27 January, 2013

......



TIDAK MASUK SYURGA ORANG YANG MEMUTUSKAN TALI PERSAUDARAAN...

Ya Allah, hanya Kau sahaja yang tahu gejolak hati kami. Hanya Kau sahaja yang tahu apa yang terjadi kerana Kaulah yang merencana semuanya. Kami redha, kami ikhlas menerimanya...

Kini ku menitiskan airmata....kerana drama itu... ANAK SAMPAH


Tapi.....kami tidak sama sekali akan melakukan itu. Yang Kau aturkan dalam kehidupan kami kini adalah sesuatu yang benar-benar merobek hati. Lebih-lebih lagi hati seseorang yang diantara kami. Seseorang yang sangat menyayangi dan merindui kedua puteranya. Seseorang telah memisahkan mereka dan sedaya upaya mengadakan jurang antara mereka. Apa salah dia? 

Penjelasannya begini. Kebenaran adalah keyakinan. Demi kebenaran atau keyakinan, berpisah dengan anak isteri itu perkara biasa. Bukan sesuatu yang pelik, lebih-lebih lagi bukan perkara asing dalam kebenaran! Apa yang saya tahu.... “memutuskan silaturrahim itu haram, tak cium bau syurga.”

Memutuskan silaturrahim dalam konteks hasad dengki, berdendam, bermusuhan kerana perkara dunia memanglah begitu. Tetapi dalam hal kebenaran dan keyakinan, memutuskan talian darah dengan pihak yang berhak itu jelas tidak adil sekali. Bolehkah darah itu ditukar ganti demi untuk menghilangkan semua tanda-tanda biologi dalam diri anak-anak itu sendiri? Logikkah kita menerima pemikiran jumud dan kolot seperti itu?

Berfikiran terbukalah, tiada jodoh antara kamu berdua. janganlah bersusah payah melakukan sesuatu yang dibenci Allah, kelak binasa hidupmu sendiri. Kami tidak membenci apatah lagi memulaukan seseorang yang telah menyeri hati salah seorang diantara kami. Segala masa dan ketika saat bahagia yang dikongsi bersamanya amat kami hargai. 

Tindakan memisahkan sama juga dengan melarikan. Sedarlah wahai kamu perempuan, sudah lama benar isi hati ini disimpan. Berkali-kali ku katakan, mereka itu anak kamu dan dia, janganlah bersusah-payah mahu memisahkan. Kelak dewasa mereka pasti mencari dan pastinya kamu akan dipersalahkan.

Redha lah dengan takdir yang ditentukan.......


N3 tiada tajuk...




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 comments:

Solehah Shamsuddin said...

Nauzubillah... minta dijauhkan dari sifat ni.

nea lopah said...

Sy Tgk jugak drama u tadi. Ksian suffian.

Cik Nur said...

siapapun manusia itu, sama2 kita doakan moga ALLAH bukakan hatinya untuk beri peluang buat yang merindui kedua putranya...

Tak baik pisahkan darah daging yang tersedai mengalir dalam tubuh mereka..

kita sama2 doa ye kak..

Ayuni said...

sye blur....

Daddy Ziyyad said...

Hihi...sy masih di jb...nak rasa ke macaron mommyzz? Bleh call wife saya 013 3650783

Cik Aini said...

cite semalam kan..
ai x tgk dah tau sedih cite ni..ai tgk "aku bukan Maryam" =)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

ala xtengok..lepas solat isya bg qalief tido sekali dgn wani ghaib haha

Yana Libra said...

tak tgk citer tu..huhu..best ye kak?

dya bunga said...

semoga dijauhakan dri sifat mcm tu

N.Aima K said...

saya tak tengok tapi... mesti sedih cerita ni :( mudah-mudahan kita dijauhkan dari bendabenda mcm ni

kinara kinatara said...

zaman sekarang ramai yang xdek sifat peri kemanusiaan kan kak:)

moga kita dijauhkan dari sifat itu:)

Dayana Bahar said...

Sabarlah .. pasti ada hikmah di sebalik kejadian.. berdoalah supaya dilembutkan hatinya... ibu dan ayah berpisah.. anak pula yang menanggung akibatnya..air dicincang takkan putus... apatah lagi jelas dan nyata darah yang sama mengalir dlm tubuh anak2...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

singgah isnin jenguk cim yg comel :-)

lelamaisara said...

mintak dijauhkan...sya pon layan cite tu kak....

Mrs Velentine said...

MV pun tengok ceta tue

Chic Na said...

terlepas citer tu. tp tengok iklan pun dah sedih. :(

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

singgah pagi selasa..pe kabo cim :-)

izan mama mia said...

singgah malam kat cni..tak tgk laa drama tuu...

aReLaN said...

oleh itu, jangan la dok senang2 putuskan hubungan saudara kan. tanpa diorang sape la kita kan.hmmmm

Deqla manjew said...

alamakkk... terlps nk tgk..padahal masa iklan beriye2 nk tgk..aduiyaiiii ruginyeee...

Liza Ismail said...

Kedua2nya sudah bahagia dengan pilihan hati masing2. Kami doakan mereka bahagia dengan pilihan hati mereka. Tapi yang kesiannya anak2 yang merana. Kita sama2 doakan semoga Allah lembutkan hatinya. Sekurang2nya diberi kesempatan seketika untuk ketemu lepas rasa rindu sudah memadai. Jangan fikir jika kamu menjauhkan mereka, mereka akan lupa siapa darah daging mereka. Seperti cerita anak sampah, walau dah berpuluh tahun dan tak pernah kenal ibunya pon ketemu juga inikan pula mereka yang dah terlalu banyak kenangan manis mereka bersama kami. Buang yang keroh ambil yang jernih itu lebih baik.

Cinta Misteri said...

rindu pada mereka......apatah lagi darah daging mereka. anak2 pown ingin bahagia, jgn disekat tumbesaran mereka...

wan nurul hezrina abd halim said...

tak tgk tapi adalah lirik2 tgk sedikit..kat umah MIL so mmg tak tgk tv sbb sik g tempat lain..hehe..mesti sedih cerita diakan??

QasehnyaRania said...

semoga dijauhkan

SURINAH ABD SAMAD said...

Dear sis
So touching lerr

Sury tgk drama ni..n i noticed something dlm luahan hati u ni kak

In shaa ALLAH ada jalan yg akan ditunjukkan nnti

Agreed with u n sis liza..jgn disebabkan hal org dewasa anak2 jd mangsa..

cheers kak

SURINAH ABD SAMAD said...

Dear sis
So touching lerr

Sury tgk drama ni..n i noticed something dlm luahan hati u ni kak

In shaa ALLAH ada jalan yg akan ditunjukkan nnti

Agreed with u n sis liza..jgn disebabkan hal org dewasa anak2 jd mangsa..

cheers kak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget