Danish kini sedang cenderung ke arah muzik. Tapi kami masih meletakkan penanda aras pada Danish agar tidak berlebih-lebihan sehingga dia mengabaikan bidang akademik. Alhamdulillah, pelajarannya setakat ini memuaskan, tapi kalau Danish lebih tekun dan gigih, pasti dia akan sentiasa cemerlang tidaklah macam sekarang ni prestasinya turun naik tapi masih tahap yang terbaik pada kami.
Baru-baru ni Danish dapat nombor 1 dalam kelas, bila Papa tanya dia nak apa terus jer dia cakap nak Gitar. Then....apa lagi, besarlah biji mata Mama dibuatnya. Gitar??? Kenapa Gitar? Aduyaiii...takda benda lain ke Danish?
Papa kata...."Biarlahhh".... Mama kata "OK lahhh"....
Mula-mula ni kitorang belikan Gitar KaPoK dulu ehhhhh.....so, menjajau jugaklah cari Gitar KaPoK, skang ni manalah boleh dapat yang murah-murah. Average semuanya lebih RM150, budget kitorang RM100 kebawah sebab En.Hubby kata ada Gitar KaPoK harga RM50. Bila servey, ramai plak yang cakap "Mana ada lagi gitar harga macam tue kak" hehehe....kena gelak dengan orang jer, kedukut btul Mama Danish nih.
Finally, kitorg dapat jugak cari gitar harga bawah RM100. Kurang 10 hengget jer dari budjet kami, OK lah tue. Nak tau mana kitorang dapat Gitar KaPoK tue? Kat kedai buku...Kedai ni dah bertapak kat Taman Univesiti sejak berpuluh tahun dulu, bayangkan En.Hubby kata kedai tu wujud sejak dia belajar di UTM dulu kala.
9 comments:
Pemuzik adalah insan yg istimewa dan creative. Dont worry mama, tetapi kene selari pelajaran ngan muzik pasti successful. Yuna contoh terbaik....
TQ Sis, hopefully dia sentiasa success & tekun in what he need
Pasni blh daftar masuk versus lak. ^^,
perghhh.....jahanam lagu org dia kejakan nnti lg dasyat dr GGL / BPL / HJN / SIX / SFZ
Tu baru padu! -bg pihak loque. Haha~
er, umo bape ni?
biarlah as long as danish masih tekun belajar...at least ada something yang dia minat...mana tahu dah besar nanti dia menjurus ke arah itu...dan berjaya....mama & papa dia jugak bangga kan...
salam
nk tahu, kat mana kedai guitar tu ye?.. kdai tu dia tuning sekli xtali guitar?...
tq
ismiemma@yahoo.com
Bg alamat plsss hehe
Post a Comment