30 November, 2012

Bertunang Jangan Lama-Lama

Alhamdulillah.... Adik saya telah selamat bertunang dengan pilihan hatinya. Majlis yang sangat simple, pada mulanya hanyalah bertujuan untuk ziarah dan berkenalan sambil merisik, akhirnya menjadi majlis pertunangan. Syukur kepada Allah kerana segalanya dipermudahkan.


Tarikh dipertunangkan : 22 November 2012

Sebelum Ayahnda dan Bonda berangkat ke Tanah Suci lagi mereka sudah berpesan agar tunggu mereka balik, nanti barulah difikirkan bagaimana nak dibuat dengan hubungan mereka ini. Saya tak berapa pasti sudah berapa lama mereka berkenalan, tapi adik saya hanyalah bawa balik ke rumah gadis pilihannya ini pada majlis kesyukuran sebelum Ayahnda dan Bonda berangkat ke Tanah Suci. Masa hari tue, siap dah gadis ini di interview oleh datuk kami, hampir segala rahsia di koreknya. Setelah dirisik-risik, menurut Atok gadis ini tak ada masalah, InsyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Harap-harap begitulah.

~Nina takyah nak senyum-senyum sangat baca N3 ni yep~

Macam-macam dugaan telah mereka tempuhi, kami faham dan kami mengerti. Kami juga berharap agar Nina boleh bersabar dengan halangan-halangan yang bakal dihadapinya kelak setelah berkahwin dengan Ajib kami. Paling ketara sewaktu Ayahnda dan Bonda kami berada di Tanah Suci, Allah menguji kami semua dan kami pasti Allah Maha Mengetahui dan telah mengaturkan jalan yang terbaik buat kami terutamanya Ajib & Nina. InsyaAllah, Ajib & Nina, kami adiks beradiks akan tetap sentiasa berada di belakang kamu.

Doa kami agar sepanjang tempoh pertunangan yang singkat ini kamu berdua dapat menjaga diri, jaga nama baik  keluarga dan pastikan tidak ada yang mengumpat dan mengata. 



Semoga kamu berdua mematuhi adab-adab dalam tempoh bertunang :-
  1. Adab dalam bergaul : Maksud pergaulan disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara langsung antara kamu berdua. Patuhilah adab bergaul jangan sampai menimbulkan fitnah yep.
  2. Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh mahram.
  3. Tidak diharuskan duduk berdua-duaan. Ingatlah hadis Rasulullah : Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita malainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.
  4. Perbincangan atau perbualan antara kamu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
  5. Nina pula, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Nanti takut-takut Ajib tergoda dan merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.
  6. Kalau boleh, tutuplah aurat seelok-eloknya terutama ketika bertemu.

# Kesimpulanya sebarang tindakan yang boleh menimbulkan fitnah, syak wasangka atau hal-hal yang boleh membawa kepada berlakunya perkara maksiat adalah berdosa. Maka ianya tidak diharuskan .


Setelah berbincang antara kedua-dua belah pihak, Majlis Pernikahan dicadangkan pada 8 Februari 2013, manakala berturut keesokan harinya Majlis Persandingan di belah perempuan. Majlis Menyambut menantu pula mungkin akan berlangsung pada 10 atau 11 Februari 2013.


Semoga Allah s.w.t. merahmati kita.
Restu Bonda sangat berharga~~~~





:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 comments:

cikeyrah said...

qira pun dalam tempoh bertunang jugak nie . . :) nice info yang adab2 semasa dalam tempoh bertunang

Cik Nur said...

restu kedua org tua, sangat penting.. :)

org kata dugaan bertunang sangat mencabar... nur belum pernah alami..

p/s: ikan tu celup tepung sedap eh..? nanti bolehlah buat.. :) terima kaseh atas infomasi akak.. :)

Dayana Bahar said...

Semoga dilancarkan urusan mereka ye... Selamat bertunang... Semoga kekal selamanya....

intanfirdaus247 said...

semoga berjalan lancar..ameen...simple tapi penuh barakah..ALhamdulillah..

Chic Na said...

selesai sudah step pertama. semoga cepat disatukan & dipermudahkan segala urusan. :)

Cik Aini said...

owh dah bertunang eh..ni adik CiM yg dl CiM nk tlg carikan jodoh tu eh..or ai tersilap org?hehehe

moga Allah permudahkan segala urusan buat mereka :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

semoga cepat disatukan dan semuanya dipermudahkan...In Shaa Allah...tahniah utk mereka :-)

Deqla manjew said...

deqla bertunang dan nikah pada hari yg sama.. lg sonang...hihi.. :)

9n0L4 said...

bese kalau dh tunang ni, tak lame la nak kawen. :)

N.Aima K said...

comel je Nina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget