Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55 tahun.
Semoga diri kita bebas dari segala jenis penjajahan. Lebih-lebih lagi dalam zaman teknologi yang serba canggih nie. Pihak Yahudi dan pihak-pihak lain yang sering saja mahu menjajah dan menyesatkan kita akan menggunakan segala bentuk medium yang ada. Yang mudah terpengaruh pasti akan tersasar dan secara tidak langsung, sebanarnya dijajah secara halus tanpa disedari. Jadilah diri anda sendiri, berpaksikan ketimuran, lebih-lebih lagi yang beragama Islam, jalanilah kehidupan yang berlandaskan Sunnah dan Hadis. Jangan mudah terikut-ikut dengan arus kemodenan yang dicipta oleh orang-orang di Barat sana yang akhirnya membawa kita ke jalan yang tidak diredhai Allah s.w.t.
Malam semalam saya sekeluarga menerima jemputan Marhaban dari penduduk taman perumahan saya. Ramai betul yang hadir, berdiri sahaja dan memenuhi segenap pelusok rumah say yang comel itu sampaikan ada yang terpaksa berdiri di luar juga. Nasib baiklah saya sudah biasa dengan kunjunga, selain hidangan di dalam rumah, saya juga menyediakan hidangan di luar rumah untuk santapan tetamu yang tak berjaya masuk ke dalam. Kanak-kanak pun alhamdulillah ramai, sediakan duit raya 30 keping tak cukup, akhirnya 5 orang terakhir tepaksa kami bagi sekeping not RM5 untuk mereka share. Hahahaha....boleh pulak macam tue..
Jamuan malam semalam adalah roti jala cecah kari, roti potong (buat tambah-tambah), wajik buatan mak saya, rendang ayam buatan mak mertua saya, serta kuih-muih & biskut raya. Terima kasih pada Shareena yang sudi membantu dan menemani saya di rumah sampai pukul 12 tgh malam kami bersembang. Syok-syok bersembang tue, terdengar juga dentuman mercun di sana-sini menyambut Kemerdekaan.
Malam tue, selepas hantar Shareena balik (rumah dia sebelah taman saya), kami berkemas-kemas nak balik kampung sebab en.Hubby ada perbarisan peringkat Negeri Johor yang diadakan di Kluang. Jarak bandar Kluang dengan rumah en.Hubby lebih kurang perjalanan 45 minit saja. Bergerak balik dari rumah ke kampung pukul 2 pagi, saya yang memandu sebab nak suruh en.Hubby berehat kumpul tenaga untuk perbarisan esok hari (actually pagi tadi)
p/s: Sedang tonton HATI MALAYA 1957 di Astro Citra
Akhir sekali........ saya dengan berbesar hati mengucapkan;
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN,
MERDEKAKANLAH DIRI ANDA,
JANGAN BIARKAN KITA DI JAJAH LAGI!!!