18 August, 2012

Suasana Petang Raya... Seronoknya :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Actually kami terlepas pengumuman raya tadi. Punyalah cega, tetiba ada plak tangan yang gatal pi tune channel lain...maka takdalah pengumuman. Tapi tak bermakna tak bleh raya kannnnn......

Malam ni akan ada gerak gempur masak lodeh. Ketupat dan serunding dah siap, tinggal nak masak lodeh, udang sambal dan ayam rendang. Huhuhu....tak tido lah malam nie. Tapi...tak kesah pown, raya punya pasal. Kalau tak raya pun, memang tak tido pown, sebab bila dah berkumpul ramai-ramai, takda maknanya mata ni nak lelap. Berborak sampai pagi...kihkihkih  kihkihkih  kihkihkih... ketawa terkikih kikih...

Tengok, beg balik kampung saya....giler penuh boot kereta. Adik saya kata, saya macam nak pindah terus...adakerrrr....chittttt!


Jom tengok aktiviti kami siang tadi sampailah waktu berbuka untuk kali terakhir tahun ini...

Tengok, skang ni umah nenek dah jadi macam siber cafe. 4 biji laptop tenganga, tu lom kira lagi masing-masing punya hp, tab, ipad...p0y0... last2 bebual pown kat dlm fb. SengaL!


Apa yang khusyuk sangat tue, kanak-kanak 3 orang Aqil, Aleeya & Dini.


Owhhhh....Kak Aleeya tengah main masak-masak. Uda-udah lah tue kak oiii, meh tolong Mama masak kat dapur lagi bagus. Kanak-kanak siber skang ni, main pondok-pondok pown kat komputer.


Tengok, abang buat apa lak tuew....owhhh Mak Ngah tengah ajar buat ketupat yeaa...


Inilah hasilnya....


Ni Papa plak tengah layan Astro lebih 100 channel, ABO, Astro First, sumer ado. Haaaa tengok la TV tue sampai lebam yea Papa... Sapa nak subscribe? Bil tahunan RM300 jerr....masyukkKKkkKk... 
(seperti biasa, PM me...hehe macam jual baju kat fb plak)


Haaaa yang ni sorang lagi menantu kat rumah nie. Pak Ngah nie, memang camnie. Dia tengah buat kojer tue...udah-udah ler. Kan dah uti raya, worker-ho-lick btul lah dia ni.


Bila ketupat dah siap anyam, mak sorang jer yang pandai isi beras...


Ayah memang suka cantikkan rumah.  



Ni Jonie, nak tolong masak untuk berbuka.


Nilah hidangan berbuka terakhir kami.


Makan sambil tonton Karot Komedian. Gelak sampai retak perut. Miahahahaha......


Suasana rumah ni skang tengah riuh rendah. Memang sampai ke pagilah suasana nie. Jiran-jiran sila tekap telinga dengan bantal yea, sebab menjelang 3 pagi, suara kami akan seperti mengilai sebab ketawa tak henti-henti...Owhhh, kami tak main bunga api atau mercun sebab ada anak dara di rumah nie...hehehe...


SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!!!!!!


Nota sedih : Pagi esok mesti pilu, sebab Naufal & Naqeeb tidak bersama kami


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

14 comments:

tauhhid said...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI to you my friend....salam aidilfitri untuk anda sekeluarga.....hehehehe

Chic Na said...

meriahnya berkumpul ramai2.

salam aidilfitri utk kak CiM sekeluarga. maaf zahir & batin. ;)

Himawari Mirsada said...

slmt hari raya CM..

Si Matatajam said...

Pandainya abg buat ketupat..ajaq la auntie M buat...Salam Aidilfitri...

Unknown said...

haishh.. betullah.. macam nak pindah terus je..hehehe

mamawana said...

Salam Idilfitri.. malam raya bestkan. Last solat Jemaah Isya di Mesjid, last shopping mlm raya, last berbuka kat luar dan last minute kemas rumah kemas hall dan siapkan meja hidangan utk cookies. Balik kg bestnyer..

Masha Meisters said...

seronok berkumpul ramai2....samelah gn family masha kalau dah berkumpul memg pot pet je sampai ke pagi...ada je yang xkena...haha

dieyna said...

meriah brg wat blik kg.. selamat hari raya...

ஜ miss klanika ஜ said...

salam lebaran ye . maaf zahir batin .

lelamaisara said...

saya pon kalu balik kg ke nak g mane ke...memang banyak beg..hehehe..kalu leh semua nak bwak...

Nurul Husna Mohd Hassan said...

dah raya ke-5 dah hari ni. cepatnya masa...

9n0L4 said...

setahun bayor 300 aje ke? huhu. cmne buat tu? ;)

Miss N™ said...

kalau ada berkumpul reramai tu, mmg xdenyer nak tidokan...

setahun rm300..? menarikk..mcm mana tu..?

Miss N™ said...

kalau ada berkumpul reramai tu, mmg xdenyer nak tidokan...

setahun rm300..? menarikk..mcm mana tu..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...