik yang didalamnya terisi pengertian ibadah seperti bekerja dengan penuh ikhlas, bersedekah, kurangkan bercakap dan banyakkan berselawat ke atas Nabi, bersangka baik setiap masa, berbuat baik kepada orang disekeliling kita disamping menunaikan ibadah puasa dengan penuh sabar.

Di bulan Ramadhan ni, mintalah apa saja dari ya-Rabb. InsyaAllah akan dimakbulkan, cuma cepat atau lambat sahaja, asalkan kita sabar.

Teringat saya sebuah kisah yang pernah dibaca suatu ketika dulu, maka tercari2lah dalam inbox email yahoo. Moga2 bertemu apa yang dicari…. Hurmmmm…. Jumpa pown.

Hassan al-Basri r.a. berkata:
"Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba kami melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."

Tabib tersebut dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak. Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakit yang mereka hadapi.

Kemudian, pemuda yang bersamaku tadi maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "

Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan ini:

  1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
  2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
  3. Letakkan ke dalam bekas keredhaan,
  4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
  5. Masukkan dalam kuali taqwa,
  6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
  7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
  8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
  9. Kemudian kipaslahsejukkannya dengan kipas harapan,
  10. Lalu minum menggunakan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat."

- Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.

Jadi, bersempena Bulan Ramadhan yng penuh kemuliaan ini, ambillah kesempatan untuk membersihkan hati kita.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

11 August, 2011

Kuih-Muih Ramadhan...

Bila tiba bulan Ramadhan, maka banyaklah org meniaga, terutama skali kat bazar/pasar ramadhan. Pastu banyaklah kuih-muih yg jarang kita dengar boleh kita jumpa pada bulan Ramadhan ni. Kalau tahun lepas saya ada buat photoshoot kat PaRam, tapi this year tak sure lagi sempat ke tidak yea. So, sebelum kita berposing lagi kat Pasar ramadhan, apa kata kita tengok dulu list kuih-muih yang mungkin akan kita jumpa di PaRam tahun ni.

  1. Kuih paling gangster = Lompat Tikam
  2. Kuih paling sexy = Puteri Mandi
  3. Kuih paling keji = Taik Itik
  4. Kuih bajet cute = Cek Mek Molek
  5. Kuih awet muda = Seri Muka
  6. Kuih munafik = Kuih Talam
  7. Kuih bercahaya = Tepong Pelita
  8. Kuih putih melepak = Tepong Gomak
  9. Kuih kaki merempit = Kuih Sepang
  10. Kuih berhantu = Kuih Perigi Buta
  11. Kuih belok-belok = Kuih Bengkang
  12. Kuih paling selekeh = Serabai
  13. Kuih paling miskin = Cakar Ayam
  14. Kuih suka melompat = Cucur Kodok
  15. Kuih paling alim = Kuih Ketayap
  16. Kuih penyakit kronik = Batang Buruk
  17. Kuih suka pukul = Kuih Lompang
  18. Kuih dalam zoo = Badak Berendam
  19. Kuih saman trafik = Samprettttttt
  20. Kuih bangun sendiri = Kuih Bangkit
  21. Kuih orang tak mandi = Bahulu
  22. Kuih aman tenteram = Kuih Makmur
  23. Kuih paling lembab = Kuih Siput
  24. Kuih pemusnah = Kuih Bom

Cuba u alls teka, antara kuih-muih kat bawah ni mana yang sama dengan senarai kuih-muih di atas? Adakah betul suai padan yang saya berikan sebab saya pun tak pandai sangat mengenal kuih-muih tradisional ni.

Kuih Serabai

Kuih Lompat Tikam

Kuih Cek Mek Molek

Kuih Tepong Gomak

Perigi Buta

Kuih Lompang

Kuih ketayap

Badak Berendam

Kuih Bengkang

Puteri Mandi

Selamat menjamu Selera di ketika Beriftah.... Tapi berhati-hati kerana kesemua kuih2 tersebut manis-manis belaka.
Alhamdulillah..... Bangga saya jadi rakyat Malaysia

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget