30 October, 2012

★J★O★D★O★H★

Ayat kawan-kawan tak puas hati~

*Bercinta dengan si L, tapi kawin dengan si M*

*Berkawan dengan R, bercinta dengan S, berkasih dengan T, last-last kawin dengan R*

*Benci sangat dengan si D, kawin juga dengan Dia tu*

*Bercintalah dengan A ke B ke C ke D ke, tapi kalau dah jodohnya dengan Z, Z jugalah akhirnya*

Ayat makcik-makcik kat mesyuarat tembok~

*Apsal si P tu tak kawin lagi erk, tak laku agaknya*

*Si J tu memilih sangat, sebab tu tak kawin-kawin*

*Si Q tu sampai tua lah tak kawin kot, sangkak agaknya*

Tu belum cerita pasal mandi bunga....

-------------------------

Diluar kebijaksanaan kita bercerita pasal jodoh. Jawapan yang paling mudah dan selamat, hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan nya nanti. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

JODOH ITU RAHSIA ALLAH






Sumber: BERNAMA



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

33 comments:

LYAfrina said...

setuju!
jodoh tu rahsia allah...

kdg2 kt xsdr org y selalu depan mata kt tulah jodoh kt...

Cik Aini said...

CiM...ai dtg jenguk pakai tepon je ni.hehehe rindu lah kat sis..

sgt setuju ngan kata2 kat atas..kalo mmg dah jodoh x ke mana kan.tu suma rahsia Allah..jodoh maut ajal peetemuan kat tgn Tuhan...siapalah kita nk menghalang kan..

Cik Aini said...

CiM...ai dtg jenguk pakai tepon je ni.hehehe rindu lah kat sis..

sgt setuju ngan kata2 kat atas..kalo mmg dah jodoh x ke mana kan.tu suma rahsia Allah..jodoh maut ajal peetemuan kat tgn Tuhan...siapalah kita nk menghalang kan..

Mrs Velentine said...

setuju..jodoh tue dh ditetapkan cuma cepat @ lambat jer..

Deqla manjew said...

sebnrnya soal jodoh ni xyah nk kecoh sgt la mokcik2 tembok oittt...hihi..smuanya dah ditetapkan Allah..kalo lmbt, x smpai lagi la jodohnye tu..ssh sgt manusia ni nk paham mende2 simple mcm ni.. eh, benci akhirnya kawen gak ngan si dia...alamakk mcm terkono ajo!! haha... (tp x la benci cuma meluat je. hikhik)

kinara kinatara said...

kina sangat stuju..huhu..:)

padahal xde pngalaman lagi...xp pengalaman orang sekeliling kadang2 menjadi tauladan kan..huhu:)

sangat setuju..:)

CikNana said...

memang sgt sgt sgt setuju..kalau samapi seru memang akan berkahwin juga.InsyaAllah Amin.Tahun depan..Doakan..:)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Betul tu.. Jodaoh Allah dah tetapkan.

izan mama mia said...

walau jodoh telah ditetapkan..kita peerlu juga usaha..kalau tak...mana nak dapat....

wan nurul hezrina said...

setiap apa yang Allah aturkan mmg ada hikmahnya..jgnlah kita kesalkan dan merungun..think +ve lahkan??

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

betul tu kak..jodoh tu rahsia Allah S.W.T

Kesuma Angsana said...

betul tu ajal maut jodoh pertemuan ditangan ALlah swt

Liza Ismail said...

Thats rite sis, as per my experience, jodoh yg tlh ditetapkn oleh Allah. Bila sudah sampai masanya segalanya berlaku begitu panTas dan dipermudahkn. kalau fikir balik seperti mcm tk percaya kami dpt dapat membina kebahagian walaupun bercinta hya beberapa bulan sebelum berkhwin. menyiapkn segala urusan sendiri trmasuk membeli rumh sebelum kami berhwin. semuanya berlaku trlalu cepat. dlm 8 buln saja. Alhamdulillah Allah telah temukn kami dan kini bertmbah kebahagian dgn 3 org penyeri... ;)

Liza Ismail said...

Thats rite sis, as per my experience, jodoh yg tlh ditetapkn oleh Allah. Bila sudah sampai masanya segalanya berlaku begitu panTas dan dipermudahkn. kalau fikir balik seperti mcm tk percaya kami dpt dapat membina kebahagian walaupun bercinta hya beberapa bulan sebelum berkhwin. menyiapkn segala urusan sendiri trmasuk membeli rumh sebelum kami berhwin. semuanya berlaku trlalu cepat. dlm 8 buln saja. Alhamdulillah Allah telah temukn kami dan kini bertmbah kebahagian dgn 3 org penyeri... ;)

TiranaAduka said...

salam cm
Pekabar?

Jodoh,rezekit dan maut bukan urusan kita.kita hanya mampu brusaha.
Thanks cm sudi singgah

elyna mirsada said...

bl bc entry ni..membuat daku terpk jauh.hehe,suka ayat "blm sampai masanya"

are_lin@yu said...

setuju sgt..skrg ayu berserah pada Allah..Dia lebih mengetahui segalanya yg akan jadi pada kita..kita [lk jgn putus berdoa usaha dan tawakkal ;-)

9n0L4 said...

mati pun rahsia Allah kan. tapi kdg org lupe yg mati ni. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

hai kak cim sayang...wani singgah ni

N.Aima K said...

Entri best!!

azriff said...

berkenaan dengan jodoh ni perlu satu kekuatan. :)

#entri yang cun :)

E'in said...

adekah kite dh bersedia utk menempuhinya? huhuhu

Nurul Husna Mohd Hassan said...

setuju!
jodoh tu rahsia Allah. Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita semua :)

Miss BaNu said...

setuju sgt kak CIM...NIce entry

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

salam jumaat kak niena...

Arina Shamsul said...

angkat tangan tingi2! setuju !! :)

Zana_Bakhari said...

thanks kak. ^_^

betul tu. kdg2 family sendiri tak kisah pun tp org luar yg lebih2 busybody.
sy percaya dgn janji & ketentuan Allah. :)

Cik Nur said...

Terima kaseh..!

Betul..jodoh itu rahsia ALLAH..
Cuma manusia ni, kadang mcm tak senang tgk kita mbujang lama2.

Tapi bila dah kawin, lain pula tekanannya kan..

Baizura said...

sgt bermakna post kak niena nie.. thnks kak niena ^_^

Cinta Misteri said...

mulut orang kita tak boleh tutup. Akk up N3 ni pun sebab mulut orang juga. kesian kat adik2 & kawan2 yg belum smpi jodohnya tu, asyik dipersendekana org jer. yg bercakap tu mmg tak tengok kanan kiri :(

Cinta Misteri said...

Btul tu Cik Nur, kita sendiri yang kena pandai handle situasi, bujang ker dah kawin ker, masalah tetap ada.

dyabunga said...

thanks kak..

lelamaisara said...

Jodoh pertemuan semua ditangan tuhan...mulut org memang kite tak leh tutup.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget