14 December, 2012

HARI YANG INDAH

Assalammualaikum dan Salam Jumaat pada semua kawan-kawan beragama Islam dan Salam Sejahtera pada yang lain-lain...

Hari ini adalah hari yang indah buat saya tapi.... tidak semestinya ianya indah buat orang lain. Jadi, sama-samalah kita mendoakan agar kita semua diberkati dan dapat menghakhiri hari ini dengan indah sekali.

Pagi tadi saya ada peperiksaan, baru kertas pertama. Kertas berikutnya akan menyusul pada 23 dan 29 Disember nanti. Harap-harapnya saya dapat menjawab semua soalan dengan baik dan tenang seperti hari ini. Walaupun sedikit kekecewaan semalam kerana Malaysia kalah di tangan Thailand, tapi masih lagi berharap agar Harimau Malaya akan meneruskan perjuangan dan menebus kekalahan 2 tahun lagi. Dengan itu saya mendoakan agar barisan skuad pejuang Harimau Malaya kita segera tenang dan bersedia untuk perlawanan-perlawanan berikutnya.

Selepas tamat menjawab peperiksaan, saya dengan en.hubby yang sedang kelaparan kerana hanya sempat bersarapan segelas air kopi terus mencari hidangan mengisi perut. So.... Jom lah kita berdua ke ZZ Sup Tulang. Tengoklah apa yang saya makan hari ni...



Perghhhh...memang marvelous laaa. Hirupan sehingga ke titisan terakhir, sedutan sehingga ke sum-sum. Hahaha,memanglah sum-sum tulang tue, tengok sampai 3 batang dia bagi.

Kemudian, masa perjalanan pulang selepas menghantar en.hubby ke pejabatnya saya ternampak satu kejadian. Bagi yang baca facebook saya tahulah apakah itu, cuma tak ada gambar sebab tak sempat. Saya sedang berhenti di trafic dan asyik memerhatikan satu lopak air yang agar besar juga, banyak kereta yang mengelak. Dalamkepala saya mungkin dalam lopak air itu. kalau kereta yang comel-comel tu mesti tersangkut. Tapi, sangkaan saya meleset.Tiba-tiba datang sebuah Taxi terus melanggar lopak air tersebut dengan rakusnya. Percikan air  dari lopak itu yang sangat besar dan mungkin berbau busuk dan kot terkena pada seorang lelaki sedang menunggang motosikal. Akibat terperanjat dengan percikan air yang besar itu lelaki tersebut terjatuh dari motornya. Tapi malangnya Taxi tu berlalu pergi begitu sahaja. Tak berapa pasti berapa umur lelaki tersebut, keturunannya dan ilmunya kerana lelaki tersebut memakai topi keledar. Saya pula pada waktu itu hendak meneruskan perjalanan kerana lampu sudah bertukar hijau. Apalah nasib lelaki tersebut, nampaknya tadi tak ada yang datang membantu. Adabeberapa lori yang melalui jalan di hala lelaki itu hanya mengelak sahaja, tapi nasib baik tidak dilanggarnya. Moga ada hamba Allah yang sudi membantunya.

Kannnnnn.....hari yang indah bagi saya dan kamu, tidak semestinya indah bagi orang lain. Tapi bagi yang selalu berfikiran positif akan menganggap setiap harinya adalah hari yang indah kerana masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara segar dan tenang di bumi bertuah ini.

Allah masih lagi mengurniakan hari yang indah pada saya kerana dapat mengucup tangan ibu saya sebentar tadi sewaktu mengambil anak-anak di rumah agam. haaaaa kannnnn.... Saya percaya tak ramai yang dapat mengucup tangan ibunya hari ni kan. Jadi, bertuahlah saya. Alhamdulillah, moga ibu saya sentiasa mendoakan saya. Sekarang saya sedang berada di Petrosains, ingat lagi tak N3 saya yang ini Aktiviti Cuti Sekolah, haaaa saya di sinilah sebab sebentar nanti nak ambil en.hubby pulang dari kerja dan kami akan terus pergi menonton wayang. Tapi, taktau nak tengok cerita apa pown sebenarnya. Lama benar kami tak mononton wayang bersama.

Dan keindahan hari ini ditambah lagi dengan kelonggaran masa saya untuk meneruskan jalan-jalan saya kelaman-laman kalian. Harap kalau saya tak tinggalkan cap jari di laman kalian, mohon bagi tahu yeppp. Takut tau bila Mama Arina dah keluarkan MEMO : JAGA-JAGA ANDA SEDANG DIPERHATIKAN. Bagi GSFian pasti faham maksud memo ini kan. Haaaa, jangan buat orang tak suka kita sebab secara tak langsung kita mengundang rasa kemarahan dalam diri seseorang yang lain, maknanya kita juga sama-sama berdosa. Betulah kata Mama Arina tu, kita kena belajar menghargaiorang lain. Samalah macam kita menghargai pasangan  kannnn... Hubungan yang erat antara GSFian sangat-sangat saya hargai dan saya akan gaja dengan sebaik-baik mungkin. Saya mungkin akan undur diri secara rasmi bila Allah menarik balik anugerah otak saya. Kalau saya takada jari pown saya masih akan berblogging okayyy. Cuma bila dah takda otak ,macam mana nak berfikir dan mengomen? Betul takkk?

Okay...sampai sini untuk hari ini dan saya akan meneruskankeindahanhari-hari saya.

Syukur alhamdulillah, rasanya dah ramai yang dah terima inai tue. Bagi yang belum tue sabar yep, tapi kalau sampai minggu depan tak dapat juga bagi tahulah saya. Mungkin juga kamu tak update alamat di facebook GSF. Jadi...saya tak tahu, jangan salahkan saya. Terima kasih juga sudi up kan N3, suka bonda saya tengok, sebab setiap N3 tentang inai akan saya tunjuk pada bonda saya. Bergenang air matanya. Terima kasih kawan-kawan. :) 


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

32 comments:

Mrs Velentine said...

kak sedapnya mamam..kak MV dah dapat juga..Dan MV ada pos sesuatu..

Deqla manjew said...

amboii..muka x menahan betol...haha.. akk cantik la kening!! suka tengok org kening lebat!! :)

are_lin@yu said...

alahai terliur tgk ni tau..hihi..tgu entri ayu plk tau..xpublish lg..hihi

dya bunga said...

sedap tu sup tulang..kenapa pemandu taxi tu berhnti..teruk btl..nasib lori2 tu mengelak..

p/s: dya dh dpt inai tu..thanks tau kak..mama dya yg pakai..hihi

etuza said...

saya tengok makanan tu sedapnya.
Hahaha hargai makanan dan hargailah org2 yang menghargai kita..

Cik Nur said...

Ya ALLAH..terliur ni, tgk reaksi akak sedut sumsum tu..!

apalah nasib pakcik tu tu..harap dia ok...

inai yg nur pakai tempoh hari dah pudar..nanti nak pakai lain..hihi

Daddy Ziyyad said...

mee rebus tulang kat ZZ tu mmg terbaik!!!

Cik Aini said...

as salam CiM..
sihat?hehe

moga kejayaan jd milik CiM..
do the best hokayy :)

ai dah pakai inai tu..tggu nk publish entry je..esok baca entry ai tau..khas tuk CiM n bonda CiM..
thank u so much sis :)
muah ;p

Si Matatajam said...

Adoi la...kak Niena saja buat M terlioq...

izfanora said...

betul tue.. hari yg indah utk kita, tak semestinya indah juga bg yg lain..

semoga lelaki itu tak apa2..

singgah di blog sy utk buat amal kpd anak yatim. kami sedang mengumpul dana..

man said...

Mcm sedap je..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

Ayuni said...

sis, sye bz tp klau ader ms terluang mmg sye dtg cni....

Arina Shamsul said...

hahahaha..kak,o kak..i love u.kekeeke.
semoga keindahan dan kecerian ini senentiasa mengiringi hari2 mu :)

inai akak telah selamat sampai ke tangan sy semalam.suka..suka..suka...belum berinai lg tu pasal tak buat entry lg..kekeke.

lelamaisara said...

alahai akak suke bace tulisan akak tau..:)

bukan main lagi ea dapat sup tulang tu...
bile la dapat ketemu akak lagi..:)

Cik Aini said...

hai CiM..

hihihi
dah siap beinai..
nti tgk sini tau :-
http://miszpinkies.blogspot.sg/2012/12/tgn-berinai-sudah-tima-kasih-ye-cim-p.html

kinara kinatara said...

wah..sedap 2 makanan nye kak..mau sikit..:)

Solehah Shamsuddin said...

wah sedapnya mamam.nak sikit :)

Deqla manjew said...

Kak...inai dah dpt semlm...blk keje check tgk ade kiriman dari akk...dari MV pun ade..hihi...tq kak...nnti deqla up entri eh... ;-)

Telor Power said...

ZZ sup tulang? kat mana eh tapi tgk dlm gambor mcm area mahmodiah.. betul ker?

ker gazebo kat kg melayu?

iKhRam said...

Hai.. selamat kenal..
Adakala.. semua org sedang mengimpikan kehidupan yg baik2.. tanpa kita sedar.. bila diuji kemanisan iman itu adlh sgt indah..

Teringat rancangan tanyalah ustazah, prof dr muhaya panelnyer mengatakan
Apabila kita diuji.. jgnlah cepat mengeluh.. sebaliknya fikirkanlah dua perkara
Pertama, bagaimana ujian itu mendekatlan diro kita kepada allah. Keduanya,apakah hikmah disebalik ujian tersebut.

Cinta Misteri said...

Btul tu cìkgu ikhram..
Spt yg trjadi pd CiM bln lepas. CiM kemalangan tp alhamdulillah, walaupun teruk tp syukur krn kemalangan tu kereta CiM dpt parts baru. Dpd kemalangan tu juga CiM dpt kenalpasti mana kawan sbenar, mana kawan gunting dlm lipatan.

Allah maha hebat.

Hanamiko Sakura said...

terima kasih kak sudi tinggal cap jari di teratak saya :)

hidup , dugaan dan cabaran setiap orang lain2 kan :)

♥ hudahassan ♥ said...

pergh , ade gaye hos JJCM lah . hehe . kalah maghia tunku sabri kak oi :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sampai ke titisan terakhir tu....tergoda la hehe

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sampai ke titisan terakhir tu....tergoda la hehe

Chic Na said...

good luck utk paper yg lepas kak.

cikna dah dpt inai akak khamis lepas. entri ada dlm draft, cuma gambar belum masuk. InshaAllah esok update. thanks bebanyak kak. :)

Yana Libra said...

sy pernah makan kat sana kak..hehe..mmg marvelous~ :)

sy rase sy xupdate pun alamat..huhu..sy dpt gak ke kak?

Che Rosliza Che Mat said...

Sedapnya makan hihihi ada terbaca jugak...

9n0L4 said...

wow. berselera nmpk nye mkn tu. hehe. ;)

Nurul Husna Mohd Hassan said...

amboi. sedap betui tengok akak makan sup tulang tu :)

N.Aima K said...

tak pernah lg makan sup tulang serupa ni..teringinnnnnn

Dayana Bahar said...

bestnya.. saya juga sedang memerhatikan anda hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget