16 February, 2013

Semoga Bahagia dan Kekal Hingga Hujung Nyawa



Dengan ini saya kongsikan beberapa keping gambar di sekitar persandingan Adinda Najib dan pasangannya Nina (sama nama dengan saya), yang berlangsung di Pontian. Bagi rakan-rakan blogger yang mengikuti saya di facebook, pastinya dah melihat beratus keping gambar yang dimuat naik semalam. 

Photo: Aku Nikahkan Dikau....
"Aku Terima Nikahnya"

Acara pembatalan air sembahyang, pengantin lelaki menghadiahkan seutas rantai tangan

Barangan hantaran sebagai hadiah dari kedua-dua belah pihak. Yang warna kelabu dari pihak pengantin perempuan, manakala merah dari kami pihak pengantin lelaki.

Majlis akad nikah berlangsung pada pukul 9.00 malam hari Sabtu 9 Februari 2013. Manakala keesokkan harinya kami ke Pontian sekali lagi untuk Majlis Persandingan kedua mempelai di rumah Pengantin Perempuan.


Majlis Perkahwinan di belah Johor memang tak sah kalau tak ada Tol. Jadi, kami memang dah sidap siaga dengan angpow berupa duit seringgit. Memang dah agak, mesti ada banyak tol yang perlu rombongan pihak pengantin lelaki tembusi sebelum bertemu dengan Pengantin Perempuan di pelamin yang dikawal ketat oleh Mak Andam. Masa zaman saya dulu (11 tahun dulu), bayaran tol untuk Mak Andam cuma RM50 saja, sekarang dah naik ke RM150. Wahhh wahhh wahhh...mahalnya Mak Andam, kan pengantin dah bayar beribu ringgit untuk sewa pelamin, mekap dan sebagainya. Ni masih mintak lagi di pelamin. Masyukkkknyaaaaa.... Tapi, tak apalah, asalkan Pengantin Lelaki dapat bertemu buah hatinya yang dikawal ketat oleh sang Naga...hahahahaha.... (jangan marah wahai mak andam)


Ini adalah acara menepung tawar. Tidaklah ia menjadi wajib, hanya sebagai adat sahaja dan sekadar suka-suka. Harap tak ada yang mempertikaikan, sebab saya rasa rata-rata pengantin di Malaysia ini ada acara menepung tawar. Kaedahnya terpulang kepada negeri masing-masing kan.....

Hehehehe...nampak tak saya yang berbaju merah tue (macam semua pakai baju merah erkkk). Inilah first time saya cium adinda saya yang seorang ini. Antara kami berempat (sebelum ni berlima), si pengantin ni memang tak banyak cakap, tapi banyak ragam. Saya selalu juga bertekak dengan dia dan selalu juga bertepuk tampar. Tapi....tak sangka pulak saya, dihari bersejarahnya saya cium pipi dia. hahahaha..... tak ada lagi lepas ni dahhh...


Ini pula acara makan beradab. Cantik betul persembahan dari pihak Pengantin Perempuan. Kek tidaklah bertingkat-tingkat, tapi ada 9 buah. Kalau disusun bertingkat mesti kena pakai tangga kalau nak potong yang bahagian atas. Haaaaa....special sekali ada udang kara, alaaaa lobster tue. Hurmmmm, mengancamlah mereka punya hidangan. Nampak tak belah kiri bawah sekali tue, mereka ada sediakan bahagian untuk kanak-kanak. 'Candy Buffet'. macam-macam jenis gula-gula, coklat, mash-mellow dengan chocolate fountain lagi...Sweeeeeetttttt sangat.

Doa kami sekeluarga, semoga mereka bahagia dan kekal sehingga hujung nyawa. kalau gaduh-gaduh sikit-sikit tue adatlah berumah tangga, tapi jangan gaduh lama-lama yeaaaa....susah hati kami.

Sangatlah berharap agar Junnainah @ Nina dapat menjaga saudara kami dengan sebaiknya dan menjadi ibu yang baik kepada anak-anak kalian. Kami tak mahu ada kisah sedih lagi dalam hidupnya. Bahagiakanlah dia....



Selamat Pengantin Baru; Mohd. Najib & Junnainah


p/s: nanti saya sambung N3 untuk majlis di rumah agam kami pula....kalau ada sesiapa nak tanya soalan pelik, sila simpan dahulu persoalan itu, nanti saya terangkan semuanya di N3 yang berikutnya.... DOKAN MEREKA BAHAGIA


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 comments:

Liyana Anuar said...

johor mmg tol agak melampaulah kak..huhu..kesian pengantin..dahlah nak wat kenduri beribu habis..dtg, kena tol lg..huhu~

hari tu g kenduri kawen kawan akak kat pontian, pengantin pmpn siap pesan kat sedara mara dia, jangan mintak byk sangat..hehe

RIZZNA said...

hehehe...biasalah. Nanti awak kawen pown sama Yana. Johor kannn...sedara mara kita lah punya kerja. masa CiM kawen dulu pown sama, sampai 5 tol family en.hubby kena, tupun nasib baik hujan...

Unknown said...

selamat pengantin baru...moga kekal hingga hujung nyawa.

SURINAH ABD SAMAD said...

Kak..majlis uma akk nmpak ada byk game disediakan..crita ekh nnti;) hihi

SURINAH ABD SAMAD said...

Majlis saya 7toll...cian en hubby..tp happening kak..;)

Miss N™ said...

kuning raja sehari..!cantiknyaa... :)

selamat pengantin baru... :)

Unknown said...

banner yang saya buat tu memang dari BHM,BHM yang buat freebis doodle untuk follower blog BHM,jadi saya dah mintak izin BHM untuk guna doodle ni..

terima kasih :)

Unknown said...

alahai...gambar xkeluar..nnt kena mai lg laa

Anonymous said...

Wow, this post is good, my younger sister is analyzing such things,
so I am going to let know her.

Feel free to visit my blog post - how to buy a car with bad credit

Chic Na said...

dah tengok kat fb. :)

tula kan kawan saya nak kawen dgn orang johor, risau dia dok fikir kena bayar tol tu. hikhik..

RIZZNA said...

hahaha Chic na, bagitahu kawan jgn risau pasal Tol tue. Letak seringgit dalam setiap angpow sudah memadai. Adik CiM haritu sediakan RM100 jer, ada baki lagi. Cuma Mak Andam tulah, pelik jugak apsal mahal sangat sampai RM150 dia sorang.

Cik Ai said...

amin..moga bahagia selamanya..
kuning di raja :)

Unknown said...

owhh.. ni kenduri belah pompuan yer.. tema kuning...belah lelaki biru.. ;)

QasehnyaRania said...

alhamdulillah.selamat sudah kan.

sama cantik sama padan.semga kekal bahagia hingga alam syurga.amin.

kadang2 sronok bab bayar tol ni..hihi
ingt kenangan join pengatin lelaki masa kt jb dulu..

Mrs Velentine said...

selamat pengantin baru semoga berkekalan hingga ke akhir hayat

Nurul Says said...

selamat pengantin baru! sama cantik sama padan..sukalah theme silver tuh

dya nasir said...

slmt pengantin baru

TiranaAduka said...

o kt sini post yg besambung tu

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

semoga berkekalan till jannah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...