31 August, 2012

~~ Marhaban dan Ambang Kemerdekaan ~~

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera....

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55 tahun.



Semoga diri kita bebas dari segala jenis penjajahan. Lebih-lebih lagi dalam zaman teknologi yang serba canggih nie. Pihak Yahudi dan pihak-pihak lain yang sering saja mahu menjajah dan menyesatkan kita akan menggunakan segala bentuk medium yang ada. Yang mudah terpengaruh pasti akan tersasar dan secara tidak langsung, sebanarnya dijajah secara halus tanpa disedari. Jadilah diri anda sendiri, berpaksikan ketimuran, lebih-lebih lagi yang beragama Islam, jalanilah kehidupan yang berlandaskan Sunnah dan Hadis. Jangan mudah terikut-ikut dengan arus kemodenan yang dicipta oleh orang-orang di Barat sana yang akhirnya membawa kita ke jalan yang tidak diredhai Allah s.w.t.

Malam semalam saya sekeluarga menerima jemputan Marhaban dari penduduk taman perumahan saya. Ramai betul yang hadir, berdiri sahaja dan memenuhi segenap pelusok rumah say yang comel itu sampaikan ada yang terpaksa berdiri di luar juga. Nasib baiklah saya sudah biasa dengan kunjunga, selain hidangan di dalam rumah, saya juga menyediakan hidangan di luar rumah untuk santapan tetamu yang tak berjaya masuk ke dalam. Kanak-kanak pun alhamdulillah ramai, sediakan duit raya 30 keping tak cukup, akhirnya 5 orang terakhir tepaksa kami bagi sekeping not RM5 untuk mereka share. Hahahaha....boleh pulak macam tue..

Jamuan malam semalam adalah roti jala cecah kari, roti potong (buat tambah-tambah), wajik buatan mak saya, rendang ayam buatan mak mertua saya, serta kuih-muih & biskut raya. Terima kasih pada Shareena yang sudi membantu dan menemani saya di rumah sampai pukul 12 tgh malam kami bersembang. Syok-syok bersembang tue, terdengar juga dentuman mercun di sana-sini menyambut Kemerdekaan.





Malam tue, selepas hantar Shareena balik (rumah dia sebelah taman saya), kami berkemas-kemas nak balik kampung sebab en.Hubby ada perbarisan peringkat Negeri Johor yang diadakan di Kluang. Jarak bandar Kluang dengan rumah en.Hubby lebih kurang perjalanan 45 minit saja. Bergerak balik dari rumah ke kampung pukul 2 pagi, saya yang memandu sebab nak suruh en.Hubby berehat kumpul tenaga untuk perbarisan esok hari (actually pagi tadi)

p/s: Sedang tonton HATI MALAYA 1957 di Astro Citra

Akhir sekali........ saya dengan berbesar hati mengucapkan; 

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN, 
MERDEKAKANLAH DIRI ANDA, 
JANGAN BIARKAN KITA DI JAJAH LAGI!!!

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

18 comments:

Nurul Husna Mohd Hassan said...

merdeka! :)

Rohani Hashim said...

waaa serononya meriah. hany xpernah alami marhaban mcm ni sbb kt ganu xde buat mcm ni.

Rohani Hashim said...

waaa serononya meriah. hany xpernah alami marhaban mcm ni sbb kt ganu xde buat mcm ni.

Maiyah said...

slmt hr merdeka ;)

Si Matatajam said...

Salam Merdeka yg ke 55... M pun layan crita tu gak..Walaupun dah layan banyak kali tetap tak jemu.....patriotik sungguh diriku ini.. Ha ha..

Miss N™ said...

meriahnyaa..!
sedap betul tgk roti jala tu..!

salam merdeka kak niena.. :)

Solehah Shamsuddin said...

selamat menyambut hari kemerdekaan CIM

Unknown said...

MERDEKA!!!!!!!!!!!

Mr. Doctor said...

selamat hari merdeka jugak... terliur betol tngok roti jala tu =___________=

Chic Na said...

meriahnya. kat kelantan takde pun macam ni. favret cik na tu roti jala cicah kari. ;)

Selamat menyambut kemerdekaan ke-55 juga.

Unknown said...

selamat merdeka...

Masha Meisters said...

merdeka! merdeka! merdeka!
hihi....lau bagi kite,kite xnak share au...nak note yang kale2 pelik tu....kekekeke

E'in said...

si reen nie xreti lek umah mandi, tukar baju dulu ke? hahahahaha

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

salam kemerdekaan tuk cim dan kluarga :)

lelamaisara said...

Merdeka merdeka ....eh dah terlamabt eh...tak pe la nak ucap jugak..selamat hari merdeka......

dya nasir said...

sedapnya dya tgk roti jala tu

9n0L4 said...

salam merdeka dan slmt hari malaysia ye. better late than never kan. ;)

mummyrinazone beauty said...

nurul kalau setiap kali merdeka mmg geleng kelapa tgk budak2 rempit yang tah apa2 yang mabuk2 n kebanyakkan remaja buat mslah..huhu mmg tal merdeka sungguh depa ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...