27 May, 2012

Banyak Kawan Banyak Ragam

Pagi ni nak bercerita sikit, lantaran dari entry tertunda sebelum ini yang mempuyai kaitan sikitlahhh dengan cerita yang nak diceritakan. Harap sudi membaca, agar menjadi pengajaran pada kita semua dan juga peringatan kepada diri saya sendiri....

Semalam saya ada buat satu post di FB yang berbunyi begini;

PERHATIAN:
Dgn ini sy meminta maaf secara terbuka kpd semua yg brkecil hati dgn sy sbb sy mengwar2kn saat sy makan PHD dgn PHD semalam. Tkda niat langsung utk riak atau menunjuk2 kpd sesiapa. Sy byr apa yg sy mkm, sy tdk membelanja org lain dan juga tdk dibelanja oleh sesiapa. Sejujurnya sy pula tk pernah berkecil hati dgn sesiapa yg tlh pergi makan ke mana2 tanpa mengajak sy.
Kosong ~ Kosong


Sebelum tu pada tengah hari waktu lunch, saya ada post di FB begini;

PHd

So, apa pendapat kamu.......?
Tak boleh ker luahkan apa yang ada dalam hati saya? Hanya 3 perkataan sahaja dan tindakan yang menyusul seterusnya, akhirnya antara sedar dengan tidak telah menyinggung perasaan sesetengah pihak yang melihatnya....Apakah sebenarnya? Walaubagaimanapun, seperti post saya selepas itu, saya memohon maaf di atas kesilapan yang telah saya tidak sengajakan.

Saya masih tertanya-tanya dan perkara ini terus bermain difikiran saya... Alangkah teruknya saya kerana melakukan post seperti itu. Pasti saya dianggap dengan pelbagai tanggapan yang disebabkan beberapa perkara yang saya rasa mungkin ianya seperti ini;
  • Mungkin ada antara kawan-kawan saya yang tidak berkemampuan makan pizza hut, dan bila melihat post saya seperti itu, mereka terus terliur dan rasa rendah diri. Owhhh maafkan saya kerana tidak terniat untuk menyinggung sesiapa.
  • Mungkin ada antara kawan-kawan saya yang menganggap saya sedang hendak membelanja beberapa orang kawan saya tanpa mengajaknya sekali. Owhhh tidak seperti yang mungkin difikirkan. Kami hanya makan tengah hari dengan duit poket sendiri.
  • Mungkin ada antara kawan-kawan yang berdekatan dengan saya ketika itu berkecil hati kerana tidak diajak bersama-sama berPHd. Owhhh kalau begitu, saya juga mahu berkecil hati kerana mereka juga sebelum ini ada kalanya tidak mengajak saya bila mereka hendak makan keluar di mana-mana.
  • Mungkin juga ada kawan-kawan saya yang dengki dengan saya dan cuba membuat provokasi dengan individu-individu disekitar saya mengatakan saya kini sombong, bongkak, berlagak, tak tahu diri, macam bagus, dan yang sewaktu dengannya. Owhhh maafkan saya kerana sesungguhnya saya tak perlukan kawan seperti itu dalam hidup saya dan tak memberi kesan langsung dalam hidup saya kalau saya tiidak bergaul dengan mereka ini. Oleh itu anggapan ini akan saya lontarkan jauh-jauh.
  • Mungkin juga yang kawan-kawan saya hanya bergurau dengan saya tapi saya saja yang beremosi sendiri. Owhh kalau begitu, sayalah yang salah dalam hal ni kerana berperangai seperti budak-budak tak matang yang sungguh beremosi.
Alahaiiii...kawan-kawan. Janganlah begitu, setakat Pizza Hut Delivery takkan nak keruhkan keadaan yang tenang. Lain kali saya akan.......owhhh tapi rasanya saya tak akan lagi post apa-apa tentang makanan di FB untuk menjaga hati semua pihak. Tapi.......boleh ker begitu? Dah ada medium berbicara, apa salahnya saya luahkan saja. Salah ker???

Hurmmmmmmmmm.............

Macam mana yeaaaa??????


Pak cik tu antar PHD kitorang naik basikal jer lahhhh....sampai je kat kitorang makanan pown dah sejuk tak sedap. Huhuhuhuhuhu.....

So, dengan ini saya tujukan lagu Kosong dari Najwa Latif untuk kawan-kawan yang selalu bertanggapan negatif pada saya;



Liriknya kena sangat dengan muka diorang.... saya kasi highlight bagi yang tak faham bahasa yeaaaa....

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...

Kosong...kosong...

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...

Kosong...kosong...

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar....
Ooo..ooo...

Kosong...kosong...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa..

Kosong .. kosong ..

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...

Kosong...kosong...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...

Kosong...kosong...


Maaf sebenarnya, saya tak rasa diri saya KOSONG langsung!!!

:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

6 comments:

Ayuni said...

hm, xtahu nk ckp aper2 tp kn sis, seboleh2nye jgn letak sebarang statement yg melibatkan perasaan di FB sbb itu akn mengundang sebarang komen dr org awam.....sye setuju dgn statement nie "jgn mengadu di FN, mengadulah pada Allah"....wallahualam....

Ayuni said...

sis, dtglh blog sye, ader something utk sis....

YattAkasah said...

mnusia mmg mcam2 ragam sis

tauhhid said...

O I C.....baru faham! ingatkan apaentah PHd tuuu.... tak kisah laaa, kita tidak berniat untuk bermegah2 makan yg best2 gitewww...sekadar sharing je kan. saya pun dah banyak kali sharing foto makan2 kat FB, tak pernah langsong nak bermegah2. hmmm...hidup mesti merendah diri, and take life with a little bit of humour.

shahdiana said...

alalalal...tak payah terasa la..biasalah mulut orang tak boley tutup..tangan orang pun tak boleh tahan dari tulis bukan-bukan..asal kita hepi sudah....kalo kita sedih pun orang tak boley tolong betul tak..cheer up okay

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

mmm.. sharing makan pun salah ke? spechless

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...