30 September, 2013

Hoki dan Bola

Salam Isnin yang indah...

Just nak share 2 PicsArt mengenai Hoki dan Bola yang lepas.

Saya memang cukup minat dengan 2 sukan ini, sebabnya..... sejak dari sekolah rendah hingga ke menengah telah mewakili sekolah dan peringkat Daerah Johor Bahru dalam sukan hoki. Dan bila dah memang orang sukan, secara automatik pasti akan minat bola. Actually rugby pun saya suka juga sebab en.hubby pemain rugby sekolah. Cuma di Malaysia ni rugby tak begitu popular.

Seperti yang semua tahu, JDT baru sahaja menang besar di laman sendiri iaitu di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus dengan mengalahkan Kelantan 4-2 di saingan pertaman Watson Piala Malaysia. Pada 5-Oktober nanti, saingan kedua akan berlangsung di Kelantan. Tak sure saya akan pergi atau tidak, tapi yang pastinya saya akan menonton secara live walau apa cara sekalipun.

Semalam pula Malaysia telah bertemu India untuk merebut piala pusingan Hoki Piala Sultan Johor di Stadium Taman Daya. Semestinya saya berada di sana menyaksikan saingan sengit tersebut. Walaupun Malaysia kalah 3-0 dengan India, tapi kami tidak menyalahkan pemain kerana ada banyak faktor yang menghalang skuad hoki Malaysia bawah 21 merebut kembali piala tersebut. Pengadil!!! Faktor utama....siapa yang menyaksikan pasti tahu.....malas nak cakap, piala pun dah balik India. Tapi mereka main memang cukup semangat dalam keletihan serta menanggung lebam-lebam di badan. Bayangkan....mereka bertaruh tanpa kalah di peringkat pusingan, setiap hari selama 2 minggu tanpa cuti. MENANG BERGAYA menentang Argentina, Korea, Pakistan dan England.

Yuk.....tengok Pyro Malaysia...





Bersukan gaya hidup sihat....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

26 September, 2013

WW : Saya 33

Hari ni meningkat usia... dah tak boleh main main saja... tapi masih boleh manja manja.









Dinner dgn en.hubby, berdua jer, snap snap sambil tunggu waktu makan.

Lokasi : A Malaysian Delight Cafe, Austin Height

♡♡♡ Terima kasih yang wish birthday sama ada pm msg, di sms, di mms, di wasap, di wichat, di fb, di twitter, di insta, di blog juga serta semua yang wish berdepan bersua muka. Saya sayang semua ♥♥♥


^_^ lepas Maghrib nak berdesup ke Stadium Hoki, Malaysia lwn India

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

25 September, 2013

JANGAN ANGKUH

Antara hal yang membuatkan aku pikir banyak kali pusing kepala kanan kiri bilamana ada manusia manusia yang tak sedar diri tak tahu tarikh mati cakap tak henti henti hamun maki sesuka hati dia ingat dunia ini miliknya abadi tak faham erti tahu diri.

penat.....letih sendiri bukan bila baca takde tanda titik noktah koma.

lagi letih bila melayan angkuh manusia manusia yang tak tahu reti pandang ke bawah.

Kau siapa?

Cuba bila suatu hari nanti tiba tiba kau sakit kepala pergi jumpa doktor terima berita duka bagai sesuatu hempap atas kepala..... "kau cuma ada 6 bulan saja"

Tika itu..... apa kau rasa?
Saat itu..... mulalah kau fikir kau siapa..

Jangan suka suja hina orang atas sebab kau itu sesiapa. Bila mati nanti kau pakan kain kapan yang sama. Ke kubur nanti kau takkan tahu siapa yang tanggung berat usung kau sampai ke dalam sana. Di situ nanti kau dah tak boleh fikir lagi apa dosa sehingga kau disebat dibakar diherdik disula. Dan kau tak mungkin diberi saat untuk fikir segala pahala besar kuman hingga besar batu bata yang telah kau lemparkan tanpa rasa rela.

Ahli syurga itu amalannya luar biasa. Tapi kita masih boleh menjadi seperti mereka kerana garis panduan itu ada. Bacalah....




Bersihkanlah hati mu...

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺍَﻋِﻨِّﻲ ﻋَﻠَﻰ ﺫِﻛْﺮِﻙَ ﻭَﺷُﻜْﺮِﻙَ ﻭَﺣُﺴْﻦِ ﻋِﺒَﺎﺩَﺗِﻚَ

Allohumma a'inni 'Ala Dzikrika wa Syukrika wahusni 'Ibadatika
Artinya: Ya Allah, bantulah aku supaya aku dapat berzikir kepadaMu, dan
bersyukur kepadaMu, dan perelok ibadah kepadaMu.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

24 September, 2013

Mencari Ratu Nenas dan Puteri Petai

Ni kisah 16 September kelmarin, selepas saya mengakhiri Heritage Race yang memenatkan. Sewaktu hendak menunggu keputusan, kami berpusing-pusing di dalam Bangunan Bukit Timbalan dimana terdapat pameran "Arty Party". Hentian kami terhenti di booth pameran lukisan dari Sekolah Seni Johor Bahru. Saya yang memang minat seni tertarik dengan lukisan-lukisan yang dipamerkan disitu.

Tiba-tiba.......cheeewahhh dah macam pertandingan bercerita.... Seorang pelajar dari sekolah seni memperkenalkan dirinya dan membawa kami menyelami setiap lukisan-lukisan yang dipamerkan. Hilang kepenatan kami yang terkumpul sejak pagi.

Lama juga bermesra dengan mereka bagaikan sudah berkenalan sangat lama. Saya ambil nombor telefon mereka, tapi...........arghhhh hilang entah kemana. Hanya ada satu peluang saja, pada seorang adik saya meminta minta, minta tolong carikan Puteri Petai dan Ratu Nenas saya.



Surinah.....tolonglaaaahhhhhh.....





Harap Puteri Petai dan Ratu Nenas saya baca entry ini. Suka sangat dengan mereka berdua.....nak jadi adik saya takkkk?

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 September, 2013

Aura Pengiring Pemain

Semalam berlangsungnya perlawanan terakhir di peringkat kumpulan antara JDT dengan PKNS. Mengecewakan.......

Pada mulanya saya dan en.hubby memang tidak bercadang ke stadium semalam disebabkan en.hubby ada shooting di Kuala Lumpur. Tapi kami di kejutkan dengan sms dari anak sulung kami, Adam Danish mengatakan dia terpilih untuk mengiringi pemain pada malam Sabtu itu. Awalnya, en.hubby mengarahkan saya ikut sekali ke stadium serta mendapatkan tiket grand stand. Tiket yang memang selalu sold out di Stadium Larkin, memang payah nak dapat tiket ni. Tapi, alhamdulillah dengan bantuan seorang admin fb page, jdtfc.com, kami dapat tiket grand stand atas sebab kami parents kepada pelajar pengiring. Errrkkkk...... kami?? Hahaha, akhirnya en.hubby pun cancel shooting di KL, tapi bukan semata-mata kerana Danish, tapi sebab dia juga ada tugas yang perlu disiapkan pada pagi Sabtu itu.




Coach memberi arahan sewaktu pengiring-pengiring cilik berkumpul di Outlet Khaizer, Larkin Idaman. Bukan main garang lagi coach ni, ehhhhh.....tapi menurut en.hubby coach Khaizer fc adalah rakan dia, seorang lagi bukan yang ini.







Okay, punyalah promote kat sedara mara, rupa-rupanya ketika siaran langsung, waktu menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Bangsa Johor, pengulas sukan sedang membebel. Jadi.... tak masuk lah tv. Dan tak adalah gambar cantik dan terang dari kami kerana camera canggih kami sedang bertugas di KL. Walaubagaimanapun, taklah hampa sangat sebab salah seorang cameraman astro yang berada di padang adalah kawan en.hubby. Kami akan minta gambar yang terang benderang dari beliau.

Game malam semalam JDT kalah dengan PKNS 2-0. Yeaaaaa....ini semua salah saya sebab Danish telah menyerap masuk aura dia kedalam tangan Fauzan PKNS. Tapi takpa, kalahpun JDT tetap mara ke suku akhir yang bakal menentang Kelantan pada 28 September depan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus.

**psstttt..... kemana-mana pergi, pasti ada yang mengenali en.hubby...

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

20 September, 2013

MUHASABAH DIRI

Salam Jumaat Semua....

Saya nak share dua kata-kata hikmah dari Ustaz Kazim Elias pada semua pembaca. Kita kongsi sebab kita suka, kadangkala kongsi sebab ia ada kene mengena dengan kita. Kene mengena dengan saya, dan bila saya kongsi bermakna saya juga mengingatkan diri saya.

Jaga mata, jaga hati, jaga tingkah laku, jaga perasaan. Semuanya kita perlu jaga untuk hidup lebih bersederhana. Tidak riak, tidak ujub, tidak takbur, tidak sombong. Sebab tindakan-tindakan negatif seperti itu akan membuatkan kita tinggi diri sehingga tak mampu tunduk ke bawah menginsafi.





Allah...... sesungguhnya Allah sering menguji kita. Antara kita sedar atau tidak, apa yang berlaku disekeliling kita adalah ujian untuk kita. Boleh jadi apa yang kita benci itu adalah sesuatu hal yang terbaik buat kita. Begitu juga sebaliknya, pasti ada kebaikan yang Allah hendak berikan disebalik kesukaran yang kita alami.

Mungkin ramai antara kita tak mahu diganggu oleh peminta sedekah sewaktu sedang menikmati makanan. Pastinya ramai juga antara kita tak suka mengekori kereta buruk yang bergerak perlahan di jalan raya. Tapi, adakah peminta sedekat itu dan pemandu kereta buruk itu bahagia atau tidak dengan kehidupan yang dilaluinya?

Apa yang saya pelajari kebelakangan ini, dan cuba perbaiki diri adalah; cuba untuk fahami masalah orang lain sebelum meluahkan masalah kita pada orang lain. Ingatlah, bila kita susah, pasti ada yang lebih susah dari kita. Kalau tak mampu membantu dari segi material, cukuplah sekadar doa agar segala yang dihadapi oleh mereka dipermudahkan.

Allah Maha Besar.....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

18 September, 2013

WW : Buruk Perangai

Selamat hari Rabu yang bermalas-malasan....

Yuk tengok saper yang buruk perangai macam ni...









Apapun kita....kita tetap bahagia, biak pi laa apa orang kata, kita punya sukalah nak buat camne, janji tak kacau sesiapa.

♥sayangsemua♥

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

16 September, 2013

HERITAGE RACE SEASON 3, JB ARTS FESTIVAL

Harini bangun pagi-pagi dengan semangat berkobar-kobar untuk menyertai HERITAGE RACE SEASON 3, anjuran JB Arts Festival. Pada awalnya, kami ingatkan dah takde peluang nak sertai race ni sebab ramai yang tak sanggup bersama kami, 1 kumpulan mestilah 4 orang....hokayyy. Tapi akhirnya kami mendapat t-shirt kuning tersebut yang diimpi-impikan. Terima kasih kepada 2 lagi rakan selain en.hubby saya yang menyertai perlumbaan ini iaitu Naemah & Zamri, terima kasih sekali lagi kerana mahu bersama-sama menyertai perlumbaan giler ini. Saya dah warning, race ini memang giler dan mereka pasti torture kita habis-habisan, tapi kamu berdua sanggup menyahut cabaran. Terima kasih lagi...

18 bukit di Johor Bahru dengan jumlah keseluruhan jarak perlumbaan iaitu 13.8 km perlu diselesaikan bermula dari Bukit Timbalan. Perlumbaan HERITAGE RACE telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato Shahrir Samad, dimana beliau sangat sporting dan menyokong penuh program ini. Semua peserta bukan sahaja perlu menuju ke semua check point dengan pantas, tetapi perlu melakukan task-task yang diberikan di setiap check point tanpa gagal sebelum diberikan soalan yang perlu di jawab sewaktu di akhir perlumbaan nanti. Semua 16 soalan perlu dikumpul, dijawab dan diserahkan kepada urusetia pada check point terakhir di Bukit Timbalan.

Giler tak jauh.... berlengas, berpeluh, tengik, bau hapak.... segalanyalah. Bagi yang tahu laluan-laluan di JB ni, pasti tak dapat bayangkan bagaimana penatnya untuk menghabiskan perlumbaan ini. Dah lah pada awalnya kami salah jalan sebab tak faham map. Bukan sahaja kami, tapi ada 3 lagi kumpulan yang salah jalan. Hangennnn jer, bayangkanlah dari Bukit Timbalan kami berjalan saja-saja melalui Bukit Bintang, Bukit Redan, Bukit Serene dan terus ke Bukit Seri Manggis. Tapi malangnya, tiada crew pun yang menunggu kami di Bukit Manggis. Jadi terpaksa berpatah balik ke checkpoint 1 yang sangat hampir dengan Bukit Timbalan iaitu Bukit Polis.

Perlumbaan kami baru bermula, setelah 1 jam setengah kumpulan lain mungkin sudah hampir mengumpul separuh soalan. Langakh perlu diteruskan. Mengikut map yang kami cari di awal perlumbaan yang disembunyikan di Bukit Timbalan, kami menuju ke check point 2 iaitu di Bukit Kurnia, kemudian ke Bukit Kopi, meneruskan lagi perlumbaan ke Bukit Lalang. Pelbagai task diberikan antaranya, baling kacang masuk ke dalam mulut, buka puzzle, nyanyi lagu rasa sayang dengan rentak yang berlainan dan kami memilih rap, menyebutkan 5 buah sekolah yang terdapat disepanjang Jalan Abdullah Ibrahim dan meletakkan biskut di dahi dengan menggerakkan muka hingga biskut tadi masuk ke mulut. Hahahaha dah macam zirafah pulak dan task kami lakukan berhampiran Zoo Johor.

Perlumbaan mesti diteruskan ke checkpoint seterusnya di Bukit Cengkih, Bukit Gambir, Bukit Mahmoodiah, Bukit Jepun, Bukit Senyum, Bukit Stulang, Bukit Cagar, Bukit Tanjung Puteri dan berakhir di Bukit Timbalan semula. Task terakhir adalah menari hoolahup dengan minimum putaran 5 kali di pinggang, kemudian perlu membaling bola ping pong untuk dimasuk ke dalam kotak telur yang di tanda. Jika 3 biji bola tidak masuk tepat ke lubang yang di tanda, tarian hoolahup perlu dilakukan sekali lagi, begitulah seterusnya.

Hahahaha...kira berapa bukit yang perlu kami daki dengan keadaan panas, kekurangan air, kaki cramp, letih, lapar segala bagai. Akhirnya kami dapat mengakhiri perlumbaan walaupun tak dapat tempat pertama, kedua atau ketiga. Pengalaman menyertai perlumbaan ini yang paling menarik dan in-sha-Allah kami akan kembali lagi tahun depan dengan lebih teliti dan badan yang lebih fit.











Letih tapi seronok......

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

14 September, 2013

Hak Penjagaan Terhadap Atok dan Nenek

Salam pagi Sabtu semua...

Hari ni busy sikit sebab ada tugas penting....cheeewah. Owh yaaa, sekarang saya sangat gembira sebab atok & nenek dah menetap dengan kami. Harap-harapnya lamalah mereka nak tinggal dengan kami. So, untuk masa ni hak penjagaan adalah ke atas kami. Jangan ada sesiapa yang suka suki datang rumah kami dan nak amnpbil atok & nenek kami. Cheeeewaaahhhh..... Ganas eakkk, macam main rebut-rebut gituewww.







Pagi-pagi lagi atok dah siap, segak-segak tunggu saya nak bawa dia balik kerumah nya. Alah, tak jauh mana pun lebih kurang 45 minit dari rumah agam kami. Nak balik jenguk rumah katanya. Tapi atok ni, relax laaa dulu sebab pukul 11 nanti baru kita keluar sebab kena hantar nenek pergi dialisis dulu. Nenek sedang jalani rawatan dialisis di Bangunan Abu Kasim, jaraknya lebih kurang 15 minit dari rumah agam kami. Ujian dialisis mesti dilakukan 3 kali seminggu iaitu jika mengikut jadual nenek, hari Selasa, khamis dan Sabtu start jam 11 pagi hingga 3 petang. Lama tau, 4 jam. So lepas hantar nenek, terus atok nak balik jenguk rumah. Tapi, atok....kejap yea, kita ambil cicit dulu kat sekolah. Gelisah jer muka atok sampai tertidur dalam kereta di hadapan sekolah cicit.

Nenek semakin sihat sejak seminggu duduk dengan kami. Awalnya nenek tak boleh berjalan, tapi masa hantar nenek di pusat dialisis tadi bukan main seronok lagi dia meround. Semua menegur.... "ehhhhh...nenek dah boleh jalan"

Atok pown dah sihat jugak, tapi atok tak kesah sangat sebab atok memang renyah. Ada saja kerjanya kalau kat rumah ni. Tapi masa atok datang haritu, kaki atok yang sebelah kanan keras kejung di bahagian keting dan betis. Tpi berkat kesungguhan bonda saya merawat, bahagian yang keras kejung tu dah mula lembut.

Merawat orang tua ni kena banyak sabar. Kena ikut kan saja rentak mereka sebab nanti kalau cakap lebih sikit merajuk. Walaubagaimanapun, kami akan tetap menjaga dan merawat atok dan nenek dengan baik. InsyaAllah, kami sama-sama. Cucut cicit yang rindu dengan atok & nenek, meh laa datang rumah kami, pintu sentiasa terbuka, tapi kalau kami mangga sila tekan loceng yaaa. Kat luar sana tu sangat bahaya.

Doakan bonda saya juga sihat agar dapat menjaga atok dan nenek saya yang sudah menjangkau lebih 86 tahun.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

13 September, 2013

LAGI-LAGI MEKDI

Salam Jumaat.... Hari yang paling barakah dalam 7 hari.
Semoga kita mendapat keberkatan dalam menghirup udara percuma dari Yang Maha Esa.

Lagi isu mekdi pagi ini. Buka-buka fb dah ramai yang protes sebab ada pihak yang menimbulkan kembali isu mekdi ini. Sebab ada banyak tugasan pagi ni, jadi saya ignore jer. Then masa tiba waktu makan tengahari, di wasap ada yang up kan lagi isu ini. Memandangkan saya ada banyak group, so, saya tabik spring pada group kejiranan saya yang menyambut baik hal ini, dan perbincangan antara kami sangat positive. Pada kami, apalah sangat dengan mekdi ini. Tak makan pun tak mengapa.

Tapi.....bila saya post kan pasal mekdi ni di salah satu group semata-mata untuk perkongsian semua, malangnya ramai yang suam-suam kuku saja. Kenapa?? Hai lah kawan....tak jadi kebulur, tak jadi mati, kalau tak makan mekdi.







Saya ada alasan tersendiri kenapa saya dah berhenti makan mekdi sejak 2 tahun ini. Alhamdulillah, anak-anak saya tidak banyak kerenah. Jawapan pada mereka sudah diberi, untuk anak yang sulung juga, dia mengkaji. Terima kasih anak-anak mama kerana memahami keperitan orang lain dan tak pernah merasa rugi tak pergi makan di mekdi. Bagi yang mengikuti blog ini, pasti dah tahu kenapa saya sekeluarga tidak makan mekdi.

Okay....ini petikan yang kononnya baru, dibaca pada pagi ini;

"Berita Penting ... Majlis Kehakiman Islam ( MJC ) dan IQSA telah menarik balik
pengesahan daripada McDonald. Acccording ke pejabat dapur di Florida , Amerika
Syarikat , kajian ke dalam bahan-bahan McDonald telah menunjukkan bukti positif
bahan babi yang dipanggil " LM10 " digunakan dalam Mayo McDonald . Pegawai Afrika
Selatan McDonald telah mengesahkan bahawa semua bahan-bahan berasaskan sos
yang diimport dari Amerika Syarikat. (Muslim) pengguna dinasihatkan untuk menahan
diri daripada McDonald. Majlis Kehakiman Islam ( MJC ) dan IQSA juga telah menarik
balik pensijilan di seluruh negara. Ia adalah tanggungjawab anda untuk memberitahu
orang lain .... Mereka makan ia makan " Haram MAKANAN ". Jadi jangan memberitahu
Lain-lain.

JAZAQ - ALLAH Khair !"

Kalau dilihat pada keratan akhbar di atas, saya nampak tarikhnya pada 2011. Mungkin isu ini sudah sangat lama, cuma baru sahaja diserap masuk ke media Malaysia. Walaubagaimanapun, tahun atau masa tak berapa penting bagi saya. Mungkin ada yang akan kata......U TAK KESAHLAH.... SEBAB U MEMANG TAK MAKAN LAGI. So, kenapa? Kalaupun saya dah takkan makan lagi mekdi ni, ini tak bermakna saya tak boleh kata apa-apa pasal perihal makanan ini.

Persoalan saya;
1. Siapa sebenarnya dikatakan mereka-reka cerita dan untuk apa?
2. Siapa sebenarnya yang sepatutnya mengambil tindakan selepas aduan disebar?
3. Siapa sebenarnya dalang yang menyembunyikan hal ini jika ia benar?
4. Apa tidakan kita bila dah tahu ia begitu begini, atau masih teruskan lagi?

Bagi saya......
Bila kita dah tahu, jangan buat-buat tak tahu. Kalau taknak ambil tahu, itu namanya batu. Jadi, adalah elok kita cari tahu kenapa ia dikhabarkan begitu. Kita ada pilihan...

maafjikasayamenyinggungperasaanpeminattegar

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 September, 2013

Luar Bidang Kuasa Kita

TOLONG JANGAN LONTAR SOALAN YANG SUKAR DIJAWAB

Ada banyak perkara yang berada di luar bidang kuasa kita. Kadangkala kita sendiri tak tahu bagaimana nak mengatasinya. Bukan tak boleh bertanya langsung.....tapi soalan dan pertanyaan kenalah pada waktu dan tempat yang sesuai. Lebih sedih lagi bila soalan tu diulang beberapa kali dengan lantang, dan pastinya sangat sensitif bagi penerima hingga hijau biru wajah nak menjawabnya.

Contoh soalan 1 di kedai makan;
Apsal kau gemuk sangat haa? Tengok babat tu... kau ni tak reti nak jaga makan ke?

Contoh soalan 2 di surau pejabat;
Kenapa muka kau ni banyak sangat jerawat? Suka tukar-tukar produk yea?

Contoh soalan 3 di majlis kahwin;
Kau belum kawin lagi ke? Memilih sangat ehhh?

Contoh soalan 4 di majlis rasmi;
Tu isteri kau ke? Apsal kurus sangat? Tak bagi makan ke?

Contoh soalan 5 di taman permainan kanak-kanak;
Ehhh aku dengar kau dah bercerai. Bila? Kenapa boleh jadi macam tu?

----------------

Aduhaiii.......sakit hati tak kalau ada soalan-soalan di atas kita yang terima? Di tempat terbuka pulak tu, saat tu semua mata pandang ke arah kita. Kenapa nak kena tanya terus terang sangat sampai macam tu? Owhhhh....konon tak mahu cakap belakang ke? Tapi..... macam tu lebih menyakitkan hati sebenarnya.

Fahamilah.....tak semua orang suka apa yang terjadi pada mereka. Gemuk, kurus, kudut, berjerawat, berjeragat, bujang, janda, duda, tak bahagia, anak berpenyakit merbahaya..... please lah. Boleh tanya, tapi tolonglah cover-cover, setiap orang ada tahap malunya.

Nak bagi pendapat kononnya..... ada banyak produk kurus, susu selera makan atau krim muka cantik dipasaran. Tapi, tahukah kamu tak semua sesuai untuk setiap orang. Kalau sesuai pun, mampukah setiap otang memilikinya? Nak jadi ahli psykologi pulak, konon untuk kekalkan rumah tangga agar bahagia. Tapi kalau jodoh mereka ditakdirkan sampai tu jer, dibuat macam mana pun akan bercerai juga. Tetiba lah pulak jadi ajen cari jodoh, kenen-kenenkan kat sesiapa jer. Haduiiii.....nak cari imam makmum kena pilih-pilih juga. Janganlah tanya....kenapa memilih mencari pasangan. Adalah sebabnya oiiiii.

Kadangkala, seseorang itu dah lakukan apa saja untuk mendapatkan apa yang diimpikannya. Tapi.....jika Allah tak mengizinkan, usaha macam mana pun tak menjadi juga. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Itulah ketentuan, yang lain-lain tu diluar kemampuan.

♥ Ada orang gemuk, tapi dia sihat kemana-mana tak menyusahkan sesiapa.
♥ Ada orang kurus, tapi dia gembira kawan-kawannya tak ada yang bermuka-muka
♥ Ada orang tak cantik, berjerawat, berjeragat, tapi otak dia bergeliga.
♥ Ada orang tak bahagia rumah tangganya, tapi dia bekerjaya
♥ Ada orang tak kahwin sampai tua, tapi dia bahagia dengan keluarganya
♥ Ada orang cantik jelita, tapi selalu gagal dalam bercinta
♥ Ada orang bahagia suami sayang giler, tapi tiada cahaya mata
♥ Ada orang cerdik bergeliga, tapi sorang kawanpun tak dekat dengannya

So....tengoklah, bukalah mata, dalam kehidupan pasti ada masalah yang menghantui kita. Takde orang yang perfect tak pernah tercalit kisah hitam dalam hidupnya. Semua diaturkan untuk menjadi perbandingan antara kita.

Diluar bidang kuasa kita untuk memikirkannya. Contoh mudah, lihat jari kita, 20 jari takkan sama, gemuk kurus pendek panjang cantik hitam sihat koyak luka, tak sama semuanya. Persoalkanlah dulu kenapa kelingking tak cantik macam jari manis sebelum ajukan soalan sepertinya pada insan yang ada hati dan sensitif dalam jiwa.





Tengok..... Minion pun dijadikan pelbagai-bagai rupa. Tapi.....diorang bahagia dan membahagiakan kita menontonnya.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

10 September, 2013

Gedik Santai Malam Hari.... Imbas Poem Anniversary

Haaaaa... i kena isomnia ker?

Alahai, lately macam payah nak tidur malam hari. Tetiba sedar-sedar dah 3 pagi, mata masih tak katup-katup lagi. Esok keje, mampuihhhh boss baling dengan file besi. Kena sawan baca buku sampai pagi ke ni.....ayoyoyo mata, class lom start lagi ler. Yuk lah rehat, nanti class start, u taknak tidur smapi mata sarat barat pown takpe. Janji sumer paper i lulus dengan cemerlangnya.

Ni....bila dah malam-malam gini tak boleh tido, mulalah mengada buat muka selamba. Almaklumlah, gedik tahap dewa. Kan haritu hari anniversary kita. Ada lah tulis-tulis sikit ntah syair ke gurindam ke sajak ke.... kengkonon nak hantar kat dewan bahasa dan pustaka. Tapi tak cukup syarat ilmiah untuk bacaan anak-anak remaja. Erkkk....iyeker? Takda unsur-unsur lucah atau jenayah antarabangsa yeaaaa...



See... tengok..., yang komen pun tak hebatnya. Siap ada yang PM suruh upload kat blog untuk bacaan yang lain-lain jugekkk....hahahaha....i ni ada ke peminatnya?

So...sape yang dah baca, nak baca lagi pun boleh jerrr....yang belum baca jangan gelak-gelakkan kita yeaaaaa....

♥♥♥♥ teeeettttttttt ♡♡♡♡


11 tahun~~~

Sudah cukup dewasa mengenal dunia
Kalau yang jantan dah boleh dipotong anunya
Kalau yang tino..faham-faham je perubahan bulan bintangnya
Manusia membesar dengan teladan ayah bonda
Tapi usia perkahwinan dididik dari pengalaman berdua

Sela masa yang dianggap lama
Alhamdulillah kita dapat pertahankannya
Kata orang hanya tinggal 1 fasa saja
Dimana fasa pertama dan ke dua kita sudah berjaya
Lima tahun pertama penuh suka duka
Antara kita baru saja nak kenal-kenal dunia
Jatuh bangun kita tanggung sama-sama
Lima tahun kedua kita dah punya harta benda
Juga 2 cahaya mata, walau hanya lelaki kita gembira
Harapnya lima tahun ketiga ini kita akhirinya bersama juga
Waktu inilah waktu hebat untuk kita kecapi semua
Jangan sampai ada orang ketiga peruntuh rumahtangga
Kerana ia boleh datang bila-bila saja tika kita leka
Mengaut semua yang kita ada......

11 tahun cukup gembira

Terima kasih sayang kerana sudi menjadi pembahagia
Terima kasih juga kerana selalu sela air mata
Terima kasih selamanya mengejutkan ku dari lena
Terima kasih kerana tak kekok lakukan kerja rumah tangga
Terima kasih wahai pendamping setia
Ku mahukan 11 tahun lagi dan 11 lagi dan lagi sampai infiniti

Terima kasih Allah kerana menghadiahkannya kepada ku
Walau sementara....

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Selamat malam semua....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

09 September, 2013

NAK MARAH TAK JADI MARAH

Bila tengok gelagat bujang berdua, kadangkala dari nak marah tak jadi marah. Ada jaaa perangai mereka berdua yang buat kita tersenyum sampai telinga. Dua-dua kaki mengelak, kalau buat salah pandai jer topik ditukar.

Tengoklaaa....ni 2 pica di kampung. See...apa yang ada dalam perut mereka sampai terkembung. Sembunyikan sesuatu taknak mama tahu. Kalau mama hidu....memanglah mama perambat tak cukup tanah lari tak tentu.





Siapa dapat teka apa ada dalam baju???

Tu... si adik, takde keje main kuda-kuda.

Kalau di kampung kedua bujang memang tak digalakkan main diluar. Kalau dah keluar, memang panjanglah langkahnya. Kang tak pasal-pasal mama terpekik telolong panggil dua-dua suruh balik segera. Kat luar tu pulak, ada banyak perkakas yang boleh dijadikan permainan, kayu, besi, cangkul, bajak, trektar, motor, pasir, batu, tanah.....huwarghhhh....tak payahlah nak, buat mama sakit kepala. Main ajelah dalam rumah yang besar.

Tapi bila kat dalam rumah....haaaa tulah. Mereka pun kreatif main apa jer yng ada. Kadang tu nak marah, tapi....tiba-tiba tak jadi nak marah. Gelihati tengok keletah.

Haaa....ada yang dah dapat teka apa yang disimpan mereka. Jangan tak percaya.....

Gula-gula kapas warna merah jambu.

Mama memang tak suka mereka makan gula-gula. Nanti bila sakit gigi guling-guling kat lantai. Padahal salah sendiri tak reti jaga kesihatan gigi. Untunglah maktok belikan kat pasar pagi. Merasalah korang....kalau mama....huh confirm tak bagi.

Yukkk...semua jaga kesihatan gigi.

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

07 September, 2013

JB ARTS FESTIVAL

Semalam.....

Di malam anniversary, kami berdua (saya & en.hubby lerrr) pergi layan gig dan live band anjuran JB Arts Festival di Bukit Timbalan, Johor Bahru. Festival yang kami tunggu-tunggu especially Anak-anak Johor sudah bermula dan akan berakhir pd 10 Oktober 2013.

Malam tadi, acara pembukaan Gegar Anak Tempatan membawakan 13 band membuat persembahan secara live. Yang lebih terujakan adalah kehaduran Abang Nas Ahmad, pengacara Galaksi Tv9 datang membuat liputan. Abang Nas sangat bangga dengan penganjuran JBAF ni yang sudah masuk 10 kali penganjurannya, kerana Abang Nas juga anak jati Johor. So....tontonlah kami di Galaksi hari Jumaat depan.







Ada banyak acara yang akan berlangsung di sekitar Johor Bahru, setiap hari bermula jam 4 petang hingga pagi. Kalau nak tengok jadual JB Arts Festival ke-10 ni, meh lawat laman web mereka di www.jbartsfest.com

Semalam, kami tak tunggu sampai pagi sebab hujan dah mencurah ke bumi. Ambil keputusan tinggalkan beberapa band lagi and sorry....berjalan berdua dalam hujan sambil pegang tangan ala-ala hindustan. Cheeewahhhh..... Yang paling kesian, pusing-pusing cari kedai makan, hanya mamak jer yang tinggal, ambil keputusan balik terus tak makan. Sampai rumah perut bunyi tak keruan, en.hubby ke dapur tengok ada apa tak yang boleh dimakan, akhirnya mee maggi jer yang jadi santapan, di malam anniversaryan.....

JB Arts Festival, kami akan bagi sokongan...

#jbartsfest
#bukittimbalan
#gegaranaktempatan

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

05 September, 2013

Nilai 15sen dan 20sen serta kesannya

Isu ini mungkin basi pada semua, sebab ianya dah berlalu beberapa hari lalu. Tapi, mungkin ada yang tak tahu isu ini sebenarnya ada sekualnya. Version ke-2 dan pastinya akan ada version ke-3, ke-4 dan ternyata ianya tak akan tamat dimana-mana.

Tengah malam semalam, minyak RON97 juga naik harga sebanyak 15sen. Menyusul kenaikan 20sen harga RON95 setelah 2 hari kenyang caci maki.



Yea....memang ramai yang marah dengan kenaikan ini. Sebab apa? Khabarnya Malaysia adalah pengeluar minyak utama dunia. Jadi...... masing-masing berpendapat boleh mendapatkan minyak secara percuma. Dan juga kerana pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar negara guna kad zassss jalan tanpa keluarkan sesen pun duit mereka.

Haha....tapi, masih juga ada yang mengerti, faham dan setia pada tunggak pemerintahan negara. Percaya pada pemimpin mereka, biarlah mereka yang uruskan semuanya, asal Malaysia aman selamanya.

Dan saya...........sebagai isteri kepada pegawai kerajaan Malaysia, dinasihatkan jangan berkata apa-apa. Sebab nanti akhirnya kena semula kebatang hidung saya. Sebab nanti takut sang suami dimasukkan ke bilik bicara dan dituduh pengkhianat negara. Sebab nanti dikatakan tak bersyukur pula kononnya suami dibayar dengan wang hasil pendapatan cukai negara.

Arghhhhh...saya tak kira, saya suka cakap apa yang terfikir diminda. Jangan ada yang cuba nak halang saya!!!

Nilai 15sen dan 20sen memang kecil pada kita. Tapi........tidak pada yang lainnya. Tapi, jangan lupa, nilai 15sen dan 20sen itu pasti akan bernilai bila tangki dipenuhkan. Boleh beli beras bagi keluarga makan...iyekannnn....?

Tapi......bukan kenaikan 0.15 atau 0.2 yang saya nak kata sebab nanti jemu jelak pulak awak awak semua membaca sebab kalau cerita kisahnya sama saja caci makinya serupa. Yang saya nak kata.....apa akan jadi selepas ini hanya kerana 0.15 dan 0.2....???

Dulu saya bawa duit belanja ke sekolah limapulohsen saja, naik menengah up sikit lagi limapulohsen sebab sekolah dari subuh sampai maghrib. Takde balik makan tengahari, pandai-pandailah macam mana nak isi perut sendiri. Walhal seringgit yang mak beri buat tambang balik rumah naik teksi....owhhh dulu bukan teksi tapi prebet sapu. Duduklah kat celah-celah ketiak masam dan busuk.

Ayah saya gaji tak sampai seribu, mak duduk rumah ambil upah jahit baju.
Tapi itu dulu...duit seribu tampung keluarga 7 kepala.
Itu lebih 20 tahun dulu....

Kami tak makan dikedai, harga sebenar mee sepinggan kami tak tahu. Tapi kata orang hanya seringgit setengah waktu itu. Sekarang dah puluh tahun berlalu. Harga minyak naik turun tak menentu. Nampak tak apa yang saya nak beritahu?

■ semalam minyak naik 20sen - disusuli mee goreng naik 20sen
■ hari ini dah stabil minyak turun 20sen - tapi mee goreng kekal tak turun sesen
■ esok minyak naik semula 20sen - mee goreng pun naik lagi 20sen
■ lusa minyak turun 20sen semula - harga mee goreng tetap sama
■ tulat minyak naik lagi 20sen tidak ditaja - seperti biasa mee goreng akan naik juga 20sen, nak taknak bayar jer.

Begitulah seterusnya mengikut putaran masa. Sebab apa, masing-masing cuba kaut keuntungan naikkan harga. Owhhh...PENYELESAIANNYA.... jangn makan mee gorengnlah yea.! Awak semua..... itu contoh mudah dari saya. Tukarkanlah mee goreng dengan makanan kesukaan kamu semua, barulah nampak apa yang saya nak kata.

Jadi...macam mana?
Siapa yang patut dipersalahkan atas kenaikan harga minyak dunia?
Apa yang sepatutnya dilakukan agar rakyat jelata tak meroyan sumpah seranah merata?
Menteri mana yang tak sepatutnya duduk diam bersila tak buat apa-apa?

Sudahlah....fikirlah...
Caci maki sumpah seranah tak bawa kemana
Dosa bebakul tak tepikul nak tuang kat siapa
Esok-esok tu turunlahhhhh ia.....

Sila jaga bahasa, Allah ada dimana-mana ♥♡

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

04 September, 2013

TANDA PUTERA KARYA ULUNG NEGARA

Alhamdulillah......akhirnya filem yang ditunggu-tunggu telah berlayar di panggung-panggung seluruh negara kecuali di Pulau Pinang.

'TANDA PUTERA' arahan pengarah hebat Datuk Paduka Shuhaimi Baba telah mula ditayangkan pada 29 Ogos 2013 iaitu dua hari sebelum kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56. Saya hanya berkesempatan menonton filem ' TANDA PUTERA' pada hari ke-5 tayangan iaitu pada 2 September yang lalu. Pada saya filem 'TANDA PUTERA' wajib ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur terutama golongan muda tidak kira apa kaum dan agama.



Filem ' TANDA PUTERA' sebenarnya mengisahkan kehidupan dua tokoh negarawan Malaysia - Almarhum Tun Abdul Razak dan Almarhum Tun Dr. Ismail, bagaimana dua tokoh ini membina semula negara ketika berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran. Negara yang baru 12 tahun merdeka, berdepan dengan penentangan bersenjata komunis, politiking melampau kaum cauvinis dan rasis, kemiskinan bangsa Melayu di negara sendiri, agihan dan penguasaan ekonomi oleh kaum bukan Melayu,
kemunduran anak Melayu dari segi pendidikan moden, ketiadaan peluang perniagaan untuk orang Melayu, dan pelbagai lagi rintangan dan cabaran yang dihadapi pada masa itu. Sementelah lagi, cabaran terbesar kedua tokoh ini ialah kedua-duanya mengetahui umur mereka tidak panjang. Kedua-duanya sedang menghadapi masalah kesihatan yang kritikal dimana Almarhum Tun Razak dengan penyakit leukemia; dan Almarhum Tun Dr. Ismail dengan penyakit jantung yang kronik.

Pengalaman menonton 'TANDA PUTERA' dengan sang putera di hati saya benar-benar memberi impak besar. Beliau yang sangat arif dengan hal-hal selok belok negara serta pelajar terbaik dalam matapelajaran sejarah sejak di bangku sekolah hingga menjadi siswazah, telah menjadi reference buat saya lebih mengenali setiap watak yang muncul.

Katanya....setiap yang berlaku iaitu yang dilayarkan adalah benar. Itulah sejarah Malaysia yang kita perlu tahu. Katanya lagi, para researcher yang berganding bahu dalam filem ini sangat hebat kerana setiap inci kejadian diteliti.

Persoalannya sekarang... kenapa ada segelintir kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman yang beriya-iya sangat menentang penayangan filem ' TANDA PUTERA' ini?
Sebenarnya kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman tidak mahu rakyat terutamanya golongan muda mengetahui bagaimana jijik dan kotornya politik rasis, cauvinis dan pelampau perkauman yang mereka mainkan pada masa itu. Memang tidak diragui, ramai anak muda dan belia masakini tidak tahu menahu langsung tentang sejarah negara. Mereka terpukau dan terpedaya dengan mainan topengan politik yang diberi label demokrasi, hak asasi dan anti-korupsi yang dimainkan oleh kaum cauvinis, rasis dan pelampau perkauman sekarang!

Rentetan peristiwa sebelum dan selepas berlakunya Tragedi 13 Mei merupakan sesuatu sejarah penting yang perlu diimbas kembali. Apa sebenarnya MOTIF kumpulan tertentu yang berpura-pura membantu kemakmuran Negara, hakikatnya mereka mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan KUASA dan HAK KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh peribumi serta dengan seronoknya mereka melihat Melayu merempat di tanah air sendiri.

Wahai anak bangsa! Bangunlah, sedarlah, kerana keamanan yang ada ini tak akan kekal lama sekiranya kita masih terpedaya dengan bisikan, asakan, amukkan mereka yang suka kepada kehancuran. Wahai golongan muda dan belia masakini yang dikenali sebagai Gen-Y, ambillah tahu, carilah tahu, banyak perkara yang perlu kamu tahu....

● Bagaimana bangsa Melayu dibangsatkan dengan slogan "Malai-si"

● Bagaimana Raja-Raja Melayu dan institusi Melayu dihina dan diperlekehkan!

● Bagaimana hak istimewa Melayu-Islam yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dipertikaikan dan cuba dihapuskan!

● Bagaimana negara Malaysia ini dahulunya adalah negeri orang Melayu dibawah kuasa mutlak Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu!

● Bagaimana orang Melayu begitu tinggi sikap toleransi dan tolak ansurnya sanggup menerima dan memberikan kewarganegaraan kepada kaum pendatang Cina dan India yang diimpot oleh penjajah British ke Tanah Melayu!

● Bagaimana kemudiannya kaum cauvinis mendakwa orang Melayu bukan anak watan dan peribumi Negeri Persekutuan Tanah Melayu ini!

● Bagaimana orang Melayu dihina oleh peniaga-peniaga cauvinis yang menggunakan kaki untuk menunjukkan barang yang mahu dibeli oleh orang Melayu!

● Bagaimana polis Melayu dimaki hamun dengan kata-kata 'polis Melayu lancau'!

● Bagaimana orang Melayu dipanggil 'sakai' dan disuruh masuk hutan!

● Bagaimana orang-orang Melayu yang sedang menonton wayang dibunuh kejam dalam panggung setelah amaran menyuruh penonton bukan Melayu dikeluarkan dalam tulisan Cina!

● Bagaimana Mak Minah, pelakon terkenal zaman itu (saperti filem "Masam-Masam Manis, Anak Bapak" dan lain-lain) dibunuh kejam di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur!

● Bagaimana Pak Kasim, seorang pejuang Melayu dibunuh kejam di sebatang jalan di Jelutong, Pulau Pinang dengan jenazahnya dihina dan kemudian disimbah dengan cat merah!

● Bagaimana beberapa orang Melayu dibunuh di Setapak, Kuala Lumpur dalam perjalanan mereka ke Kampung Baru.

● Bagaimana orang Melayu dizalimi termasuk dibunuh kejam dizaman cauvinis komunis menjajah negara selama 21 hari

● Bagaimana terancamnya kehidupan pasukan polis semasa itu, sehinggakan Ketua Polis Negara boleh dibunuh oleh cauvinis komunis semasa di dalam kenderaan di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.

Semuanya ada dipaparkan di dalam 'TANDA PUTERA'.

Filem ini tidak racis, tapi memperlihatkan hal sebenar yang berlaku kerana ada DALANG di sebalik setiap peristiwa.

Pergilah tonton, kerana anda semua KENA AMBIL TAHU!!!

# percaya atau tidak, putera dihati saya boleh menitiskan air mata hanya kerana 'TANDA PUTERA'

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

01 September, 2013

A.K.U.T.A.K.P.A.H.A.M

Aku...yea itu saya...Aku tak paham, yea sungguh saya tak faham
Banyak sangat hal yang kita tak faham
Sama ada tak faham atau buat-buat tak faham
Banyak sangat tanda ? pun susah, lagilah kita tak faham.

● kenapa dunia kini semakin kejam?
● kenapa nyawa kini semakin murah?
● kenapa darah kini mudah melimpah?
● kenapa manusia kini kian berubah?

Antara kita...yea sesama kita...
Aku tak paham, yea saya semakin tak paham
Antara kita, yang memahami hati sesama sendiri
Antara wanita
Antara lelaki
Antara suami isteri
Antara adik beradik sendiri
Antara sahabat-sahabat sejati
Antara muslimat muslimin.

Wanita...kenapa menyakiti hati wanita lain?
Sudah habiskah lelaki sampai sanggup berkongsi hingga menyakiti?
Tak habis mencuri, malah tamak haloba merampas semua harta dunia yang ada.

Lelaki...kenapa tak mahu ikut sunah nabi?
Sanggup berbini-bini tapi abai tanggugjawab sendiri
Mulut manis menabur janji tapi akhirnya memungkiri

Suami isteri...kenapa ikatan murni sanggup dikhianati?
Bersuami isteri berjanji susah senang sehidup semati 
Tapi kenapa beban dirumah isteri tanggung sendiri
Sedangkan sama-sama keluar dikala fajar mencari rezeki

Adik-beradik... perlukah menyusahkan sesama sendiri?
Bukankah ikatan itu membuatkan kita saling memahami?
Dari rahim si ibu benih yang sama walaupun tak serupa
Salinglah menyelami hati-hati yang disayangi
Jangan suka buat hal sendiri hingga ada yang memendam rasa sakit hati.

Sahabat sejati...seriuskah mengklasifikasi yang mana playwood yang mana jati?
Tapi akhirnya tega menyakiti mengkhianati hanya kerana iri hati
Fitnah sana sini sedang dibibir dialah teman sejati
Hingga sahabat tidak jati memandang dengan lirikan jelingan penuh erti.

Muslimin muslimat... bukankah kita menghadap kiblat yang sama?
Allah itu maha berkuasa, Dia yang mengatur semuanya, dan kita redha
Tapi bukan alasan untuk kita lakukan apa saja ikut suka
Dan menyalahkan takdir semata tanpa berusaha lakukan yang terbaik untuk kita.

Antara kita... aku kau dia dan mereka mengenali sesama sendiri
Kecil hati...... sakit yang payah diubati
Mengambat hati... membuatkan kita sering tersenyum sendiri
Hati-hati dengan kata-kata "susah cari kita"
Ayat itu sangat berbisa, jangan sampai kata itu ternoktah untuk kita.

#sungguhakutakpaham#

Dan pasti masih ada yang tak paham, kenapa saya menghilang dari dunia maya. Sungguh belum terdaya bercerita, hal-hal dunia penuh pancaroba, dengki, khianati, iri hati, sakit hati... Sesungguhnya saya memang tak faham, kenapa saya, tapi adakah mereka-mereka juga dikalangan kita pernah merasainya. Belum bersedia hendak bercerita.

Dan akhir-akhir ni, saya sangat tak paham...
★ kenapa KL Gangster 2 boleh bocor
★ kenapa gawang JDT mudah bocor

Hahahahaha......

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget