Ucapan terlewat 3 hari kerana dah nak masuk raya ke-3. Disebabkan beraya sakan, sampai tak sempat nak ucapkan Selamat Hari Rara kepada anda semua. Walaubagaimanapun, anda semua tetap di hati saya. bagi yang dah dapat kad raya dari saya tue, harap kemaafan sudah diterima dari awal dan sudah selamat di ampunkan.
Tahun ni kami berpurplerlishesh....
Salam Lebaran dari kami.....
Perasan tak, hari raya tahun ni, 2 puak bersatu....cheewah, secara kebetulan pulak ada 2 tone warna. Mak & Ayah boleh pulak layankan aja warna kami.....hehehehe....
With luvly sister,. Muka ada sama???
Nak berpantun sikit eahhh...
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya antaranya sudah di hantar
Kiriman MMS & SMS pun ada juga...
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba sahaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Saya akan buat beberapa entry malam ni, antaranya....
Convoi raya ke Melaka, Muar & Batu Pahat
Tapi...semuanya biaralah gambar yang bercerita....
6 comments:
slmt hari raya :)
tema purple tahun ni :)
slmt hari raya. maaf zahir batin. ;)
salam aidilfiti buat CiM sekeluarga
selamat hari raya ketujuh kak. cik na baru nak beraya ni. hikhik..
selamat hari raya maaf zahir batin...maaf klu ada slh silap wani sepanjang kita kenal yer CIM
Post a Comment