12 September, 2013

Luar Bidang Kuasa Kita

TOLONG JANGAN LONTAR SOALAN YANG SUKAR DIJAWAB

Ada banyak perkara yang berada di luar bidang kuasa kita. Kadangkala kita sendiri tak tahu bagaimana nak mengatasinya. Bukan tak boleh bertanya langsung.....tapi soalan dan pertanyaan kenalah pada waktu dan tempat yang sesuai. Lebih sedih lagi bila soalan tu diulang beberapa kali dengan lantang, dan pastinya sangat sensitif bagi penerima hingga hijau biru wajah nak menjawabnya.

Contoh soalan 1 di kedai makan;
Apsal kau gemuk sangat haa? Tengok babat tu... kau ni tak reti nak jaga makan ke?

Contoh soalan 2 di surau pejabat;
Kenapa muka kau ni banyak sangat jerawat? Suka tukar-tukar produk yea?

Contoh soalan 3 di majlis kahwin;
Kau belum kawin lagi ke? Memilih sangat ehhh?

Contoh soalan 4 di majlis rasmi;
Tu isteri kau ke? Apsal kurus sangat? Tak bagi makan ke?

Contoh soalan 5 di taman permainan kanak-kanak;
Ehhh aku dengar kau dah bercerai. Bila? Kenapa boleh jadi macam tu?

----------------

Aduhaiii.......sakit hati tak kalau ada soalan-soalan di atas kita yang terima? Di tempat terbuka pulak tu, saat tu semua mata pandang ke arah kita. Kenapa nak kena tanya terus terang sangat sampai macam tu? Owhhhh....konon tak mahu cakap belakang ke? Tapi..... macam tu lebih menyakitkan hati sebenarnya.

Fahamilah.....tak semua orang suka apa yang terjadi pada mereka. Gemuk, kurus, kudut, berjerawat, berjeragat, bujang, janda, duda, tak bahagia, anak berpenyakit merbahaya..... please lah. Boleh tanya, tapi tolonglah cover-cover, setiap orang ada tahap malunya.

Nak bagi pendapat kononnya..... ada banyak produk kurus, susu selera makan atau krim muka cantik dipasaran. Tapi, tahukah kamu tak semua sesuai untuk setiap orang. Kalau sesuai pun, mampukah setiap otang memilikinya? Nak jadi ahli psykologi pulak, konon untuk kekalkan rumah tangga agar bahagia. Tapi kalau jodoh mereka ditakdirkan sampai tu jer, dibuat macam mana pun akan bercerai juga. Tetiba lah pulak jadi ajen cari jodoh, kenen-kenenkan kat sesiapa jer. Haduiiii.....nak cari imam makmum kena pilih-pilih juga. Janganlah tanya....kenapa memilih mencari pasangan. Adalah sebabnya oiiiii.

Kadangkala, seseorang itu dah lakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang diimpikannya. Tapi.....jika Allah tak mengizinkan, usaha macam mana pun tak menjadi juga. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Itulah ketentuan, yang lain-lain tu diluar kemampuan.

♥ Ada orang gemuk, tapi dia sihat kemana-mana tak menyusahkan sesiapa.
♥ Ada orang kurus, tapi dia gembira kawan-kawannya tak ada yang bermuka-muka
♥ Ada orang tak cantik, berjerawat, berjeragat, tapi otak dia bergeliga.
♥ Ada orang tak bahagia rumah tangganya, tapi dia bekerjaya
♥ Ada orang tak kahwin sampai tua, tapi dia bahagia dengan keluarganya
♥ Ada orang cantik jelita, tapi selalu gagal dalam bercinta
♥ Ada orang bahagia suami sayang giler, tapi tiada cahaya mata
♥ Ada orang cerdik bergeliga, tapi sorang kawanpun tak dekat dengannya

So....tengoklah, bukalah mata, dalam kehidupan pasti ada masalah yang menghantui kita. Takde orang yang perfect tak pernah tercalit kisah hitam dalam hidupnya. Semua diaturkan untuk menjadi perbandingan antara kita.

Diluar bidang kuasa kita untuk memikirkannya. Contoh mudah, lihat jari kita, 20 jari takkan sama, gemuk kurus pendek panjang cantik hitam sihat koyak luka, tak sama semuanya. Persoalkanlah dulu kenapa kelingking tak cantik macam jari manis sebelum ajukan soalan sepertinya pada insan yang ada hati dan sensitif dalam jiwa.





Tengok..... Minion pun dijadikan pelbagai-bagai rupa. Tapi.....diorang bahagia dan membahagiakan kita menontonnya.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 comments:

Anum said...

macam2 kan

E'in said...

boleh x jgn tanye kite.. apesal makin kurus haa mcm bini popeye? kahkahkah... dushhhhhhhh

Unknown said...

soalan2 bodoh namanya tu kak..dah tau kot xde jawapan yg dorang dpt utk soalan2 tu..tp nk gak ditanya..

deqla kategori yg ni kot..
Ada orang bahagia suami sayang giler, tapi tiada cahaya mata..

hurmm.. dan soalan yg sering diajukan pd deqla.. bila nak ada "isi'?? huh.. lelah dah nak jawab..!!

Kakzakie Purvit said...

Hal-hal begini tak boleh diajar CiM tapi kena belajar dari diri sendiri. Allah dah kurniakan akal dan mata (termasuk mata hati) sendiri kena tahulah... kalau yg jenis 'buta mata' maksud kakak mata celik tapi tak nampak (termasuk buta hati) payah nak diajar walau dah baca N3 ini sekalipun...

Unknown said...

hihihi...sebab tu org cakap...cakap siang pandang2 cakap malam dgr2...kite ni kene pandai sesuaikan driri dlm persekitran..xleh main serkap jarang kan..lgpon ciptaan Allah da memang cantik...kalo semua org sama mesti cepat boring kan..

Cendol said...

haha nice entry..memang mulut orang tak boleh nak dikawal.pedulik kan je,nanti diam lah tu.kalau tak diam,tampo je bagi bisu..haha.
memang kita usaha nak buat yg terbaik tapi tak tercapai,sebab Allah tu ada rancangan yg lebih baik untuk kitaa :)

Eray Majid said...

tulah kita manusia, suka caring bab2 yang tak patut nak caring. bende yang sepatutnya caring, kita buat diam.

moga lidah2 kita semua dijaga oleh-Nya.

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/09/10-tugas-macho-suami-bantu-ibu-menyusu.html

eMMe said...

1) sebab org sekeliling kite sgt2 amik berat pasal diri kita kan.. hehehe.. Syukur punye org2 yg sgt ambil berat akan diri kita, heeee~

2) Kak, saya dah tgk DM, so yg DM2 belom lagik.. tak sabar nak tgk, minion2 yg sgt2 comel... rase nak memiliki 2 ekor utk Airis n Eryna..
hahaha!

Ayuni said...

betul, kadang-kadang nk jugak rs tempelak balik...

Kak iman said...

we are not perfect guys

Miss N™ said...

soalan yg no.3 tu kan, selalu nur kena..huhuhuhuhu...sedih tau...

akak, babat tu apa??hehe

Chic Na said...

soalan no 3 tu selalu kena.. selalu dicop 'memilih'.. tak larat nak jawab dah.. habis kuat senyum & ckp inshaAllah je.. sambil berharap diorang tau ape ada dalam hati ni.. :)

Kekzamanis said...

Betullah CIM.. Setuju 100% dengan apa yang CIM tulis ni.. Selalu jer kena aju soalan2 yang menyakitkan ati macam ni.. Yang paling kerap kena tanya, "Kenapa ko ni kurus sangat ar? Laki ko tak bagi makan ke?".. "Ko ni jaga badan sangat sampai kurus kering, makanlah banyak sikit".. Ni soalan paling pantang.. Kadang2 menangis sorang2 jer tahan sakit hati.. Huhu..
ZON PERMAISURI CHOMEL

MAZLIZA ABD RAZAK said...

ha..kan
kekadang ada orang tak faham main tanya ja.

lelamaisara said...

kadang2 orang tak kan faham perasaan kite..

Masha Meisters said...

macam nak lempang je org yang gedix,tanya macam2 ni...hahaha
karang tanya balik kat dye.."ko dah lama tak kena pelempang ke?"

Si Matatajam said...

Kadang2 boooo layan ja kalau ada orang mulut capuiii @ celupar camtu...

Cik Ai said...

suka entry CiM nih,,thumbs up!
persoalan mcm ni lah yg membuatkan Ai lari kdg2,malas nk bersoal jawab..kdg2 selagi x di jawab pasti ditanya,sekadar senyuman x memuaskan ati mereka..haish

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wani pun cim xbleh blah dgn org yg tanya2 mcm2 terlebih nak amik tau nih...sabor jer lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...