03 May, 2012

Mengaji Membentuk Akhlak

Assalamualaikum semua....

Malam tadi saya hantar Danish pergi tuition macam biasa. Sambil tue, hantar Aqil ke kelas mengaji yang terletak bersebelahan dengan tempat Danish tuition. Jadi sambil tunggu dua orang kanak-kanak ni kami berdua makan dekat gerai depan. Next time saya upload gambar tempat kami selalu lepak malam-malam ehhh, nasi lemak dia sedap tau.

Tapi malam tadi saya makan char kue tauw kerang terbaekk punya, api masuk kuali. Selesai makan, saya pergi jengah tengok Aqil kot-kot dia dah siap mengaji. Alahaiii...masih ada 2 orang lagi baru sampai giliran Aqil. Takpalah, saya tunggu di tembok berhadapan kelas mengaji Aqil. Tiba-tiba seorang aunty India menyapa saya.

"Hantar anak mengaji ker?"... Saya anggukkan kepala sambil tersenyum. Kemudian, giliran saya pula bertanya pada aunty tu;
"Kak tunggu anak tuition ehhh? Darjah berapa?"
"Owhhh anak saya tingkatan 5" aunty tu menjawab dengan senyuman.
"Owhhh nak ambil SPM. Saya ada anak sulong sedang tuition jugak tue. Kebetulan ada kelas mengaji kat sini, sambil tunggu anak yang darjah 3 tue, hantar sekali anak yang kecil mengaji di sini" sambil tunjuk ke kelas mengaji Hajjah Najmah (actually kelas mengaji tu adalah restoran pada siang hari). Saya tanya lagi aunty tu;
"Duduk mana kak?"
"Sana dekat Utama" Saya angguk kepala jer. Tapi kemudian aunty tu sambung lagi;
"Selalunya suami saya ambil, tapi kadang-kala saya yang kena ambil sebab suami tak ada. Jalan kaki jer balik, tu yang nak kena temankan sebab anak saya perempuan". Saya buat muka tercengang (memang tergamam pun). Jauh tue, dari tempat tuition ke rumah diorang. Iyalahkan, sekarang ni gejala colek, ragut, rogol ada di mana-mana jer. Seriauuu... Kemudian akan tue sambung berbual lagi, dia tanyalah pasal mengaji. Berapa kali seminggu? Berapa bayar? Kalau mengaji satu hari berapa muka surat kena baca? Nampaknya aunty ni tahu banyak pasal mengaji, sebab dia kata di sekolah anak dia (Sekolah Rendah Kebangsaan Mutiara Rini) pun ada kelas mengaji sebelah petang bermula jam 2. Ayat yang paling terkesan dalam hati dari mulut aunty ni adalah;
"Bagus hantar anak-anak mengaji nie, sebab mengaji boleh membentuk akhlak kanak-kanak. Akak jalan dulu yea, nanti kita jumpa lagi". Saya angguk-angguk kan kepala tanda setuju sambil membalas balik;
"InsyaAllah, kita jumpa lagi nanti, baik-baik jalan kak"
Perbualan terhenti di situ...

Sedang tunggu Aqil, ada seorang lelaki mirip Bront Palarae (sgt mirip) berlegar-legar mundar-mandir depan kelas mengaji Aqil. Tiba-tiba dia menyapa:
"Sini kelas mengaji ker? Mengajar kanak-kanak saja ker ada ajar orang dewasa?"
Kemudian saya terangkanlah ada banyak peringkat yang mengaji, dari kecil sampailah yang besar mengaji al-Quran disini. Siang tempat ni adalah restoran, sebelah malam pemilik restoran mengajar mengaji pula. Lepas tu saya tanyalah yang dia baru ker disini (Mutiara Rini), yeaaa memang diorang baru dan tinggal di Taman Universiti berhampiran pasar. Hurmmmm jauh jugak tue (jauh sikit dari aunty tadi). Lepas tue mamat yang mirip Bront ni panggil seseorang, bila saya lihat dia panggil seorang wanita India (sebab ada 'nandek' merah di dahi dia). Kemudian dia kenalkan tu isteri dia (dalam hati, biar betulllll). Lepas tue isteri dia senyum kat saya dan berkata;
"Ada kelas mengaji di sini...orang dewasa boleh mengaji di sini jugak ker?"... tiba-tiba saya teringat sesuatu, kawan berbangsa India saya pernah kata, no mater how kalau seorang wanita India memeluk agama lain, mereka akan tetap memakai 'nandek' merah untuk menunjukkan dia sudah berkawin. 'Nandek' itu bukan tuntutan agama mereka tetapi adalah adat. OK baiklah, saya perlu bersikap positif seperti mana saya positif dengan aunty yang dah sah-sah India tadi. Isteri Bront tadi menerangkan, sebelum ni mereka belajar agama di Melawis, Taman Universiti yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar UTM. Tapi kini kelas dah tak ada mereka hanya buat di rumah-rumah ahli sahaja. Jadi dah jadi masalah pada mereka sebab mereka kerja dan balik lewat setiap hari. ~~dalam hati saya (Islam mereka ini rupanya....Subhanallah)

Selesai jer Aqil mengaji, saya jumpa Hajah Najmah sebab Hajah nak bagi tahu perkembangan Aqil. Alhamdulillah kenal huruf, Hajah cakap Aqil mengaji style lama sebab dia sebut patas dengan betul. Kalau budak-budak sekarang yang gunakan Iqra' terus baca sebutan, tapi Aqil mengeja sekali. Selepas dah berbual dengan Hajah, saya kenalkan Hajah dengan pasangan suami isteri tadi, manalah tahu kalau-kalau Hajah boleh bantu dia, sebab pada mulanya saya tengok Hajah pown macam acuh-tak-acuh jer dengan pasangan tue. Kemudian Hajah melayan mereka dengan baik....Alhamdulillah.....

Saya suka hari ini, sebab hari ini, hari saya diakhiri dengan baik sekali....

Kesimpulannya:  
DON'T JUDGE A BOOK BY IT COVER



:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

1 comments:

Anonymous said...

Assslam..bole bg sy no fon hjh najmah tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...