31 December, 2012

Rebat Smartphone RM200





Berikut merupakan senarai telefon pintar yang boleh dibeli dengan menggunakan rebat RM200 yang diberikan oleh kerajaan untuk semua belia di Malaysia yang berumur di antara 21 hingga 30 tahun bermula Januari 2013.

Semua belia boleh membuat pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/ mulai esok 1 Januari 2013. Perlu diingat skim ini adalah siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar selagi stok masih ada. Model-model Smartphones yang terpilih adalah seperti berikut dan anda boleh lihat darigambar di atas :-
  1. Alcatel 993D
  2. Alcatel OneTouch Glory 2
  3. Alcatel OneTouch Inspire 2
  4. The Buzz Phone
  5. HTC Wildfire
  6. Huawei Ideos X3
  7. LG Optimus L3
  8. Ninetology Black Pearl II
  9. Ninetology Palette
  10. Nokia 2730
  11. Nokia 7230
  12. Nokia Asha 305
  13. Nokia Asha 308
  14. Nokia Asha 311
  15. Nokia C2-03
Jadi....bagi sesiapa yang layak, sila bertindak segera kerana siapa cepat dia dapat.

p/s: Saya tak layak....huhuhuhuuhu.....terlebih had umur.


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

30 December, 2012

Berkelah di Air Terjun Sungai Bantang, Bekok, Labis



Haaa, pasti ramai yang tak tahu di Bekok ni ada air terjun yang sangat cantik, sejuk dan menenangkan. Kenapa??? Masih tak percaya? Yeaaa saya tahu mesti yang ada terlintas di kepala, "ada apa dekat kawasan komunis tue???" Meh lihat ni;



Ini adalah pintu masuk ke Hutan Lipur Sungai Bantang yang di dalamnya terdapat air terjun, kawasan bermandi manda yang indah. Airnya sangat sejuk, kawasannya redup dilitupi pohon-pohon yang sudah berusia beratus tahun.

Saya bersama rombongan rakan sekerja ke Air Terjun Sg. Bantang pada 25 Disember 2012 yang lalu. Percutian dalam negeri sahaja, tetapi diatur dengan sangat rapi agar semuanya lancar, selamat sampai, cukup makan, puas berseronok, dan segalanya baik. Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini, kami membuat keputusan untuk bergerak seawal 7.00 pagi. Berkonvoi sebanyak 6 buah kereta semuanya dan kami akhirnya sampai ke Sg. Bantang pada jam 10.00 pagi. 







Orang lain sebok duk mandi-manda, kita duk makan kat sinun plak yerrrr ...hehehe....

Lebihkurang pukul 2.00 petang kami dah berangkut pulang. Tapi masing-masing sudah kelaparan kembali. Kami berhenti sembahyang Zohor di surau berdekatan dan kemudian meneruskan perjalanan. hajat di hati hendak berhenti di Hentian Sebelah di Lebuhraya, tapi memandangkan perjalanan ke Lebuhraya Utara-Selatan masih jauh lagi, jadi kami pakat-pakat berhenti di sebuah gerai makan. 

Kena minta izin dulu sebab........... kami nak tumpang duduk dan order air sahaja sebabnya kami nak makan bekalan yang kami bawa. Sayang kalau tak dihabiskan. nasib baik tokey Kedai Makan E-Bu sporting.


p/s: Ada sesuatu yang berlaku sewaktu kami sedang makan tue.... Nantilah saya cerita. Dah pagi ni, nak tido dulu.


||lepas ni kitorang plan nak ke Cameron plak...uhukkkk||



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Bowling Antara Legend




23 Disember 2012 yang lalu berlangsung lagi satu perjumpaan antara SDARY Legend 97 bertempat di Ampang Superbowl, Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru. Pertanding antara batch secara suka-suka berlangsung sangat meriah dengan sorakan, hilai, tawa, kegembiraan, ejek, sakat, dengki, kesemuanya menjadi satu. Rasa itulah yang menjadikan kami akrab seperti 15-20 tahun dulu.

Walaupun antara kami sudah berpasangan, beranak-pinak, berderet-deret, tapi kami akan tetap meluangkan sedikit masa untuk berkumpul bukan lagi untuk mengimbau kenangan lalu, tapi lebih dari itu, masing-masing meningkat dewasa maka kami berbicara seperti orang dewasa. Cuma kadangkala kenakalan keanak-anakkan itu akan memecahkan suasana membuatkan kami bersorak bagai remaja dulu kala.

Tak disangka-sangka ada yang menyimpan bakat. Dalam diam-diam sahaja jatuhan pinnya melebihi 300 mata dan seperti biasa juara lelaki jatuhan pinnya menghampiri 400 mata. Masing-masing pakat low profile, tapi...... masing-masing tu jugak duk golek bola sendiri. Maknanya memang kaki bowling lahh.

Inilah kami..... SDARY LEGEND 97, kami buddies tak akan terpisah.




Huhuhu... I dapat tempat ke-5 jerrrr

Men's Champion : Mr. Hasri a.k.a Asseq

Lady's Champion : Miss Hasnah a.k.a Zeira


Bagi yang belum tahu dan kini saya akan memberitahu, anda semua dijemput untuk bersama-sama dalam BOWLING AMAL ALUMNI SDARY, bertempat di Ampang Superbowl,Leisure Mall,Johor Bahru pada 13 Januari 2013 jam 09.30 pagi. Bayaran RM40.00 seorang, bermain split track, 3 game. 

Jom ramai-ramai!!!


p/s: Hujung minggu ni kami akan berbadminton pulak....



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Gala Dinner Reunion SDARY 97




Malam Gala Dinner kali ke-2 Reunion SDARY 97 telah berlangsung pada 7 Disember 2012 yang lalu di Benaffe Cafe & Bistro. Tema malam tu  Merah-Hitam seperti 2 tahun yang lalu. Entah kenapa Mrs. President masih mengekalkan warna tema yang sama. Jenuh juga nak mencari pakaian, ada tu pasti memakai baju yang sama seperti tahun sudah. Ada juga yang tercari-cari baju sehingga sehari suntuk semata-mata untuk mendapat tempat di mata juri sebagai Prince & Princess of the Nite.

Saya... simple sahaja, dengan memakai night dress bewarna merah dengan sedikit corak abstrak di tepi, sambil memadankan dengan cardigan bewarna hitam, bertudung hitam merah juga untuk menyemarakkan lagi warna hitam merah dalam dewan malam itu.

~~Me & Lis ~~

Lis-Zulzalina-Me


~~ Ladies of the nite ~~


Malam tu kitorang celebrate birthday Mrs. President sekali yang ke ehemmm ehemmmm.... Urusan majlis untuk malam tue semuanya diuruskan oleh Mrs. President seorang diri. Oleh itu, kami berbesar hati menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun kepada beliau. Di harap Mrs. President akan lebih berjaya di masa hadapan dan akan dapat sponsor lebih banyak majlis. 

Hehehehe.....tapi kami ada buat collection sebenarnya malam reunion tue, takkan lah kami nak membebankan terus ke bahu Mrs. President.


Jamuan malam tue memuaskan, tapi malangnya saya tidak menikmatinya bersungguh-sungguh disebabkan oleh ketidak sedapan badan dan sedikit batuk yang belum reda. Demi rakan-rakan yang dah lama tak jumpa (sesetengahnya sahaja yang jarang-jarang muncul tue)....saya hadir juga.



Beberapa acara telah disusun antaranya karoke suka-suka, tapi ada hadiah juga bagi yang bersuara lunak merdu. Acara permainan juga dilakukan untuk memeriahkan majlis.


Owhh ya, malam itu kami juga menjemput barisan senior untuk bersama-sama menyemarakkan lagi malam diner tersebut. So, mereka di bawah ni lah senior-senior kami sedang bergambar dengan Mrs. President.


Inilah yang dapat kami kumpulkan pada malam itu. Tapi, mengikut pemantauan saya reunion yang pertama lebih ramai penyertaan. Walaubagaimanapun, kami tetap akan menjadikan acara ini sebagai acara wajib setiap 2 tahun. InsyaAllah, 2 tahun lagi akan dapat dikumpulkan lebih ramai lagi. Kalau tak silap saya, dalam kelas saya cuma saya dan Ryn Dyn sahaja kerana yang lain bekerja di luar negeri Johor.



Kami Legend !!!



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...