20 September, 2013

MUHASABAH DIRI

Salam Jumaat Semua....

Saya nak share dua kata-kata hikmah dari Ustaz Kazim Elias pada semua pembaca. Kita kongsi sebab kita suka, kadangkala kongsi sebab ia ada kene mengena dengan kita. Kene mengena dengan saya, dan bila saya kongsi bermakna saya juga mengingatkan diri saya.

Jaga mata, jaga hati, jaga tingkah laku, jaga perasaan. Semuanya kita perlu jaga untuk hidup lebih bersederhana. Tidak riak, tidak ujub, tidak takbur, tidak sombong. Sebab tindakan-tindakan negatif seperti itu akan membuatkan kita tinggi diri sehingga tak mampu tunduk ke bawah menginsafi.





Allah...... sesungguhnya Allah sering menguji kita. Antara kita sedar atau tidak, apa yang berlaku disekeliling kita adalah ujian untuk kita. Boleh jadi apa yang kita benci itu adalah sesuatu hal yang terbaik buat kita. Begitu juga sebaliknya, pasti ada kebaikan yang Allah hendak berikan disebalik kesukaran yang kita alami.

Mungkin ramai antara kita tak mahu diganggu oleh peminta sedekah sewaktu sedang menikmati makanan. Pastinya ramai juga antara kita tak suka mengekori kereta buruk yang bergerak perlahan di jalan raya. Tapi, adakah peminta sedekat itu dan pemandu kereta buruk itu bahagia atau tidak dengan kehidupan yang dilaluinya?

Apa yang saya pelajari kebelakangan ini, dan cuba perbaiki diri adalah; cuba untuk fahami masalah orang lain sebelum meluahkan masalah kita pada orang lain. Ingatlah, bila kita susah, pasti ada yang lebih susah dari kita. Kalau tak mampu membantu dari segi material, cukuplah sekadar doa agar segala yang dihadapi oleh mereka dipermudahkan.

Allah Maha Besar.....

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

19 comments:

eMMe said...

Salam Kak Nina,

bila saya baca baca ayat-ayat dlm kotak2 tu, wat insaf diri ini...
ianya memberi kesan yg mendalam di hati ini... saya ni seorang yg mudah tersentuh.. maybe, ianya terkena diri sendiri...

Ayuni said...

betul, buat sye terfikir seketika...

Anum said...

betul2

Farah Waheda Wahid said...

nice sharing dear...thanks for sharing...sama2lah kita muhasabah diri kita...

Unknown said...

thx for sharing...Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

Unknown said...

like kata2 tu kak..lagi2 yg 1st tu.. yee.. Allah uji kita.. Dia nk tgk kita samada bersedekah atau tak.. kan kak..sama2 beringat..

Faaeinz said...

Allah uji kita sebab DIA nak tengok sejauh mana keimanan kita terhadapnya.

Thanks sharing..

LiTtLe^m3 said...

:-)

Chic Na said...

err banyak lagi yg perlu diperbaiki ni..

salam Jumaat kak..

EMYR ASHRAFF said...

Perkongsian yang menarik..
:))

Masha Meisters said...

yup! kita sentiasa diuji...perasan atau tak je kot.... bnyak yang perlu diperbaiki...huhu

Miss N™ said...

byk yg lemah lagi..huhuh

E'in said...

bersedekahlah janji ikhlas...

lelamaisara said...

betul tu masih banyak yang perlu kite perbaiki...nice sharing

Unknown said...

betul tu sis
bantulah dgn apa yg termampu
ikhlas keranaNya

Kekzamanis said...

Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ni CIM! Alhamdulillah, dapat ilmu baru.. ^^,
ZON PERMAISURI CHOMEL

are_lin@yu said...

kita tak lepas dari ujian kan..mapu atau tak saja utk menghadapinya..

9n0L4 said...

suke sgt kate kate ustaz kazim ni. penuh dgn hikmah.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sama2 kita muhasabah diri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...