23 May, 2012

Bersyukurlah dengan apa yang kamu miliki...

Beruntungnya saya ada suami…. (itulah yang bermain di kotak fikiran beberapa hari nie)

Kenapa saya kata begitu??? Sebabnya saya memang benar-benar merasa beruntung…. Nak tahu kenapa….?

Beberapa hari ni, Ibu saya diamanahkan untuk membuat bancian ibu-ibu tunggal di kawasan sekitarnya bagi wakil Amil kawasan perumahan kami. Senarai nama ibu-ibu tunggal akan diupdate setiap tahun untuk pembahagian zakat di bulan Ramadhan. Petang kelmarin ibu saya menunjukkan pada saya senarai nama ibu-ibu tunggal yang telahpun dikenal pasti di kawasan tempat tinggal ibu. Alangkah terkejutnya saya kerana ramai rupanya ibu-ibu tunggal yang masih muda dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 orang anak tinggal bersama mereka. Ada juga beberapa orang tu saya kenal kerana kami membesar bersama, tak sangka setelah sekian lama tidak berjumpa, saya diberitahu oleh ibu yang kini dia telah ditinggalkan suaminya. Ada juga yang kematian suami sewaktu usia masih berumur 25 tahun…. Ya-Allah tabahkanlah hati mereka.

Tak dapat bayangkan hidup saya bagaimana sekiranya Allah s.w.t. menduga saya sebegitu rupa.

Antara ibu-ibu tunggal yang diberikan ketabahan hati oleh Allah s.w.t. yang telah direkodkan data-data mereka oleh ibu saya:-

  • Seorang rakan yang saya dah anggap seperti adik saya sendiri baru sahaja ditinggalkan suaminya di saat dia sedang sarat mengandungkan anak ke-2. Suaminya meninggal dunia sehari sebelum dia melahirkan. Saya kuatkan hati melawatnya ketika suaminya pergi untuk selama-lamanya, saya menahan air mata agar tidak menangis didepannya ketika itu, saya cuba memberinya semangat sedang saya sendiri tidak boleh menahan sebak, saya kuatkan hatinya sedang saya sendiri tidak tahu sama ada saya boleh berdepan dengan semua ini atau tidak sekiranya Allah menduga saya. Tahniah adik ku sayang, kini kakak lihat kamu lebih tabah dan kuat mengharungi hidup dengan 2 putera permata hati pengikat rindu pada arwah suami kamu.
  • Kisah ini lebih menyentap hati. Termenung saya seketika kerana dugaan yang Allah s.w.t. berikan padanya lebih hebat. Gadis ini hanya berusia 28 tahun, hidup dalam dirinya yang tidak mengerti apa-apa, tidak mengingati langsung tentang dirinya dan masa silamnya. Gadis ini hilang ingatan sedikit demi sedikit selepas melahirkan anak ke-2. Kini anak keduanya seusia dengan anak pertama saya dan bersekolah di sekolah yang sama. Suaminya meninggalkannya beberapa tahun yang lalu tanpa nafkah. Kini gadis ini tinggal bersama ibunya yang tidak bekerja kerana perlu memberi sepenuh perhatian pada ibu muda ini. Mereka meneruskan kehidupan dengan wang sumbangan daripada Kebajikan Masyarakat dan Persatuan Orang Kurang Upaya. Lebih kurang RM500 sebulan untuk menampung 4 beranak ini dengan 2 orang anak yang sedang bersekolah serta wang perubatan untuk ibu muda yang hilang ingatan. Cukupkah???

  • Satu lagi kisah mengenai seorang ibu yang dianiaya oleh anak tirinya sendiri. Masih berstatus isteri kepada suaminya yang kini sedang terlantar sakit di sebuah negara kerana dibawa pergi oleh anak suaminya. Rentetan ceritanya sangat trajis kerana beliau adalah kawan rapat kepada ibu saya. Pada mulanya suami wanita ini dibawa pergi oleh anaknya ke sebuah Hospital untuk dirawat tetapi akhirnya dibawa pulang ke rumah anaknya tanpa pengetahuan isteri. Wanita ini cuba mencari suaminya dan juga ke rumah anak tirinya, tetapi tidak dibenarkan masuk untuk bertemu suami yang sedang sakit dan tidak boleh berkata apa-apa. Apakah dosa ibu itu sehingga diperlakukan sedemikian rupa. Wanita itulah yang selama ini merawat ayah mereka yang telah lama mereka abaikan. Wanita itulah yang selama ini sentiasa disamping ayah mereka ketika suka dan duka. Tergamaknya mereka sehingga suatu hari menghalau ibu tiri mereka yang sudah banyak berbakti dari rumah yang dia diami selama ini. Dengan membawa seorang anak kecil berusia kira-kira 2 tahun meminta perlindungan dari rakan-rakan. Mujurlah ada sebuah taska yang dimiliki oleh seorang insan berhati mulia sudi menumpangkan ibu itu dengan bayi kecilnya sehingga ke hari ini. Kuasa Allah tidak diduga, beberapa hari selepas ibu itu dihalau dari rumahnya, rumah itu runtuh 1/3 bahagian ketika hujan lebat. MasyaAllah….
Beruntungnya saya kerana dikurniakan suami yang baik dan keluarga yang bahagia. InsyaAllah saya akan berusaha untuk menjadi isteri yng terbaik untuknya. Walaubagaimanapun, saya sentiasa berdoa agar kasih sayang kami kekal sehingga ke akhirnya.

N3 ini tidak bermaksud untuk mengaibkan mana-mana pihak apatahlagi untuk menjatuhkan maruah wanita-wanita yang telah saya sebutkan. Bagi saya mereka sangat hebat kerana Allah hanya memberi ujian pada hambanya yang kuat sahaja. Saya harap N3 ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki kerana di luar sana ada ramai yang tidak bernasib baik dari kita tanpa kita sedari.

Amin….


:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

23 comments:

Norazlinda Abd Samad said...

Sebak..tak tau nak kata ape :'(

Surinah Abd Samad said...

sgt tekesan,,kak niena kita mmg beruntung kan,,,

RIZZNA said...

Linda, Suri :
I lg terharu bila mak tnjuk senarai nama tue..... :(

Surinah Abd Samad said...

yup..ALLAH aturkan segalanya,,setiap yg berlaku pengajaran bagi kite jgk,,petunjuk arah,,mrk yg diduga sebenarnya ALLAH tahu tahap kekuatan mereka,,syabas utk mereka..insan terpilih

Lynn Supermama said...

Alhamdulillah,syukur nikmat kpd ALLAH SWT yg memberi kita rasa nikmat hidup bahagia..hargai pasangan selagi masih ada..Aamiin...(niena,awk bt kita nangis la mlm ni..)

sekadar satu coretan said...

Sedih la kakain baca pagi2 nii...

Kakzakie Purvit said...

Begitulah hargai apa jua kebaikan yg ada sebelum ianya ditarik kembali... manusia yg lupa hidup ini tidak kekal saja sanggup melakukan apa saja demi memuaskan hati...

Balasan Allah itu pasti...

RIZZNA said...

ainoraini: begitulah hidup bgaikn roda, tk semua antara kita brnasib baik

RIZZNA said...

Kakzakie: Allahuakhbar, balasan yg dturunkn utk mmberi pengajaran dan ikhtibar

are_lin@yu said...

nice dear ;-)
ayu follow sini ;-)

Luahan hati said...

hehe nice entry./tak un masuk matrik/..hari ahad ni dah daftar..doakan un ye :)

Unknown said...

setuju sangat2..

kita kena syukur dsenan bersuami..
lagilah suami kita yang sentiasa menyayangi kita


sebab baca kisah kawan2 yang lain,, bergelar ibu tunggal masa muda.. ohhhhh.. dijauhkanlah

RIZZNA said...

Tq are_lin@yu

RIZZNA said...

Good luck uncHa

Areef said...

salam,

jodoh pertemuan, ajal maut tu semua ketentuan allah... so, lakukanlah yg terbaik selagi hayat dikandung badan...

duniaanita74.blogspot.com said...

alhamdulilah bersyukur apa yg ada....tu tanda allah sayang ke hambanya dengan menurunkan dugan dan cabaran...harap semua ibu tunggal terus berjuang..ita pun pernah melaluinya..tapi sekarang alhamdulilah..hidup bahagia bersama suami dan anak-anak dan adik ipar..

nuyui a.k.a miss YUI said...

itulah hakikat kehidupan kan kak..

Nurul Husna Mohd Hassan said...

betul2, bersyukurlah dengan apa yang kita ada =)

mekasih singgah kat blog saya =)

Noor Fatin said...

sedihnya T___________T

kdg2 kita selalu rasa kehidupan kita ni teruk la apa la, tapi tu la, kita lupa, ada org lain yg lebih teruk kehidupan, diuji lebih sakit oleh Allah. masa tu baru la kita rasa bersyukur. huhu

smg Allah brikan banyak ketabahan dan smgt pada mereka semua.. ;')

Marsha~ said...

amboiii.... rasa mcm tgh baca novel pulak

YattAkasah said...

hurm..yatt lom kawen lagi..tapi takot kan klu berlaku kat diri kte..hurmm

Zubaidah said...

masyaAllah,
sbb tu la kita kena bersyukur dgn apa yg ada. yg dh bergelar isteri kena menghargai suami, bgtu jugak sebaliknya...

kisah no 2 tu ada similarity sikit ngan kakak sy. skrg nie kakak sy lumpuh, dah beberapa tahun dh, tapi alahmdulillah,dye semakin sihat, tapi lumpuh separuh bdn. namun sy ttp bersyukur, at least dye still leh gerak, tapi suami dye tgglkan dye sejak dye sakit tanpa sbrg nafkah, and skrg dh hlg jejak... hanya Allah mampu balas apa yg dye dh buat pd kakak sy

fardhila fawwazy blogspot said...

beruntungnya ada suami..sy xleh byang kalu sy ditempt diorg..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...