30 December, 2012

Gala Dinner Reunion SDARY 97




Malam Gala Dinner kali ke-2 Reunion SDARY 97 telah berlangsung pada 7 Disember 2012 yang lalu di Benaffe Cafe & Bistro. Tema malam tu  Merah-Hitam seperti 2 tahun yang lalu. Entah kenapa Mrs. President masih mengekalkan warna tema yang sama. Jenuh juga nak mencari pakaian, ada tu pasti memakai baju yang sama seperti tahun sudah. Ada juga yang tercari-cari baju sehingga sehari suntuk semata-mata untuk mendapat tempat di mata juri sebagai Prince & Princess of the Nite.

Saya... simple sahaja, dengan memakai night dress bewarna merah dengan sedikit corak abstrak di tepi, sambil memadankan dengan cardigan bewarna hitam, bertudung hitam merah juga untuk menyemarakkan lagi warna hitam merah dalam dewan malam itu.

~~Me & Lis ~~

Lis-Zulzalina-Me


~~ Ladies of the nite ~~


Malam tu kitorang celebrate birthday Mrs. President sekali yang ke ehemmm ehemmmm.... Urusan majlis untuk malam tue semuanya diuruskan oleh Mrs. President seorang diri. Oleh itu, kami berbesar hati menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun kepada beliau. Di harap Mrs. President akan lebih berjaya di masa hadapan dan akan dapat sponsor lebih banyak majlis. 

Hehehehe.....tapi kami ada buat collection sebenarnya malam reunion tue, takkan lah kami nak membebankan terus ke bahu Mrs. President.


Jamuan malam tue memuaskan, tapi malangnya saya tidak menikmatinya bersungguh-sungguh disebabkan oleh ketidak sedapan badan dan sedikit batuk yang belum reda. Demi rakan-rakan yang dah lama tak jumpa (sesetengahnya sahaja yang jarang-jarang muncul tue)....saya hadir juga.



Beberapa acara telah disusun antaranya karoke suka-suka, tapi ada hadiah juga bagi yang bersuara lunak merdu. Acara permainan juga dilakukan untuk memeriahkan majlis.


Owhh ya, malam itu kami juga menjemput barisan senior untuk bersama-sama menyemarakkan lagi malam diner tersebut. So, mereka di bawah ni lah senior-senior kami sedang bergambar dengan Mrs. President.


Inilah yang dapat kami kumpulkan pada malam itu. Tapi, mengikut pemantauan saya reunion yang pertama lebih ramai penyertaan. Walaubagaimanapun, kami tetap akan menjadikan acara ini sebagai acara wajib setiap 2 tahun. InsyaAllah, 2 tahun lagi akan dapat dikumpulkan lebih ramai lagi. Kalau tak silap saya, dalam kelas saya cuma saya dan Ryn Dyn sahaja kerana yang lain bekerja di luar negeri Johor.



Kami Legend !!!



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

12 comments:

dEdEQ dE wIshEs said...

MERAH MENYALA OH JANTUNG KU .. ERK ? HEHE .. CHUMIL LA :) .. MERIAH GILER NMPAK

Misz Mieza said...

Seronoknya dapat reunion & jumpa kawan2 lama kan ? =)

Misz Mieza said...

Seronoknya dapat reunion & jumpa kawan2 lama kan ? =)

Yana Libra said...

aktif join reunion ye kak~ :)

Deq's Qienz said...

seronoknya kalo dapat jmpa kawan2 lama kan..mst byk je crita nak di kongsi bersama.

N.Aima K said...

hi hi..love the theme ;)

Mrs Velentine said...

bestnya...merah menyala..akak mmg cun

Deqla manjew said...

merahhhh... sgt cantekkk... dah lama x jmpa kawan2 lama mcm ni..tp alhamdulillah dpt jmpa kwn2 alam maya yg sgt2 sporting! hihi

Cik Nur said...

tema merah hitam..
cantikk..!

banyak betul aktiviti akak ye..
seronokk..!

Si Matatajam said...

Mmg cantik theme color tu..vogue da vass..

Chic Na said...

masih gojes semuanya.

cun la tema hitam merah. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah cun la tema..kak niena look gojes hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget