Assalamualaikum.
Setiap
kali bulan Ramadhan, selalu kita mengimpikan untuk menemui malam yang
cukup istimewa, Malam Lailatul Qadar. Dimana menurut banyak keterangan
bahawa Malam Lailatul Qadar itu terjadi pada 10 malam terakhir di bulan
Ramadhan.
Dimana dimalam itu lebih baik
dari seribu bulan, dengan kita beribadah dimalam tersebut. Dan bukankah
disetiap hari itu baik, asalkan kita isi dengan berzikir kepada Allah
SWT.
Malam Lailatul
Qadar sering di sebut malam seribu bulan, bahkan kalau yang melakukan
ibadah dimalam tersebut pahalanya sama dengan ibadah seribu bulan.
Firman Allah SWT:
Sesungguhnya
Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara
yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu?
Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan.
Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka
membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun
berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.
(al-Qadr: 1-5).
Sayyid Qutub dalam tafsir Fi
Dzilalil Quran menyatakan, malam Lailatul Qadar bermandikan cahaya
Allah, cahaya malaikat, dan cahaya roh sampai terbit cahaya fajar.
Rasulullah saw. menyuruh kita menghidupkan malam itu,
”Barangsiapa bangun untuk ibadah di malam Lailatul Qadar, dengan iman dan harapan, akan diampuni dosa-dosanya yang lampau.”
Apakah Lailatul Qadar?
Makna
Al-Qadr, menurut sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud
pengagungan. Disini dapat kita fahami bahawa Malam Lailatul Qadar
bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada
malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan
keampunan Allah serta Allah akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan)
kepada mereka yang beribadat pada malam itu.
Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, Lailatul Qadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya.
Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, Lailatul Qadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya.
Bilakah Berlaku Lailatul Qadar?
Sabda Rasulullah SAW:
Sabda Rasulullah SAW:
Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadan.
(riwayat al-Bukhari di dalam sahihnya, 2017)
Dalam sabdanya yang lain baginda SAW menyebut:
Dalam sabdanya yang lain baginda SAW menyebut:
Carilah
(lailatulqadar) pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau
tidak mampu, janganlah Dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki
tujuh malam terakhir.
(riwayat Muslim di dalam Sahihnya, 1165).
Daripada
kombinasi hadis di atas dapat kita simpulkan bahawa, kita sepatutnya
menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula 10 malam terakhir
pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29.
Sumber: Mencari Lailatul Qadr' (google)
sumber gambar : google
16 comments:
untungnya kalau dapat bertemu malam al-qadar.
penetapan tu maksudnya penetapan segala urusan yg bakal berlaku pada kita utk tahun berikutnya ye kak?
Wallahualam Chic Na, hanya Dia sahaja yg mengetahui rahsia lailatul Qadar
jd,,,di mlm2 terakhir ni harus manfaatkannya... mana tahu,,salah 1 mlm..tu kita terpilih..insyallah..
tp..mlm2 terakhir ni..ramia y berasak k bandar.. huhu..
Sama2 la kita mencari Lailatul Qadar..nice sharing
tq..dh tukar warna tulisan...biru yg nie...okey..dah tak silau mata saya membacanya...
nice entry..
tahun dpn entah berpeluang bertemu lailatul qadar atau pun tak kan..huhu
sama-samalah kita cari lailatul qadar..rugi kalau lepaskan peluang ni
nice dear..samam2 kitatingkat ibadah 10 malam terakhir ini
sangat beruntung kalau dapat jumpa malam itu....
kak CIM...
Tak pe ke bagi Alesya je...hee cian akak..baru ingat nak belanje topap...pakai bil upenye..:)
bertuah kalu dpt bertemu malam lailatulqadar...manfaatkan sepenuhnya 10 malam terakhir
insyaallah semoga Allah merahmati kita sekeluarga n insyaallah ibadah dibulan ramadhan diteruskan seperti biasa
sgt bertuahnya kalau kita insan terpilih itukan..
subhanaALLAH...
Tp ramai yg menghabiskan masa mlm2 terakhir ni di pusat2 jualan dan bazar2. Sampai ke subuh org penuh sesak.....huhuhuuu
samalah kita mencarinya. moga mendapat keberkatan :)
untungnya sape2 yang jumpe malam berkat tuu :')
sama2lah kita mencarinya... dan semoga Allah mempermudahkannya...
Post a Comment