22 May, 2012

Mengapa Membenci???

Ntah... Tak tau kenapa harus membenci. Mungkin sebab perasaan itu memang ada dalam hati setiap manusia. Saya juga ada perasaan tersebut, bencikan itu, bencikan ini, bencikan sidia, bencikan dia tue, bencikan sesuatu, benci benci dan benci. Tapi.... sebenarnya perasaan benci itu biasanya akan bertukar menjadi sayang. Betul tak???

Kadangkala saya rasa saya tidak membenci sesuatu atau seseorang, cuma TIDAK SUKA. Adakah perasaan tidak suka tue sama ertinya dengan membenci? Entahlahhh yeaaaa...

Pernah tak dikala anda berada dalam satu kumpulan, ada diantara kamu membenci seseorang daripada kamu? Pada saya perkara itu adalah normal kerana pandangan dan pendapat seseorang berbeza-beza. Tapi, pernahkah pula kamu berada dalam satu kumpulan itu, ada seseorang yang telah membenci seseorang menghasut beberapa orang dikalangan kamu agar membenci seseorang yang telah dibenci oleh asalnya seorang sahaja daripada kamu? Hahahahaha...berbelit tak? Cuma yang akal panjang jer akan faham ayat nie.

Jangan buat begitu.... Sekiranya kamu telah membenci seseorang, cubalah pupuk perasaan sayang kembali ataupun hapuskan perasaan benci itu sedikit demi sedikit dan neutralkan diri kamu. Setidak-tidaknya kamu membebaskan diri kamu dari perasaan benci terhadap sesama manusia. Jangan cuba menghasut orang lain agar bersama-sama bersekongkol membenci seseorang yang kamu benci dengan tujuan mendapatkan pengaruh. Dan... jangan pula kamu sesekali terpengaruh dengan seseorang yang mengajak kamu bersama-sama membenci seseorang tanpa sebab yang kukuh dari dalam diri kamu.Tak baik begitu.... jika kamu sudah membenci seseorang itu, dan kamu mengajak pula orang lain membenci bersama-sama, apa akan jadi dengan kehidupan orang itu? Kesian........

Jangan membenci, tak suka tak apa....



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

4 comments:

sekadar satu coretan said...

Singgah malam hari..
tak baik benci membenci ni kannn..tapi kalau ada org bencikan kita biar jer laa..

Selamat malam..

RIZZNA said...

btulll tue...tapi perasaan benci kadangkala dtg sendiri.
kalau rasa ada org benci kita, jalan terbaik, perbaiki diri...

Unknown said...

selamat malam..

bagi kak.. apa y berlaku, kak akan diamkan diri.. biarlah orang benci kita
mana tau, satu hari rindu.. hehehe

PS: thanks follow blog kak Ayu ya...

RIZZNA said...

tp CiM tak boleh diamkan diri kalau dpt tahu ada org benci/tak suka pd CiM. kenapa, kenapa & kenapa? mesti nak tahu cerita hal sebenar. akhirnya CiM akan tanya balik.... Salahkah?? Tak bolehkah??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...