16 September, 2013

HERITAGE RACE SEASON 3, JB ARTS FESTIVAL

Harini bangun pagi-pagi dengan semangat berkobar-kobar untuk menyertai HERITAGE RACE SEASON 3, anjuran JB Arts Festival. Pada awalnya, kami ingatkan dah takde peluang nak sertai race ni sebab ramai yang tak sanggup bersama kami, 1 kumpulan mestilah 4 orang....hokayyy. Tapi akhirnya kami mendapat t-shirt kuning tersebut yang diimpi-impikan. Terima kasih kepada 2 lagi rakan selain en.hubby saya yang menyertai perlumbaan ini iaitu Naemah & Zamri, terima kasih sekali lagi kerana mahu bersama-sama menyertai perlumbaan giler ini. Saya dah warning, race ini memang giler dan mereka pasti torture kita habis-habisan, tapi kamu berdua sanggup menyahut cabaran. Terima kasih lagi...

18 bukit di Johor Bahru dengan jumlah keseluruhan jarak perlumbaan iaitu 13.8 km perlu diselesaikan bermula dari Bukit Timbalan. Perlumbaan HERITAGE RACE telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato Shahrir Samad, dimana beliau sangat sporting dan menyokong penuh program ini. Semua peserta bukan sahaja perlu menuju ke semua check point dengan pantas, tetapi perlu melakukan task-task yang diberikan di setiap check point tanpa gagal sebelum diberikan soalan yang perlu di jawab sewaktu di akhir perlumbaan nanti. Semua 16 soalan perlu dikumpul, dijawab dan diserahkan kepada urusetia pada check point terakhir di Bukit Timbalan.

Giler tak jauh.... berlengas, berpeluh, tengik, bau hapak.... segalanyalah. Bagi yang tahu laluan-laluan di JB ni, pasti tak dapat bayangkan bagaimana penatnya untuk menghabiskan perlumbaan ini. Dah lah pada awalnya kami salah jalan sebab tak faham map. Bukan sahaja kami, tapi ada 3 lagi kumpulan yang salah jalan. Hangennnn jer, bayangkanlah dari Bukit Timbalan kami berjalan saja-saja melalui Bukit Bintang, Bukit Redan, Bukit Serene dan terus ke Bukit Seri Manggis. Tapi malangnya, tiada crew pun yang menunggu kami di Bukit Manggis. Jadi terpaksa berpatah balik ke checkpoint 1 yang sangat hampir dengan Bukit Timbalan iaitu Bukit Polis.

Perlumbaan kami baru bermula, setelah 1 jam setengah kumpulan lain mungkin sudah hampir mengumpul separuh soalan. Langakh perlu diteruskan. Mengikut map yang kami cari di awal perlumbaan yang disembunyikan di Bukit Timbalan, kami menuju ke check point 2 iaitu di Bukit Kurnia, kemudian ke Bukit Kopi, meneruskan lagi perlumbaan ke Bukit Lalang. Pelbagai task diberikan antaranya, baling kacang masuk ke dalam mulut, buka puzzle, nyanyi lagu rasa sayang dengan rentak yang berlainan dan kami memilih rap, menyebutkan 5 buah sekolah yang terdapat disepanjang Jalan Abdullah Ibrahim dan meletakkan biskut di dahi dengan menggerakkan muka hingga biskut tadi masuk ke mulut. Hahahaha dah macam zirafah pulak dan task kami lakukan berhampiran Zoo Johor.

Perlumbaan mesti diteruskan ke checkpoint seterusnya di Bukit Cengkih, Bukit Gambir, Bukit Mahmoodiah, Bukit Jepun, Bukit Senyum, Bukit Stulang, Bukit Cagar, Bukit Tanjung Puteri dan berakhir di Bukit Timbalan semula. Task terakhir adalah menari hoolahup dengan minimum putaran 5 kali di pinggang, kemudian perlu membaling bola ping pong untuk dimasuk ke dalam kotak telur yang di tanda. Jika 3 biji bola tidak masuk tepat ke lubang yang di tanda, tarian hoolahup perlu dilakukan sekali lagi, begitulah seterusnya.

Hahahaha...kira berapa bukit yang perlu kami daki dengan keadaan panas, kekurangan air, kaki cramp, letih, lapar segala bagai. Akhirnya kami dapat mengakhiri perlumbaan walaupun tak dapat tempat pertama, kedua atau ketiga. Pengalaman menyertai perlumbaan ini yang paling menarik dan in-sha-Allah kami akan kembali lagi tahun depan dengan lebih teliti dan badan yang lebih fit.











Letih tapi seronok......

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

14 comments:

Chic Na said...

seronoknya beraktiviti.. semuanya bukit2.. penat tapi still lagi senyum tu.. terbaik lah! ;)

Unknown said...

hebat...masih mmp tersenyum tuu

Unknown said...

asiknye aktiviti mcm ni.. akak mmg rajin dan aktif kan join mcm2 program..baju tu trs dpt free la ye?

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

xtvt mcm ni la yg best...tp ok per masih lagi mampu tersenyum lg tuh...terbaikk lah

lelamaisara said...

wah best la..walaupon penat tapi puas kan kan...:)

Masha Meisters said...

woah! sure activity camni memg enjoy and fun walaupun tak menang...hehe! bestnyerrrr

Unknown said...

wah beznye
dpt mendaki bersama yg tersayang
cantik baju akak
yellooooow!

Si Matatajam said...

Mmg seronok dan enjoy kan kak Niena dengan aktiviti camtu..

Cik Ai said...

suka..
kalo company buat aktivit mcm ni selalu gak Ai join..wpun penat tp hepi,sbb ms tu lupa suma masalah :)

Miss N™ said...

bestkann..Nur lama kot tak beraktiviti mcm ni.. :)

Miss N™ said...

bestkann..Nur lama kot tak beraktiviti mcm ni.. :)

are_lin@yu said...

wahh beznya..klu dapat join ngn mber2 ramai mmg best kan kak..

E'in said...

gile laa kak nae pun join! xpe kan kak xmenang... janji enjoy...

9n0L4 said...

wahhhhh. bestnye kak. feeling² mcm explore race. hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...