Kenapa kena jadi Matahari?
Kenapa Matahari?
Ada apa dengan Matahari?
Hari-hari Matahari akan nampakkan wajahnya, kadangkala terlampau bercahaya, kadangkala pula hanya samar-samar, tapi adakalanya cahayanya reduppppppp saja. Sama ada kita suka ataupun tidak, Matahari tetap memancarkan cahayanya. Saya cuba untuk menjadi matahari, memberi manfaat kepada semua orang, memberi sinar kepada semua orang, pedulikan sama ada orang suka ataupun tidak, tapi saya akan tetap menjadi Matahari.
Seperti yang saya katakan kelmarin, saya nak pergi tengok Filem Hoore Hoore. En.Hubby dah pun bawa saya tengok Filem Hoore Hoore semalam. Certeka...berapa orang dalam panggung? Hurmmmm mesti ada yang dapat mengagak, lebih kurang 10 orang aja.... Kenapa yeaaa? Kenapa cerita-cerita macam ni tak mendapat sambutan. Peliklah... Actually kami ada 2 pilihan, sama ada tonton Mentera (lakonan Tomok) ataupun Hooray Hooray. Tapi saya memilih Hoore Hoore kerana saya percaya filem ini tidak akan menghampakan. Yeaaaaa, telaan saya benar. Mungkin saya saja kowttt yg cakap macam nie, iyelahkannn sayakan peminat filem melayu.
Jom lah bagi sokongan pada filem melayu. Tribute to Sudirman, pasti ada kenangan antara anda dengan lagu-lagu Sudirman. Seriously..... Hoore Hoore memberi saya secukup rasa semalam, senyum~tawa~nangis~sedih... Dimulai dengan lagu Basikal Tua dan diakhiri dengan lagu Balik Kampung.
Ni nak cerita hari ni punya story mowry...
Tadi balik kerja saya pergi berjalan-jalan ke Angsana dengan En.Hubby. Sampai je Angsana dah masuk waktu Maghrib, so kami pergilah singgah solat dulu. Selepas jer habis solat, saya bersimpuh lah kejap nak mekap (biasalah perempuan.....) Tiba-tiba ada seorang gadis senyum manis ke arah saya, seperti biasalah Matahari mestilah memancarkan balik senyumannya. Tiba-tiba gadis tu duduk bersimpuh disebelah saya dan akhirnya menegur. Dalam hati tertanya-tanya, pernah ke jumpa dia, dia kenal saya ker, direct selling ker apa ni?....... (jahat btul, as usual saya mmg suka berfikir)
Gadis tu perkenalkan namaya Emy...Amy...Emmi.... (lupa pulak nak suruh dia eja nama dia)
E : Balik kerja ke?
I : Haa'aaahhh... (hulur tngan sambut salam)
E : Kerja kat mana?
I : Kerja kilang jer (buat senyum tawar)
E : Hehehe...saya jenjalan, cuti sekolah. Saya cikgu, takda buat kerja kat rumah ni yang merayap.
Owhhhh cikgu sekolah rupanya. Sweet tau face dia, garang tak erkkk? Ni Cikgu Sekolah Damai Jaya (lupa jugak tanya sekolah menengah ker sekolah rendah)
E : Kerja kat mana? Kilang apa?
I : Pharmaceutical, produce medicine...
E : Owhh yeker, saya ada adik blajar farmasi. Tengah cari kerja ni, ada kerja kosong ker kat sana?
Arhhh sudah... Saya senyum jer, then told her that I'm not in that line. I kerja bahagian makmal. Then dia tanya lagi (perbualan makin rancak...hahaha kesin En.Hubby kena tunggu nun diluar sana)
E : Dah lama ke kerja
I : Lama dah...lebih kurang 8 tahun (dia trus buat muka speechless)
E : Ehhh...umur berapa erk? Dah lamanya kerja..
I : Hehehe...dah tua lah, over than 30 tau. Anak pun dah 2, ni budak2 cuti balik kampung, tu yang Mama & Papa jenjalan berdua jer makan angin.
E : Owhh yerker, saya baru jer 26. Alaa malunya, tapi awak nampak muda dari saya.
~~speechless saya tau~~~
Then kami bertukar-tukar nombor phone. Nak misscall taktaulah kenapa, maybe dalam surau tu takda line kowttt...
Masa dinner tu saya bagi taulah En.Hubby pasal pertemuan saya dengan gadis sweet tu. Step by step I bagi tau dia. Sampai jer kat part gadis tu bagi tau dia Cikgu, en.Hubby menjawab (sebelum tue dia senyum jer sambil makan ayam penyet)
H : Owhhh Cikgu. Biasalah, cikgu dah biasa bercakap, so dia kena juga habiskan routine dia bercakap seperti biasa. OK lah tue, U layan dia. Tak nampak janggalkan, at least u dapat kawan baru hari nie.
Pulakkk.....betul ker cikgu ada kouta words yang peru dia habiskan dalam satu hari???
Then saya sambung lagi cerita...sampai jer part yang ending tue, En.Hubby menjawab;
H : OK I understand...punyalah panjang cerita, rupanya front page tittle
"I look younger than my age..."
Huuhhhhh...bencilah kalau citer dgn orang yang dah faham sangat ngan kita. En.Hubby ni selalu meNghampakan sebab dia memang selaluuuuuuu sangat dah tahu apa yang saya nak cerita. Kadang kala tu bila saya baru jer nak bukak mulut, kepala dia dah terangguk-angguk macam tau jer apa nak cakap (memang dia tau pun) BENCIHHH!!!!
So, memang lahhhh nak tanya ni. Saya nampak muda ker? 'PERAHHSAHHNNN....'
Emmi...nanti kita sms ehhh, so bleh add kat FB for knowing further each other .
Nice knowing you....
:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (: