N3 ini saya nak tujukan pada My Luvly Emma yang sedang mengandung kembar serta ibu-ibu mengandung yang lain. N3 ni adalah mengenai pisang dan puasa ketika hamil. Kenapa pisang? Tapi saya rasa ramai dah tahu kenapa pisang.
Beberapa hari ni saya sering ditanya oleh adik-adik & rakan-rakan di pejabat, bagaimana rasanya waktu saya berpuasa ketika mengandung. Hurmmmm...seingat saya, kedua-dua anak, saya dapat merasai pengalaman mengandng di bulan puasa. Masa anak yang sulung tue...kalau tak silap masih awal lagi usia kandungan, so tak terasa sangatlah. Tapi masa anak kedua, perut dah memuncung sewaktu ramadhan. Nikmatnya, tahun selepas itu tak payah fikir nak ganti puasa punnnn....
Apa rahsianya boleh bertahan dari subuh sampai ke maghrib sedangkan dalam perut ada nyawa?
Pertama; sebab memang nak puasa dan nak rasai pengalaman yang indah itu. Dengan kata lain, nak ajar anak dalam kandungan berpuasa seawal dalam perut lagi....cheeewah.
Kedua; sebab merasakan inilah anugerah yang Allah nak bagi. Selain dapat menjaga kandungan agar tak over weight sebab asyik makan jer tak sudah-sudah.
Ketiga; sebab inilah masanya nak berpuasa penuh dan berterawih setiap malam. Tengoklah, saya bukannya dapat mengandung seiap tahun kannnnn....
Keempat; sebab dapat makan pisang setiap pagi, takpun malam. Ayah saya sukaaaa sangat beli buah setiap hari, so saya makan ajerlah.
Kenapa nak kena makan Pisang??? Cer tengok setiap perkataan pisang, saya akan link kan ke N3 saya sebelum ni tentang Pisang oh Pisang..
Pisang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi. Menurut kajian 2 biji pisang boleh memberikan tenaga selama 90 minit untuk seseorang itu melakukan aktiviti senaman tanpa mengambil makanan yang lain. Haaaa, tu bagi yang bersenam dan memerlukan banyak tenaga. Tapi, bagi ibu-ibu mengandung yang berpuasa takkan pagi-pagi dah nak pergi berjogging plak kannnn... Selain itu juga, kandungan tryptophan pada pisang boleh membuatkan orang yang memakannya berasa tenang dan gembira. Nak tau apa tu tryptophan, sila klik tryptophan. Aturan makan pisang yang lebih sempurna adalah dengan sesudu madu.
Kemudian, bagi yang asyikkkkkk jer nak datang gastrik dan ulser pada bulan puasa ni untuk dijadikan alasan takmo puasa, makanlah pisang yeaaaa....
Walaubagaimanapun......bagi ibu-ibu mengandung yang telah disahkan kandungan gulanya tersangatttttttttttlah tingi, sila elakkan makan pisang. Sebab pisang mengandungi lebih kurang 20% kandungan gula dalam setiap gram pisang. Maka seelok-eloknya, jagalah pemakanan anda.
Satu lagi maklumat yang nak saya kongsikan di bulan puasa ni adalah.........
Kurangkan minum susu di waktu bersahur untuk mengelakkan mulut berbau (Halitosis). Kalau nak minum susu tue, disarankan minum dulu sebelum makan sahur atau sebelum masuk tidur. Dan sebaik-baiknya selepas makan sahur tue, gosoklah gigi, lidah dan langit-langit agar ruang lingkup mulut kita tidak dipenuhi dengan bakteria. Dan seperti yang semua orang tahu laaaaa, jangan makan petai, jering, bawang dan yang seangkatan dengannya sewaktu sahur utk elakkan mulut berbau.
gambo curik kat pokcik google
Petang ni nak berbuka puasa dengan Naufal & Naqeeb. Mama, Papa, Danish, Aqil, Atok & Nenek dah rinduuuuuuuuuuuuu sangat kat kamu berdua. Jangan tak jadi yea.
21 comments:
Wah! Perkongsian info yang menarik nih!
So, lepas ni kena la borong pisang banyak2.. HEHEH!
pisang memang tahan tuk perut erk..nak cari pisang la kalo gni..
cik na pun suka sangat pisang. lepas ni sahur kena makan pisang sebijik. :)
tatau knapa edy tak suka pisang.huhu padahal sangat bgus..susu pon baru je start minum
ska gk mam pisang,nice info
suka pisang gak!!^^
wow nice info pasal pisang n susu ni.i loikeee
info yg menarik..lepas ni mkn pisang lah..gastrik..huhuh
pisang mmg banyak khasiat...qalief pun suka pisang...tambah klu time dia sembelit wani bg mkn pisang jer hihi
perkongsian yg menarik... sy jarang makan pisang walaupun tiap2 minggu mak belikan pisang... bila teringin baru makan... :D
siapa sangkakan..pisang yang secotet tu byk gak khasiatnya.. :)
info yg bagos...sk makan pisang sbb pisang bole melancarkan proses penghadaman..hehe :)
kat umh ad tanam pisg,tp slama ni wt gorg je.rupany byk kelebihan.thks for sharg.
wahh..! rupe nye saye ljar berpuase sejak dalam perot lagi..huhu, *baru tau* ingin batak rase nye..hehehe
kite ade gastrik teruk.. so, kena mkn pisang laa mcm nie.. huhu
owh.. baru tau.. kalau gastrik ni elok makan pisang ye..
Salam Sis CiM, sori sgt2, baru berksempatan jenguk umah sis ni...
bz keje sampai nak update blog pun lewat petang semalam, terperasan comment sis, tengs so much atas entry ini, pas ni, saya nak makan pisang la... hope baik utk saya dan twin, Insyaallah, tengs again Sis!
ooo makan kurma pun elokkan?tapi ada sesetengah kata makan pisang banyak angin mcm mana2?tang tak susu buat mulut berbautuh baru tahu=)tq share!
apepun pisang kalau digoreng memg sodapppp....hihi
pisang sedap bile dibuat banana split. hehe.
nurulnie tak pernah ada pengalaman lagi berpuasa n hamil.hah 2 kalidah bulan puasa nurul berpantang..huhu ilmunie bagus tuk nurul,mana tahu lepasnie terkena hamil di bulan ramadhan..nak2 nurul ada gastrik mmglah kena kutip ilmunie.tq cim
Post a Comment