Danish nie kalau suruh mengaler memang failed. Tapi sekarang dengan selamba jer dia lakukan tanpa terkeluar sambil matanya ditutup rapat dan pada suasana yang samar-samar. Pemilihan warna pun matching skali. Tapi sebab Danish ni sangat pemalu, dia tak pernah nak masuk coloring contest, lagilah bila suruh tutup mata. Danish tak berapa suka orang lain melihat dia dengan 'kuasa' yang dia ada. Cheeewahhh, kuasalah pulak... Sebab dia rasa diri dia pelik sejak deria ke-6 nya diaktifkan.
Video ini diambil pada tahun lepas beberapa hari selepas deria ke-6 nya diaktifkan. Masa ni Danish masih rasa kekok lagi, tapi...bolehlaaa, cuma dia tak berapa selesa dengan keadaannya melakukan tugas dengan mata tertutup. Kalau anda nampak macam ada tisu bewarna putih dalam lapik kain penutup mata itu, saya letakkan tisu kerana disebabkan oleh mata Danish tak berapa selesa matanya ditutup ketat, so tisu adalah sesuatu yang lembut yang boleh melapik kelopak mata. Dengan meletakkan tisu juga, boleh menutup celahan ruang antara hidung yang membolehkan Danish curi-curi lihat dari celahan ruang.
Kenapa kita kena tutup mata kanak-kanak ini? Ini untuk mengelakkan dia membuka matanya. Jika matanya ditutup, kelopak mata sukar untuk dibuka dan kebarangkalian untuk mengendap dari celahan kain penutup mata adalah kecil. Cuba anda menutup mata anda dengan kain dan ikat dengan kata, kemudian cuba buka mata anda untuk mengendap dari celahan kain pengikat mata.
6 comments:
wow! saya sendiri tak pernah try mewarna dgn mata tertutup...nak try lah
DZ, u kena aktifkn otak tengah dulu baru boleh lakukn semua keje dgn tutup mata
wow..amazing lah! maksudnya sesiapa pun boleh aktifkan deria ke 6 ke?
GB, tak semua dari kita berjaya mengaktifkan deria ke-6 dengan bantuan pakar. Tapi, lebih elok pengaktifan otak tengah ini dilakukan pada kanak2 dari lingkungan 5-15 tahun (itupun bergantung kepada penerimaan kanak2 itu sendiri)
speechless la. cuma yg pasti, amazing!
wow! saya sendiri tak pernah try mewarna dgn mata tertutup...nak try lah
Post a Comment