30 November, 2012

Birthday Poem for Ayuni

Today is Ayuni a.k.a Ladygreen's birthday. I am not very sure how old is she. But hopefully this entry not too late to wish you a Happy Birthday, hoping that all your wishes comes true.

On your birthday,
I’m thinking about how much light and sparkle
You freely dispense wherever you go,
How your sunny smile lights up any gathering.
Every birthday marks 
Another year of you radiating positive, 
Happy energy,
Contagious happiness
That infects all who come in contact with you.
May your next birthday find you the same
Glowing from within,
Beaming bright joy on everyone you meet.
I feel blessed to know you.




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Bertunang Jangan Lama-Lama

Alhamdulillah.... Adik saya telah selamat bertunang dengan pilihan hatinya. Majlis yang sangat simple, pada mulanya hanyalah bertujuan untuk ziarah dan berkenalan sambil merisik, akhirnya menjadi majlis pertunangan. Syukur kepada Allah kerana segalanya dipermudahkan.


Tarikh dipertunangkan : 22 November 2012

Sebelum Ayahnda dan Bonda berangkat ke Tanah Suci lagi mereka sudah berpesan agar tunggu mereka balik, nanti barulah difikirkan bagaimana nak dibuat dengan hubungan mereka ini. Saya tak berapa pasti sudah berapa lama mereka berkenalan, tapi adik saya hanyalah bawa balik ke rumah gadis pilihannya ini pada majlis kesyukuran sebelum Ayahnda dan Bonda berangkat ke Tanah Suci. Masa hari tue, siap dah gadis ini di interview oleh datuk kami, hampir segala rahsia di koreknya. Setelah dirisik-risik, menurut Atok gadis ini tak ada masalah, InsyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Harap-harap begitulah.

~Nina takyah nak senyum-senyum sangat baca N3 ni yep~

Macam-macam dugaan telah mereka tempuhi, kami faham dan kami mengerti. Kami juga berharap agar Nina boleh bersabar dengan halangan-halangan yang bakal dihadapinya kelak setelah berkahwin dengan Ajib kami. Paling ketara sewaktu Ayahnda dan Bonda kami berada di Tanah Suci, Allah menguji kami semua dan kami pasti Allah Maha Mengetahui dan telah mengaturkan jalan yang terbaik buat kami terutamanya Ajib & Nina. InsyaAllah, Ajib & Nina, kami adiks beradiks akan tetap sentiasa berada di belakang kamu.

Doa kami agar sepanjang tempoh pertunangan yang singkat ini kamu berdua dapat menjaga diri, jaga nama baik  keluarga dan pastikan tidak ada yang mengumpat dan mengata. 



Semoga kamu berdua mematuhi adab-adab dalam tempoh bertunang :-
  1. Adab dalam bergaul : Maksud pergaulan disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara kamu berdua. Patuhilah adab bergaul jangan sampai menimbulkan fitnah yep.
  2. Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh mahram.
  3. Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah : Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.
  4. Perbincangan atau perbualan antara kamu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
  5. Nina pula, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Nanti takut-takut Ajib tergoda dan merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.
  6. Kalau boleh, tutuplah aurat seelok-eloknya terutama ketika bertemu.

# Kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan fitnah, syak wasangka atau hal-hal yang boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat adalah berdosa. Maka ianya tidak diharuskan .


Setelah berbincang antara kedua-dua belah pihak, Majlis Pernikahan dicadangkan pada 8 Februari 2013, manakala berturut keesokan harinya Majlis Persandingan di belah perempuan. Majlis Menyambut menantu pula mungkin akan berlangsung pada 10 atau 11 Februari 2013.


Semoga Allah s.w.t. merahmati kita.
Restu Bonda sangat berharga~~~~





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Audit Dah Tamat

Fuhhhhhh!!!!! Seminggu berdepan dengan Auditor dari Jabatan Hasil.

Sakit hati berurusan dengan mereka selama 5 hari sejak hari Isnin lepas. Masa Auditor dari NPCB (National Pharmaceutical Control Bureau) datang pown tak macam ni. Mungkin sebab audit kali ni melibatkan wang berjuta-juta ringgit.

Hurmmmmm apalah nasib kami nanti. Soalan di beri pulak bertubi-tubi, siap gertak-gertak dan herdik-mengherdik lagi. Dah rasa macam dalam bilik soal-siasat kat balai polis pulak.

Punyalah berhempas pulas, boss bagi kami jep..... Sila ambil sorang satu.... Actualy ada 5 biji jep sebab yang involve hanya 5 orang dari QC Dept. tak termasuk Boss kitorg yang hampeh kedehek tue. Lagi 2 biji sudah di copek oleh Lai & Zaza. So, yang ni tinggal I punya dengan Nae & Shue jewrrrr.... Opcoz laaa I punya yg ada 3 rasa tue, kiwi, peace & mango.


Yang lain sila jangan jeles yepppp....


Kat opis ni sedang gilakan Durian Crepe. Tapi saya dah rasa crepe pelbagai perisa, durian (opcoz laaaa), peace dan mango. Tapi member saya kata akan ada pelbagai perisa lagi nanti, maybe honeydew, guava & berry. Tunggu kemunculannya nak rasa jugak nanti. Tapi, ikhlas saya katakan, saya tak berapa suka sangat crepe ni sebab sangat muak. Baik saya melantak durian sampai 1 bakul....



*** Ahad ni ada jemputan makan durian kat Labis. Sapa nak ikut, ni Cik Safni menjemput.




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Perjumpaan GSFian

Wahhhhhhhhhhhh...... nampak tak? nampak tak? Betapa gahnya group yang segar bugar ni... mana lagi kalau bukan Group Segar Follower a.k.a The Gorgeous Superb lagi Fabulous gituewwwwww....



Mama Arina selaku pengerusi a.k.a Boss Besar dah upkan satu N3 yang telah menyebabkan ramai GSFian sedang berkira-kira dan menghitung hari kerana ketidak kesabaran untuk bertemu dan bermesra. Negeri yang dicadangkan adalah di Melaka dan tarikhnya pun telah ditetapkan pada 29 & 30 Disember 2012. Tempat untuk melaga-laga pipi saja yang belum confirm lagi. Katanya di INB. Hurmmmm mana tu yerk, saya tak berapa pasti. Jap saya tanya pokcik gugel.

Okeyyy...jumpa dah. Owhhhhh dekat jewr dengan Toll Ayer Keroh. Hurmmmm...tak kesahlah mana2 pown. Yang pastinya GSFian yang sekarang ni kat Melaka telah dialu-alukan untuk menjadi AJK. Meh tengok Resort INB skit....

main_building


Sejak ada Watsapps ni, maka inilah kejer korang yepppp.... Tapi takpa, perbincangan yang sangat memberangsangkan. 

Yang tak syoknye kat sini, saya macammmmmmm tak dapat nak joint. Kalau ada pown mesti datang dan balik hari sebab weekend saya padat dengan aktiviti-aktiviti lain. Lagi pula saya tak berapa pasti bila exam saya akan berakhir. Ditambah lagi dengan kesebukan menguruskan kemasukan anak-anak ke sekolah dalam tahun baru. Saya dan hubby jugak sedang dalam persiapan untuk pendaftaran semester baru kami. Acanerrrrrr tu Boss? Nak tukar tarikh tak? Hehehehe..... 

Tapi harap-harap kalau nak bertukar jangan pada 8-10 Februari sebab rumah saya nak melangsungkan majlis perkahwinan. Harap maklum dan jemput hadir nanti yeppp. Tapi... kalau memang ramai yang dah bersetuju dengan tarikh tue, InsyaAllah saya akan muncul untuk beberapa jam secara ekslusif, cheeeewahhhh.....


***Kalau hal ini terjadi, pastinya akan menjadi sejarah buat kami....





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

29 November, 2012

TAHNIAH EMME dan AZWAN

Alhamdulillah, syukur.........

Saya rasa dah ramai yang tahu seorang blogger yang bernama Emme telah selamat melahirkan anak kembarnya pada 23 November yang lalu..... Walaubagaimanapun, belum terlewat untuk saya mengucapkan tahniah dan selamat berpantang. Makin meriahlah rumah kamu lepas ni dengan gelak tawa kembar ni, sambil berlari ke sana ke mari.

So, inilah kembar Emme. Comel sangat....


Gambar ni saya copet dari fb husband Emme. Menurut husband Emme, yang Bedung hijau (2.27kg) dan Bedung merah (2.66kg). Kalau tak silap, Emme dianugerahkan kembar sepasang. Nama saya tak dapat tahu lagi sebab takda apa-apa update baru di blog mahupun di fb kedua-dua mereka. Mesti sedang excited mengulit kedua-dua baby yang comel sangat tue. Kalau saya dapat baby pown memang dah taknak buat kerja lain lagi dah, kalau boleh nak mengadap jer. Ni lagilah....ada dua orang, lagi kelam kabut bila sorang tido sorang terjaga, bergilir-gilir. Harap-harap Emme sihat dan dapat menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk keduanya.

Bila lahhh saya nak berbay lagi nie.... Ni ah sambung belajar mesti akan lebih kalut bila Allah dah nak bagi. 


*** Selamat datang orang baru. Tak sabar nak tahu nama kamu berdua... :))

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Cempedak Goreng

Ni aktiviti semalam, hari ni baru sempat update.

Nampak tak tajuk atas tue??? Dan sekejap lagi tengoklah gambar-gambar di bawah ni.....hehehehe.....

Ada sesiapa yang mengidam ala-alam Dang Anum tak??? Kalau ada yang teringin nak makan cempedak goreng sampai fengsan, jemputlah datang ke rumah sebab rasanya ada 3 biji lagi yang belum kopek. Nak makan begitu saja pown boleh.

Cempedak ni datang dari kampung, dari dusun datuk saya, Wak Bilal di Felda Ulu Tebrau. Manisssssssssssss....lagilah bila di goreng dengan tepung beras campur skit tepung gandum. Uihhhh nak resepi ker? Tak payahlahhhh, semua orang tau macam mana nak buat cempedak goreng. Dan mesti semua dah terbau-bau keharumannya yang sedang ranum digoreng dalam kuali.


Baik-baik getah...

Okeyyyy...gaul dengan tepung

Kemudian goreng....

Jangan sampai legam

Haaaaaa.... macam biasalah bijinya akan berlonggok macam ni walaupun boleh dimakan.


Okeyyyy itu saja yang dapat membuatkan anda semua jeles setelah sekian lama tak berN3.



***Salam Takziah untuk Wan Nurul Hezrina di atas pemergian ayahndanya yang tercinta***


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 November, 2012

Kelebihan Hari Asyura

Salam Jumaat...

Esok merupakan Hari Asyura (10 Muharam). Jom kita buat amal soleh...

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
  1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2. Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
  6. Bersedekah. Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
  9. Bercelak. Fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. 
  12. Membaca ‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’. Fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat; ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’. Fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Merujuk sumber dari Wikipedia;

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh). Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.


Insya’allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.








:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

22 November, 2012

Hanis Zalikha vs Nina

Aduhhhh....mesti ramai yang tak bleh blah bila tengok tajuk tu kannn.

Bagi yang mengenali saya dan dah tahu nama saya mesti dah muntah hijau kan. Apalah saya ni kalau nak dibandingkan dengan Hanis Zalikha, blogger terkenal tu yang sekarang ni sedang mengacara rancangan Mads Market.

Tapi.... Nina yang saya maksudkan adalah BUKAN SAYA!!! diulangi ianya bukan saya, tapi bakal adik ipar saya. Amin.....harapnya semuanya berakhir dengan baik. Kami menerima Nina seadanya dan harap dapat menjaga adik kami dengan baik sebab adik kami dah lalui macam-macam dalam hidupnya. Owhhh ya, bukan saja adik kami, tapi dia bukan abang kami tapi abang kepada adik kami yang busuk tue (si Kurusagi). jangan pening baca statement ini kerana hanya kami adaik beradik sahaja yang memahaminya. Sehingga ke saat N3 ini ditulis, saya tetap tak akan mengaku kedua-dua mereka itu abang saya. Hahahaha.... pening sudaaah.

Cer tengok beberapa gambar di bawah. Cuba u all teka yang mana Nina, dan yang mana Hanis Zulaikha.







Sorry yea Nina & Hanis Zulaikha, saya curi kesemuanya dari blog dan FB kamu berdua.

So, sesiapa yg dapat teka dengan tepat, saya akan bawa kamu naik kereta peranti masa mereka tawin2 nanti....hehehehehe.....

Untuk saudara-mara yang lain.... kami dengan berbesar hati memperkenalkan bakal orang baru dalam keluarga kami dan dengan rasa rendah diri ingin menjemput saudara-mara rapat hadir ke majlis gilang-gemilang mereka berdua  pada tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

21 November, 2012

Hantu Tulang

Hahahaha.... siapa pernah dengar ada sejenis hantu namanya Hantu Tulang? Siapa pernah tengok Hantu Tulang nie? Imaginasi saya, hantu tulang ni macam ni (cer tengok bawah);
















Tapi sebenarnya, Hantu Tulang yang dimaksudkan adalah kurus kedengking a.k.a kurus kering sebab tak makan. Dalam bahasa sains disebut ANEROXIA.

Kenapa boleh timbul Hantu Tulang ni? Haaaaa, biasalah bila dah ramai-ramai, ada macam-macam ragam kanak-kanak. Ni ragam Puteri Aleeya, princess kakak saya tue. Ceritanya begini...... Waktu makan tengah hari tiba, seperti biasalah kami akan berkumpul di meja makan. Tapi...adalah sorang dua yang mengelak waktu makan. Lepas tu Puteri Aleeya tu terus jer keluar kata-kata;

"Heyyyy...kenapa taknak makan? Siapa tak makan nanti jadi Hantu Tulang"

Hahahahahahahaha.......kitorang semua gelak besor. Yang kena jadi hantu tulang tue terus kena bahan sampai ke sudah.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 November, 2012

~~ Selamat Tiba ~~

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi. Ayahnda & Bonda kami dah selamat tiba pada awal pagi Isnin semalam. Alhamdulillah juga kerana dengan Rahmat Allah, mereka berdua sihat walafiat.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kedua Ayahnda dan Bonda saya disetiap N3 berkenaan mereka. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Saya sisipkan beberapa keping gambar untuk tatapan anda sewaktu kami menanti ketibaan mereka di KLIA awal pagi semalam.

 We are 1 family...

Pagi tu dengan bangganya kami adiks beradiks bersama cucu-cucu mereka semua berkumpul di KLIA menanti ketibaan Ayahnda dan Bonda.


 Arrival Board dah menunjukkan 'TIBA'. Dijangkakan mereka akan tiba pada 1.10 pagi, tapi penerbangan tiba awal pada pukul 12.22 pagi. Nasib baik kami semua dah sampai.

 Setelah beberapa minit menunggu.... mereka keluar sambil menolak troly.
Dari jauh Atok & Nenek dah dengar suara nyaring 2 orang puteri mereka si Aleeya dan Ardini yang menjerit... "Nenek!!!!! Nenek!!!!!!"

Semoga di kurniakan Haji Mabrur.... Amin :)

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

18 November, 2012

Santai Bersama Sdary Legend 97


Deepavali yang lalu, saya bersama kawan-kawan bekas pelajar SDARY, JB pergi bersantai di Batu Layar. Giler hapening diorang ni, walaupun masing-masing dah beranak pinak tapi perangai tetap tak ubah macam belasan tahun dulu. Walaupun kami dah tinggalkan sekolah berbelas lamanya, tapi kami tetap keep in touch, ada tu yang sudah lama berhubung sejak tiada FB lagi. So, FB ni adalah pemangkin yang paling cepat untuk lebih mengeratkan persahabatan. Jadi....jangan ada lagi yang kata, bila dah kahwin, kawan-kawan semuanya hilang. 

Jom tengok kenakalan kami...


Masa ni kami sedang santai-santai menunggu yang lain. Sambil-sambil tu makan lah apa lagi, banyak betul jamuan hari tu. Tom Yam hot-hot pown ada, steam boat (waaaaaahhhh).... tak lupa, Pisang pown ada. 



Okey... game dah mula. Hari tu kami main macam-macam game.
  • Bawa bola ping-pong dalam sudu untuk kanak-kanak
  • The Mummy (balut anak masing-masing dengan tisu tandas)
  • Kepit belon berpasangan (belon di belakang yep)
  • Belon kasih sayang (tangkap sampai dapat)
  • Jalan kaki tiga
  • Cari pasangan (sorang tutp mata, sorang pandu arah)
  • Baling pelanduk (baling belon ke kaki mangsa)
  • Teka kacang


Ada hadiah tau. yang paling grand, hadiah untuk cabutan bertuah. Saya dapat tempat kedua, nama Aqil yang naik. Hoooray !!


Dah puas bersantai di pantai, apa lagi terus terjun ke laut laaaaaa.... Wah memang seronok gila.

Lepas ni plan nak ke pulau pulak. Geng!!! nanti I buatkan budget untuk u all. Kita ke Tioman yep. So boleh start menabung dari sekarang, especially yang ada ramai tentera tue.....





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Tugas Dah Tamat

Alhamdulillah.....

Kini saya berada di Golden Villa, Kampung Jawa, Klang. Haaaaa.....ada Vila Emas kat dalam kampung orang jawa? Hahaha...lawaklah alamat rumah kakak saya nie, cukup lengkap, semuanya ada. Nak tau alamatnya : GOLDEN VILLA APARTMENT, JALAN TEMENGGUNG, TAMAN SEJAHTERA, KAMPUNG JAWA.

Rasanya ramai yang dah tahu tujuan utama saya berada di perkampungan jawa nie. Yang paling utama sekali esok kami adiks-beradiks akan menunggu kepulangan Ayahnda dan Bonda dari Tanah Suci di KLIA. Dan sambil-sambil tue, kami ada pakatan adiks-beradiks....hahahahaha...sedara mara yang baca nie mesti tertanya-tanya APAKAH. Adalah.... sampai diberitahu kelak yepp.

Sambil-sambil tue kami jalan-jalan makan angin sekali. Hehehehe...esok ada agenda rasmi adiks-beradiks. Kalau ada kesempatan ingat nak jumpa kawan-kawan, itupun kalau sempat sebab nak kena pergi Kepong jugak ni. Jauh laaaa jugak dari Klang nie.

Okey, berbalik pada tajuk. Sebenarnya saya saja jer nak bagi tahu tugas saya selama 46 hari di rumah agam sudah tamat secara rasminya siang tadi. Haaa...begitu juga gembala kucing (adik saya lah tue a.k.a Ajib), tapi rasanya tugas dia tak akan tamat-tamat sampai bila-bila sebab dia bakal jadi penghuni tetap di rumah agam tue.

Saya rasa... saya dah jalankan tugas saya menjaga rumah agam keluarga kami dengan baik. Bil-bil semuanya sudah di bayar mengikut kadar yang ditetapkan. keadaan rumah juga tersusun rapi dan berbau wangi walaupun si bulu-bulu tue suka buat kencah. Tugas utama saya setap hari yep kalau nak tahu....

Balik dari kerja mesti singgah rumah agam, setiap hari untuk;
  • Pastikan si bulu-bulu seramai 7 ekor berada dalam keadaan selamat dan tidak kotor-bolor,
  • Bagi makan dan pastikan jajan mereka sentiasa ada untuk di konyel-konyel. Setiap pagi dan petang mereka makan nasi lauk ikan, pagi jiran depan yang bagi, belah malam pula saya akan pastikan semuanya masuk ke dalam rumah dan diberi makan malam. Waktu saya balik selepas Maghrib tu, si bulu-bulu semua wajib berada dalam rumah, tak boleh keluar malam nak jadi bohsia ke bohjan ker, tak baik... Mak Ayah gi Haji, jangan cari pasal.
  • Haaaa, yang paling penting, setiap hari kena basuh bilik air (2 buah) sebab mereka semua melepaskan hajat dalam bilik air. Bukan nak buang betul-betul dalam lubang, tapi boleh pulak diorang tepek-tepek kat bucu sana, bucu sini, tepi bowl, tengah-tengah alam...hurmmmm sabor jer lah.
  • 2-3 hari sekali, kena mandikan tuntung seramai 3 ekor dan basuh rumah mereka.
Kerja-kerja menyapu mengemop Si gembala kucing a.k.a Ajib tu yang akan buat sebab dia ni tak suka kotor-kotor dan ada sedikit penggeli. Kalau boleh rumah tue tak payah ada haiwan peliharaan, kena bersih dan wangi setiap masa.


Inilah sebahagian mereka, total semuanya 10 ekor (7 berbulu + 3 bercengkerang);
  1. Simpul
  2. Chiko
  3. Gary
  4. Joni
  5. Mary
  6. Buntat
  7. Cecak
  8. Cupit
  9. Cupal
  10. Cuqib
Esok mak ngan ayah korang balik yeaaa. jangan sekor pown yg comot sebab confirm Ayah akan peluk cium korang dulu bila sampai rumah nanti. Nasiblah korang semua tak boleh ikut gi airport, kalau tak koranglah antara makhluk pertama yang dapat ciuman pertama dari tanah Suci.







:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Happy Birthday MV


A birthday can be seen as a serious or joyful time depending on one's age and one's attitude towards life. 
Another year has passed and we look back on failures and successes. 
We think about our goals for the future and reflect on the past year. 
These are all thoughts that may came up on a birthday, 
but the main thing is to use a birthday as an opportunity to celebrate life and be joyful for the chance to be with friends and family.

Happy Birthday Suzyanna Yap, owner blog All About Love.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

11 November, 2012

MALWARE???

TOLONG!!!!!!!

KENAPA BLOG SAYA NI?


ANY ONE CAN HELP ME!!!!!!
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 November, 2012

Selamat Ulang Tahun Kakak

Ini adalah N3 tertunda beberapa hari desebabkan kesebokkan saya yang tak menentu. Tapi..... saya dah ucap secara personnal di telefon yepppp... Dan N3 ini khas untuk kakak kesayangan saya dunia dan akhirat.

So, di sini nak ucap sekali lagi sambil mengimbau kenangan-kenangan kita bersama.

Saya kenal dia sangat lama...adalah dalam 32 tahun. Lama kan. Sejak lahir lagi saya dah kenal dia, so dia tak boleh tipu saya apa-apa pun sebab tanda lahir di badannya pun saya tahu di mana dan bentuk apa. Berapa kekasih yang dia ada dulu pun saya tahu, siapa yang minat dekat dia pun saya tahu, dia pergi curi-curi berdating dulupun saya tahu. Hahahaha....diari?? Rasanya kami takda diari kot. Ehhh, sis, you ada diari ker? Hahaha mana ada kan...kita suka tulis-tulis kat mana saja kita suka, tapi kita tak tulis kat dinding rumah kan, takut mak marah. Mak kita garang, tapi.................. ayah lagi garang sebenarnyakan...kan kan kan..

Sejak dari kecik kami bertiga, susah senang bersama you dan arwah abang. Tapi lepas 6 tahun...tulah budak 2 orang tu lahir dalam dunia kita. Semuanya berubah, mak selalu marah-marah kita berdua sebab tak jaga budak berdua tue. Hahaha....... heyyy Ajib & Awie, kitorang ikhlas lah, saja jer cakap macam tue. Tapi ni nak bagi tahu rahsia, memang I sengaja jatuhkan botol air Sunquit kat kepala Ajib masa dia dalam buai dan tak henti-henti menangis walaupun I dah henjut buai tu sampai lantai. (Jahat I kannnn). lepas budak dua tu lahir, mak tak panggil kita serentak lagi "Nasz... Ijah.... Niena....." tapi dah tukar, panggil tanpa nama. Huh! Dulu masa mak sebenarnya nak panggil arwah abang jer, tapi tetap panggil kita bertiga kannnn. tapi nasib baik kita tetap jadi Adik Kakak. mak akan panggil kita berdua sweeetttttt sanagt.... "Adik.... mana kakak?",  "Kakak!!! Adik!!!!" Alahhhh, bestnya, tak sabar nak tunggu Ayahnda Bonda balik dari Makkah.

Hurmmmmm... Yang paling sedeykan bila arwah abang tak dapat wish birthday you yang ke 34 ni. Kalau dia masih ada mesti dia punya anak lagi ramai dari anak you (dengan nada jeles). Ehhh, tahun ni birthday you dapat hadiah best kan, semestinya paling best di dunia. So maknanya kata-kata you dah menjadi kenyataan nak mendahului I dalam pembikinan waris.

Nak cerita kisah dulu-dulu tentang kami....

Siapa tahu sayur belakang??? Hanya kami sahaja yang tahu, sebab bilang-bilang hari kami hanya makan sayur belakang masak bening. Sekali-sekala jer dapat makan ayam goreng. Tapi..... jangan jeles pula sebab kami makan ikan besar hari-hari. You ingat tak siapa yang bagi sis???? Wak Sekak, wahhhhh bapak angkat I tue, setiap hari okey, dia akan bagi I ikan besarrrrrrr sangat, yang untungnya you all lah leh rasa sama-sama, makan kat beranda rumah.

Siapa tahu laluan batang paip? Hahaha, sis...u mesti tergelakkan bila baca yang ini. Haaaa dah start nak bayangkan lah tue. Huwaaaaaaaa sambil I lari kesana-kemari dengan arwah abang. Indahnya saat tue, walaupun panas tapi peha dan tapak kaki tetap sejukkkkkkkk...

Bila kita dah meningkat remaja, mak selalu pisahkan kita kan. You perasan tak? Bila mak suruh you masak, I mesti kena kemas rumah sapu sampah, lap-lap habuk. Tapi you syokkk syokkk jer masak pedas-pedas kat dapur sampai I tak boleh makan. Hahaha, bila time I kena masak, I masak simple-simple jer dengan rasa yang tak berapa pedas. Padan muka you all sebab dalam rumah tu I dengan Ajib jer yang makan tak pedas. dan selepas ayah operation, ayah pun dah tak makan pedas sangat. Sukanya I!!!!

Lepas keputusan SPM you keluar rumah, you terus merajuk pergi jauh-jauh. kenapa??? Mana tu you pergi.... haaa Northumbria-Newcastle. Macam dekat-dekat sini dah takde tempat belajar.  Lepas tu, you sambung lagi belajar sampai dah tahap you tak boleh nak belajar. Saja erkkkk nak jauh dengan I, iyelahkann, mak kata dekat-dekat bau busuk. Sampai lah sekarang you jauh kat sana, tunggu raya ajerlah kita jumpa. 

Apa lagi kannn...hurmmm... takpa lah N3 ni I sambung nanti next year masa birthday you yang seterusnya sampailah I dah takda. Hahahaha.......

Kami Buddies.... tak mungkin terpisah.


Kita dah janji... I akan jadi Jutawan and You jadi Dermawan 




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Terima Kasih sekali lagi... KINA


Ini adalah N3 penghargaan sekali lagi untuk si cantik manis Kina Kinatara. Sebelum ini Kina telah menawarkan diri mengedit blog Cinta itu Misteri dan hasilnya apa yang anda nampak ini. Jadi... Jom ramai-ramai serbu blog dia!!!!

Nampak tag Assalammualaikum di atas tue.... Kina lah yang bagi secara percuma, cuma saya belum sempat lagi nak masukkan ke dalam blog ini. Hehehehe.... dan lagi.... Kina bagi lagi secara percuma tag di bawah ini;


InsyaAllah, nanti bila saya dah betul-betul free nak mengadap blog, saya akan masukkan kedua-dua doodle ini.

Sayang Kina forever :)


Owh yaaa... N3 saya sebelum ni saya bagi tahu saya di Perpustakaan Awam Negeri Johor yepppp.




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Aktiviti Cuti Sekolah~~

Cuti sekolah telah rasminya bermula pada hari ini. Jadi, pasti ramai ibu bapa yang tercari-cari aktiviti yang boleh memenuhi hari anak-anak di sepanjang cuti persekolahan. Iyelah kannn...bagi anak-anak yang sudah terbiasa terdedah dengan i-pad, PSP, android atau komputer, pastinya tak berapa kesah kalau percutian mereka hanya di rumah sahaja. Tapi bagi anak-anak saya, mereka tidak berapa suka aktiviti di dalam rumah, terperap mengadap bahan-bahan terknologi yang akhirnya memberi kebosanan mereka. Peluh pun tak keluar, last-last diorang bergaduh sesama sendiri.

Sekarang ni saya bersama anak-anak sedang berada di Perpustakaan Awam Negeri Johor, yang terletak di Jalan Yahya Awal. Kalau orang Johor pastinya tahu tempat ni yang berhadapan dengan Pejabat Besar TNB. Lagi mudah....berhampiran dengan Sekolah Convent. 

Perpustakaan awam Negeri Jhor ni buka hari-hari termasuklah hari Sabtu dan Ahad sampai pukul 5 petang, melainkan cuti umum dan cuti minggu pertama.

Perpustakaan Awam Negeri Johor

Yang menariknya, dalam perpustakaan ni ada Petrosains. Samalah macam yang di KLCC tue cuma Petrosains di PPAJ kecil sedikit. Walaubagaimanapun banyak juga terdapat gadjet-gadjet sains dan permainan-permainan yang menguji minda. 

Petrosains PPAJ

Lagi satu, dalam perpustakaan ni dibolehkan makan. PPAJ menyediakan cafe lagi berhadapan dengan Petrosains dan bagi ibu-bapa yang hanya mahu menghantar anak-anak ke sini, boleh duduk di cafe berborak dan biarkan anak-anak bermain dengan selamat dalam Petrosains atau bilik bacaan kanak-kanak yang juga terletak berhadapan dengan Cafe PPAJ.

InsyaAllah, esok kami akan datang sini lagi sebab.................... kami masih dalam usaha menyiapkan assignment kami berdua dan persiapan untuk menghadapi peperiksaan pada akhir November 2012.

Owh yaaa, sebelum kami ke sini tadi, awal-awal pagi lagi kami ke Mutiara Sport Club di Taman Dato Onn. Aktiviti biasa seperti minggu-minggu lepas, di mana Danish dan Aqil ada kelas berenang.


Maka, setiap minggu dari pukul ~9 atau 10 pagi sehingga matahari naik tegak atas kepala kami akan berada di Mutiara Sport Club kerana selepas kelas renang, macam biasalah budak berdua ni masih tak mahu naik lagi. jadi, kenalah layankan aja. Kelas renang nya hanyalah 1 jam, tapi kadangkala cikgunya pun anjakkan sedikit sehingga 10-15 minit.

Haaa, bagi yang tertanya-tanya tue, berapa kos mengikuti kelas renang di sini bersama Cikgu Zaini, seorang hanayalah RM80.00 sahaja, caj sama saja sama ada kanak-kanak ataupun dewasa. Waktu kelas kita boleh pilih sendiri mengikut kelapangan cikgu dan kita. RM80 tu caj untuk sebulan di mana ada 4 kali kelas, dan setiap kelas 1 jam. maknanya RM80 tu untuk total 4 jam. Tapi ni untuk orang Johor aja tau, tapi kalau yang jauh-jauh tu boleh lah anggap ini sebagai anggaran sahaja. Jadi tak lah asyik fikir kelas berenang tu mahal. penting yaaa kelas renang ni, kita kena tahu berenang lebih-lebih lagi yang sukakan sukan air tue.

Okey, itu sahaja untuk hari ini. Esok Danish ada Kelas Matematik pantas pula di sebelah pagi. selepas kelas matematiknya, insyaAllah kami akan ke PPAJ lagi.

Penuhilah cuti sekolah anak-anak anda dengan aktiviti yang berfaedah....




##pstttt.... tadi kami makan tengahari di Warung Batu. Siapa tahu ianya di mana? Warung ni dah berpuluh tahun bertapak di Bandar Johor Bahru.





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

07 November, 2012

WW~~Berterbangan~~

Merpati Makkah



Bermula dari 2 Nov lalu, Jamaah Haji telah mula menaiki penerbangan balik ke Tanah Air. Giliran Ayahnda dan Bonda saya adalah pada 19 Nov 2012.



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

05 November, 2012

Good Luck Niece on your SPM

Assalammualaikum....

Nak ucapkan Good Luck untuk my favorite Twin Azza & Azie kerana esok mereka akan menduduki peperiksaan SPM. Tak lupa juga pada my Sweety Diba.


Aunty curik gambo u all kat FB. Hehehehe....sori

Aunty tak ada apa-apa untuk u all bertiga, walaubagaimanapun Aunty doakan u all berjaya. Sorry kalau kata-kata semagat ni lewat, maybe u all pun tak sempat nak baca. But its okey, u all don worry, kawan-kawan Aunty juga akan doakan u all.

Sikit jer nak pesan.... Percaya pada diri sendiri dan Aunty percaya kamu bertiga boleh lakukan. Tips utama untuk berjaya adalah mesti sentiasa ingat 'prinsip hidup' atau kata-kata yang kita buat sendiri. Sebagai contoh "Ya, Aku Boleh" atau "Aku perlu untuk dapat 9A" dan sebagainya. As a student, Aunty percaya kamu semua ada kata-kata semangat atau ayat motivasi bagi membangkitkan semangat menghadapi peperiksaan.

Jangan cepat mengalah, Aunty doakan agar kamu bertiga tidak kalah lebih awal. Ingat! kegagalan hari ini memberi penyesalan untuk hari esok dan selamanya. Ayuh! Bangkit dan teruskan berjuang. Kejayaan atau kegagalan berpunca dari diri kita sendiri.

Selamat Maju Jaya.
Kita menuju ke puncak kejayaan!

Owhhh ya, u all dah dapat suntikan HPV belum????





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

04 November, 2012

Wajah Baru

Assalammualaikum semua....

Firstlay nak ucapkan banyak-banyak terima kasih pada si cantik manis Kina Kinatara yang sudah bersusah payah mengoffer diri untuk ubah wajah blog saya.... Macam mana, okey tak?


Haaa, saya tak sempat nak print screen wajah blog yang sebelum ni, tapi nasib baiklah ada simpan dari beberapa N3 yang lalu.


Dari HIJAU DAUN ke PASHA UNGU..... okey tak?

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

03 November, 2012

Bersantai dan menyantap di tempat di raja

Entry pendek....

Pagi tadi saya menemani dua orang anak saya menghadiri kelas berenang di Nusa Mutiara Sport Complex. Sesi pagi oleh Cikgu Zaini.


Anak-anak kita perlu diajar berenang lebih-lebih lagi kanak-kanak yang sukakan air. Kita tidak tahu bila masa, ketika dan tempatnya sewaktu kita membawa mereka bermain dengan air, kita akan terleka dan mereka mendapat kecelakaan tanpa kita duga. Ada juga yang berkata, "kalau nak jadi... pandai berenang pun akan jadi juga". Iya, kami tidak nafikan tetapi maaflah kerana kami tidak memegang prinsip begitu, bukannya mahu menolak takdir, tetapi hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga. Kalau bukan untuk diri mereka, mungkin suatu hari mereka dapat menyelamatkan nyawa orang lain.

Setelah 1 jam berlalu dan anak-anak sudah habid sesi kelas, bapa-bapa pula nak usulkan diri sendiri untuk sama-sama berlajar. Jadi bertanyalah saya "Aikkkk...kan dah pandai berenang". Bapa-bapa pula menjawab....untuk menambahkan ilmu di dada. Selama ini hanya berenang kuak bebas, banyak lagi kuak yang perlu dipelajari, kuak dada, kuak rama-rama dan kuakan lengkang....hahahaha aderkerrr....

Kemudian, saya balik ke rumah agam sebentar untuk mengambil beberapa bill yang perlu di bayar. Sekali melihat keadaan 10 ekor bulu dan cengkerang, alhamdulillah semuanya baik-baik saja. Chiko, Gary, Jony, Mery, Simpul, Cecak, Buntat, Cupit, Cupal & Cuqib, tunggu yeaaaa, lagi berapa hari jer mak ayah akan balik. Jangan nakal-nakal nanti ada yang patah kaki ler, putus telinga ler, buta mata ler waktu mak ayah pulang. So, u all duduk dalam rumah diam-diam.

Dannnnn....... teka saya sedang berada di mana? 

Burger King Taman Tasek Johor Bahru

Tujuan....menyiapkan assignment dengan ketenangan. Tapi....baru sekejap tadi sewaktu N3 ni di taip, ada kemalangan kecil berlaku di jalan depan ni. nasib baik muntut bertemu muntut jer..haaa lain kali berhati-hati di jalan raya.

Okey....hari ni takda class, esok pagi ada class sampailah ke tengah hari, tapi.... esok pagi saya ada meeting Alumni Sekolah Menengah, macam mana nak pergi? Takkan nak escape class plak. Huhuhuhuhuhu.......sedeyyyyy tak dapat hadir. :(

Petang ni aktiviti rahsia....

Ehhhh, terpanjang palk Entry Pendek nie :)






:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...