05 January, 2013

Kecilnya Dunia ~ Kak Zuera



Kecilnya dunia ini....

Pagi tadi sewaktu saya menemani anak-anak ke kelas renang yang mana menjadi rutin biasa kami setiap pagi Sabtu, saya berjumpa dengan seseorang. Seseorang yang telah lama tidak ketemu. Rasanya adalah 16 tahun tak jumpa. Dia adalah Kak Azura, kawan kepada kakak saya dan seseorang yang pernah bertahta di hati Arwah Abang saya. Tapi sebenarnya...... saya dah bertemu Kak Zura dua minggu yang lalu di Kompleks Sukan ini dan kami berbual mengenai perkembangan anak-anak saya dalam sukan renang. Owhhh ya, Cikgu Azreen adalah suami kepada Kak Zura. Pada waktu itu, kami tidak memperkenalkan nama masing-masing sedang Kak Zura pada waktu itu juga seperti mengenali saya, tapi dia sendiri tidak tahu dimana.

Dengan izin Allah s.w.t. pagi tadi kami bertemu lagi dan saya memulakan perbualan dengan menanyakan di mana Kak Zura tinggal. Apabila dia menyebutkan tinggal di Desa Rahmat, saya terus menyanyakan dia bersekolah di mana. Haaaaaa!!! pup pap pup pap, terus berlarutan sehingga SPM tahun berapa, ingat dia tue ke ingat dia ni ker. Tiba-tiba en.hubby saya terus mencelah memberitahu sama tahun dengan Kakak saya ker? Kemudian saya terus terfikir bahawa Kak zura ini sebaya Arwah Abang saya dan terus air mata saya menitik tak tahu kenapa, mungkin sebak kerana tak sangka dapat bertemu Kak Zura dalam keadaan begitu. Dia masih cantik, comel seperti dulu. Dan perbulana kami terus berlarutan lagi atentang kenangan silam, tentang kita, dia dan seseorang yang disana.

Photo: Sis Liza Ismail, guess who

Mengenai perkembangan kedua-dua bujang saya, alhamdulillah. Aqil dah semakin berani, manakala Danish semakin laju kayuhannya. Jom tengok video mereka;








p/s : Owhyaaa...ada sesiapa perasan tak, kak Zura saya ni seperti siapa? Seseorang di GSF




:) singah sini lagi ya.jangan lupa komen tau (:

13 comments:

UniMeOw said...

GSF tu pe?

huhu kucing di darat,ikan di laut..masa makan wetfood btemu juga..

Dayana Bahar said...

Macam aima kaim kan?? ke dieyna salah eik.. hehe

aReLaN said...

memang kecik kan dunia ni. yang pastinya tak sama cam saya la. hehehe

Cik Nur said...

Waaa..setelah 16 tak ketemu....akhirnya ketemu...tentu byk cerita...

mirip2 Mama Qhayra kan...?

Chic Na said...

mesti banyak keluar citer2 lama kan. emm macam sis aima kot. ;)

Arina Shamsul said...

Mcm aima kot kak..hehehe.

Deqla manjew said...

Rasanya mcm aima..sbb gaya tdg dah nk sama tu...hihi

kinara kinatara said...

macam kak aima?

Liza Ismail said...

Kak Zura nie, sebenarnya sepupu kepada kawan baik akak Sri Dayana. Die juga sama2 dengan kami didalam persatuan PBSM. jadi kalau ada latihan di sebelah petang, akak dengan kawan baik akak selalu lepak kat rumah die dulu lepas sekolah makan tengah hari salin baju lepas tu baru ke sekolah semula.. thanks kepada kak zura sekeluarga sebb sudi tumpangkan kami, siap makan lagi...miss memories

Mrs Velentine said...

mcm kak aima lah..hehehe

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

mcm kak ima hihi

dya bunga said...

mcm sis aima....hihi

QasehnyaRania said...

alhamdulillah bertemu kembali kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget